View: 20145|Reply: 33
|
Yassin ditahan di pusat pemulihan, bukan penjara di Jeddah
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Pelawak Yassin Yahya yang hilang dari radar industri hiburan sejak tahun lalu dijangka pulang ke tanah air sebelum Aidilfitri.
Berita kepulangan Yassin disahkan oleh anggota Senario, Saiful Apek. Kenyataan Apek seolah-olah mengesahkan spekulasi mengenai seorang pelawak popular ditahan di Jeddah, Arab Saudi atas kesalahan dadah yang kecoh diperkatakan, awal tahun ini.
Tidak mengesahkan perkara itu, Apek meminta semua pihak bersabar dan menunggu penjelasan daripada mulut tuan badan sendiri.
Apek berkata, semua anggota Senario mengunci mulut bagi menghormati perasaan keluarga Yassin.
"Dari maklumat keluarga, difahamkan Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri ini.
"Kami berdiam diri kerana menghormati keluarga. Alhamdulillah, kami lega dapat tahu dengan lebih jelas apa yang berlaku.
"Saya tak kisah orang nak cakap saya berat sebelah atau sengaja nak 'cover line', tapi apa yang boleh saya katakan, Yassin mungkin tidak pandai mana, tapi dia juga tak bodoh.
"Di Arab Saudi, jika terbabit dalam kes seperti ini (dadah), hukumannya hudud (bunuh), tiada pelepasan untuk dua atau tiga bulan," kata Apek yang ditemui pada majlis berbuka puasa filem 6 Jilake terbitan Eartistics Sdn Bhd dengan edaran Primeworks Studio, di sini, semalam.
Apek berkongsi, dia ada berhubung dengan Yassin menerusi aplikasi Zoom dan gembira melihat perubahan positif di Jeddah.
"Berat badan Yassin bukan sahaja bertambah dari 's' ke 'm', tetapi lebih membanggakan, sudah katam 20 juzuk al-Quran.
"Dia bukan ditahan di penjara, sebaliknya pusat pemulihan yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk kedai runcit.
"Jadi, saya nak menyeru hentikan segala spekulasi, tunggu hingga tuan badan pulang. Biarlah Yassin sendiri menjelaskan apa yang berlaku. Dia bukan ditahan di penjara, sebaliknya pusat pemulihan.
"Saya lega melihat keadaannya baik di sana hingga boleh hafaz 20 juzuk al-Quran. Tiada perkara terjadi secara kebetulan dan saya gembira dengan perubahannya itu," katanya.
Terdahulu, ketiadaan Yassin untuk melengkapkan anggota Senario sejak beberapa bulan lalu dilihat sedikit menghampakan peminat.
Berikutan itu, pelbagai spekulasi timbul mengenai Yassin, apatah lagi, isu pelawak popular ditahan di Jeddah atas kesalahan dadah sejak Oktober, tahun lalu masih belum terjawab.
Sebelum ini, media melaporkan, seorang pelawak ditahan di Jeddah selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja, namun tidak mendedahkan identitinya.
Pelawak itu dilapor sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara itu. Hukuman berkenaan dijatuhkan ketika perbicaraannya, November tahun lalu.
Sumber: BH Online
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ntah la kengkawan sesama jenis..korang je paham |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak jaga perasaan famili yassin, shoild just diam je dari hari tu konon2 kunci mulut tapi dropped hints sana sini pasal okg |
|
|
|
|
|
|
|
boleh shakap arab lah balik nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aemon at 14-3-2025 04:31 PM
… |
|
|
|
|
|
|
|
Katam ke hafaz 20 juzuk? Confuse jap |
|
|
|
|
|
|
|
tahan lama sikit sini junkies over flow |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan hafal lerrr. Khatam 20 juzukkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Gituh ayat penyedap hati.... |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez: Katam ke hafaz 20 juzuk? Confuse jap
kan aku pun mula2 khtam. pastu hafaz. sis pening |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Gokuuu at 16-3-2025 04:10 PM
Deleted |
|
|
|
|
|
|
|
pasaran arab semakin panas!!! 
|
|
|
|
|
|
|
|
kaki dadih mesti la akan backup fellow kaki dadih yang lain. Dah kalau masuk pusat pemulihan ko ghase???
cuma bagus la pihak sana ambik langkah rehab jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
aemon replied at 13-3-2025 08:00 PM
Penagih ni 10 ckp,1 pon x leh percaya.sepupu aku gitula.
ya, kuat spin dorang ni |
|
|
|
|
|
|
|
aemon replied at 13-3-2025 08:00 PM
Penagih ni 10 ckp,1 pon x leh percaya.sepupu aku gitula.
Boleh stop cite pasal family.. Family awak xnk cite ke?nampak mcm family awak perfect.. Laki awak yg biawak kt umah tu xnk keje ke..?xnk cite ke yang awak songlap duit sewa rumah mak awak, sbb xcukup duit nak tampung hidup anak n laki yg xkeje. Xnk cite laki ko xsolat smpai arwah bapa ko pun xnk tengok..xnk cite laki ko yg gile harta arwah bapa ko.. Xnak cite ke mcm mana dahi anak awak kena cerek panas sebab laki bini sibuk ngn hanset..patut dah kena report ngn JKM sbb lalai..
Point nye...jaga je family ko jgn sibuk family org. Kt sini org mungkn ramai xkenal ko, ko portray diri ko pmpuan yg baik..padahal .. |
|
|
|
|
|
|
| |
|