View: 7376|Reply: 6
|
[Tempatan]
Pekerja kilang warga asing merusuh isu lambat bayar gaji
[Copy link]
|
|
ALOR SETAR – Sekumpulan pekerja warga asing disyaki merusuh di sebuah kilang perindustrian di Pokok Sena, dekat sini semalam selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan isu kelewatan pembayaran gaji.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, pihaknya pada hari ini mengesan video berdurasi satu minit 11 saat memaparkan kejadian rusuhan tersebut yang tular di TikTok.
Katanya, makluman awal kejadian diterima Balai Polis Pokok Sena kira-kira pukul 1.05 tengah hari semalam sebelum sepasukan polis dikerah ke lokasi bagi meninjau keadaan.
“Siasatan awal polis di lokasi mendapati dalam kejadian kira-kira pukul 12.05 tengah hari itu, berlaku pertelingkahan antara sekumpulan pekerja Bangladesh dan Nepal dengan dua penyelia kilang tersebut.
“Pertelingkahan dipercayai berpunca daripada ketidakpuasan hati pekerja- pekerja kilang berhubung isu kelewatan pembayaran gaji yang dimaklumkan oleh pihak syarikat sebelum itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kata beliau, dalam pertelingkahan itu berlaku tolak-menolak sehingga menyebabkan tiga individu mengalami kecederaan ringan.
Tambahnya, olis sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek terlibat dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Sumber – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, pihaknya pada hari ini mengesan video berdurasi satu minit 11 saat memaparkan kejadian rusuhan tersebut yang tular di TikTok.
Yang merusuh ada permit sah ka? Combination bangla/nepal/myanmar memang bahaya. Dengan Indonesian diorang tak boleh ngam. |
|
|
|
|
|
|
|
kata rajin la sangat..lambat pon..keja juga la..dh kata rajin la sangat.... |
|
|
|
|
|
|
|
kelang kalau bole tak mahu bayar gaji,
hanya mahu kerahan tenaga buruh percuma saja kerana board and senior management kelang mahu beli rumah besar kereta mercedes dan mahu kubur sebesar gunung fujiyama
|
|
|
|
|
|
|
|
Lama mana yg tangguh bayaran tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|