CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7062|Reply: 0

[Tempatan] Wartawan Malaysiakini didakwa di mahkamah atas tuduhan menerima rasuah RM20,000

[Copy link]
Post time 13-3-2025 08:52 AM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR: Wartawan Malaysiakini, B Nantha Kumar akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok atas tuduhan menerima rasuah RM20,000 daripada seorang ejen pekerja asing warga Pakistan.

Nantha yang sebelum ini menafikan dakwaan itu, berkata dia dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam yang dia akan dihadapkan dengan pertuduhan.

"Saya yakin saya akan dibuktikan tidak bersalah. Ini adalah cubaan untuk membungkam saya dan menghalang saya daripada terus mendedahkan rasuah," katanya seperti dilaporkan portal Malaysiakini semalam.

Ketua Pengarang Eksekutif Malaysiakini, RK Anand sekali lagi menegaskan sokongan portal berita itu terhadap Nantha, dan menekankan dia tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

"Kami juga sedang menjalankan siasatan dalaman dengan pihak luar mengenai perkara ini dan akan mendedahkan dapatan kami kepada umum," kata Anand.

Anand turut menyorot sumbangan Nantha sejak menyertai Malaysiakini pada 2018, dengan menyifatkannya sebagai seorang wartawan cemerlang, yang mana siasatannya menjadi berita utama yang mendapat perhatian.

"Laporannya yang berani mengenai sindiket yang dikaitkan dengan pekerja asing telah menjadi faktor utama dalam pendedahan isu-isu penting," katanya.

Dia juga menegaskan komitmen Malaysiakini yang tidak berbelah bahagi terhadap integriti kewartawanan, ketelusan dan pelaporan yang beretika.

Pada 7 Mac lalu, Malaysiakini menyiarkan artikel Nantha mengenai rentetan peristiwa yang membawa kepada penangkapannya pada 1 Mac.

Wartawan kanan itu menafikan dakwaan dia meminta RM100,000 daripada seorang warga Pakistan mahupun merundingkan jumlah itu kepada RM20,000.

Nantha menyatakan dia sedang bekerjasama dengan seorang pengarah imigresen negeri untuk mendedahkan sindiket pekerja asing.

Sementara menunggu hasil siasatan panel bebas, Malaysiakini telah menggantung tugas Nantha dengan faedah penuh.


Sumber – BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.063985 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list