CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8120|Reply: 16

Nora Danish baca Al-Quran 50 muka surat sehari, khatam sempena hari jadi

[Copy link]
Post time 13-3-2025 08:42 AM | Show all posts |Read mode





Khatam al-Quran 10 hari pertama Ramadan, pelakon Nora Danish menyifatkan itu merupakan hadiah paling bermakna sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-43 pada 7 Mac lalu.


Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif, berkata perkara tersebut sebagai pencapaian luar biasa apabila mampu menyempurnakan bacaan dalam minggu awal Ramadan, apatah lagi dilaksanakan buat pertama kali secara berkumpulan.


“Ini adalah kali pertama saya menyertai tadarus, di mana kami berjaya khatam dalam tempoh 10 hari. Setiap hari, kami membaca lebih daripada 50 muka surat al-Quran.


“Saya kira ini adalah pencapaian yang sangat berharga dalam hidup saya, sekali gus menjadi hadiah ulang tahun kelahiran saya tahun ini.


“Kami memulakan bacaan pada hari pertama Ramadan bersama seorang ustaz hafiz dan kira-kira 30 orang sahabat lain. Ini satu pengalaman luar biasa,” katanya dalam satu video wawancara.


  



Ibu kepada dua anak itu berkata, usia bukan penghalang untuk seseorang lebih mendekatkan diri kepada Allah dengan melakulan pelbagai perkara baik.


Bahkan Nora juga enggan berputus asa dalam mencari reda Yang Maha Esa, sekali gus terus istiqamah ke arah menjadi muslimah yang baik.


“Walaupun usia sudah menjengah 40-an, belum terlambat untuk kita memaksa diri melakukan kebaikan, termasuk membaca al-Quran.


“Saya bersyukur Allah membuka pintu hati saya sebelum saya meninggalkan dunia ini. Betul, memang belum terlambat untuk kita berusaha menjadi insan lebih baik.


“Saya sendiri mengaku, dahulu saya jahil, tetapi saya berusaha menjadi lebih baik. Allah Maha Mendengar. Seeloknya kita segera bertaubat kerana pengakhiran kita itu yang lebih penting,” ujarnya.


Sebelum ini, pelakon drama Langit pernah beberapa kali khatam al-Quran ketika bulan puasa namun disempurnakan sendirian, bukan secara tadarus berkumpulan.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2025 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Untung la Nora
Boleh khatam
Paksa anak jaga solat
Org lain mana ada buat
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahlop...tepi sikit
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 09:38 AM | Show all posts
bestnya ada byk masa lapang di bulan puasa, bole join tadarus. kita yg keje ni mampu jeles je la & baca mana yg sempat, nk khatam bulan posa mmg x mampu
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Denco replied at 13-3-2025 09:38 AM
bestnya ada byk masa lapang di bulan puasa, bole join tadarus. kita yg keje ni mampu jeles je la & b ...

Next time start awal you.start rejab pon ok jer.bulan syaaban juga digalakkan membaca AlQuran
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca Al Quran ni klu baca sekali dgn tafsirannya mmg best..rasa x nak berhenti..
Mula2 kita membaca kemudian kita nk tau tafsirannya pula..lepas tu bila dgr org yg bertaranum lagilah rasa excited nk bca Quran.
Bagus Nora ....U ada ramai peminat dan boleh menarik ramai peminat U untuk membaca  al Quran.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2025 10:32 AM | Show all posts
lotionmilo replied at 13-3-2025 10:14 AM
Next time start awal you.start rejab pon ok jer.bulan syaaban juga digalakkan membaca AlQuran

cita2 nk buat mcm org kata setiap waktu solat baca 5 ms utk khatam masa ramadan masih x kesampaian sis.

penah dpt buat masa covid pkp dulu, mmg i manfaatkn betul2..tu je la skali dpt khatam sebulan
hari biasa i baca daily least 6 page sehari.. xpelah kan janji istiqomah
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 10:35 AM | Show all posts
rosesirap replied at 13-3-2025 10:31 AM
Baca Al Quran ni klu baca sekali dgn tafsirannya mmg best..rasa x nak berhenti..
Mula2 kita membaca  ...

betul...skali dgn tafsir mmg lagi syok.
kurang2 kita tau surah kita baca tu kisah ape & ada huraian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2025 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila selalu baca quran, lama² lancar & boleh baca laju. Tahniah nora
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
SubahanAllah.. cantik rupa cantik akhlak.. Semoga istiqamah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 10:15 PM | Show all posts
masyaallah nora
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Astaghfirullah.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 11:46 PM | Show all posts
Semoga terus istiqamah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 03:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, tahniah Nora.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 07:05 AM | Show all posts

Jelessss!

aii baca 4 mukasurat pun dah jenuh .. otak dok asyik ingat cerita korea yg ada lagi bebera[a episode. Lepas tu rasa nak pee pee la, kebas kaki la, sakit pinggang la etc. Banyak nar syaitonn mengoda.

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 03:50 PM | Show all posts
Alhamdulillah, tahniah Nora.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2025 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Baguslah Nora memanfaatkan masa dan kelebihan yg dia ada. Dia berduit, ada kelapangan, waktu kerja fleksibel, ada org gaji, tak payah fikir pasal kerja rumah. Lain dgn surirumah atau org yg kerja 9-5, ada anak kecik, suami, takde maid. Jadi tak payahlah jeles and compare. Kita boleh baca satu page sehari pun dah kira ok asal istiqamah. Baca quran bukan bulan ramadan saja cuma ganjaran bulan ramadan tu lebihlah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.077448 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list