View: 26062|Reply: 16
|
‘Sekurang-kurangnya Aina boleh menyanyi, tak macam Madonna’
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim menasihatkan penyanyi generasi muda agar lebih bekerja keras untuk memastikan nama terus kekal relevan dalam industri seni tanah air.
Menurut Khadijah 65, usaha tersebut adalah perlu bagi mengelakkan nama mereka tidak tenggelam selepas popular dengan hanya satu atau dua buah lagu sahaja.
Antara bakat besar yang dikaguminya ketika ini ialah Aina Abdul, Ernie Zakri, Marsha Milan, Nadeera Zaini dan Hael Husaini.
“Artis muda seperti mereka perlu bekerja lebih keras lagi dan saya berharap tidak sekadar datang kemudian hilang begitu sahaja.
“Walaupun tak berkesempatan menonton malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 baru-baru ini, saya sempat mengikuti perkembangan dalam media sosial.
“Saya kagum dengan pelapis muda yang berbakat,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu raya penyanyi Soma di ibu negara, baru-baru ini.
Tambahnya, mereka harus kekal lama dalam industri seni kerana berpotensi besar dalam bidang nyanyian dan gubahan lagu.
Dalam masa sama, Khadijah sempat menitipkan nasihat buat Aina yang baru-baru ini mengakui tertekan apabila menjadi mangsa kecaman netizen selepas AJL39 berakhir.
Baginya, tampil dengan imej pelik bukan satu perkara yang perlu jadikan isu besar kerana itu adalah salah satu cara Aina ‘memasarkan’ dirinya.
Bahkan, dia juga sempat membandingkan Aina dengan penyanyi antarabangsa popular, Madonna.
“Aina keluar sahaja boleh menyanyi, sedangkan Madonna tak boleh, tetapi apa dia buat? Dia pakai baju dalam aneh untuk menonjolkan diri.
“Begitu juga Aina, dia perlu buat sesuatu berbeza agar orang nampak bakatnya. Dia memiliki bakat besar dan susah nak dapat anak Melayu boleh menyanyi serta hasilkan lagu sepertinya.
“Aina kena kuat tahan kecaman. Dia kena faham bila masuk bidang seni tak boleh lari daripada dihentam kiri dan kanan.
“Jangan disebabkan itu, mental Aina jadi koyak hingga tersadai disebabkan mental tak kuat,” katanya lagi.
Ujarnya, penerimaan masyarakat terhadap artis tempatan tidak sama seperti di luar negara.
“Maaf cakap, masa Aina mula-mula keluar tapi tiada yang kenal, jadi dia harus cari cara untuk tonjolkan diri.
“Tapi, keputusan Aina tampil berbeza berhasil. Ini kerana orang mula ingin tahu siapakah Aina.
“Lady Gaga dulu pun disangka tidak waras, tapi akhirnya diterima dan gah di seluruh dunia,” ujarnya lagi. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
madonna banyak lagu2 dance... tak sesuai jadi pokok diri setempat |
|
|
|
|
|
|
|
ya ampunnnn comparison tak kena langsung.. |
|
|
|
|
|
|
|
madonna bukan takleh nyanyi cuma suara dia biasa2. agak2 laaa nek oii.gaga pulak dah slow down sejak dia terima award,collab dgn tony bennet.last aku tgk masa grammy penanampilan biasa tapi tetap la attention whore buat gaya pelik2 walau lagu tu tribute utk california |
|
|
|
|
|
|
|
baru ni aku dgr lagu kat radio..dah babis tu dj cakap lagu popular aina abdul, kelip2 kot namanya.. aku macam? oh popular ke? apsal mcm tak pernah dgr dlm radio..and yes, itu first time aku dgr lagu dia, suara dia. bagi aku biasa je suara dia takde wow factor yg boleh buat kau dgr dia start nyanyi je dah tau itu aina abdul. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu raya pun takde mesti aina sedih nadeera lagi mendunia dr dia..tu la walau bakat ada tp lagu sepesen jer tk pandai pilih lagu yg letop |
|
|
|
|
|
|
|
Iols rela dengar lagu nek donna dari ena..
At least catchy jugak la runut lagu.walaupon lipsync/nyanyi live hauk. |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyo nek ni.. apsal x compare Madonna ngn diri sendiri je.. hehe.. at least Madonna tu berlambak hits yg org igt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hauk2 madonna lagi kaya dari kau tijah kah kah kah |
|
|
|
|
|
|
|
Ngarutnya compare nek donna dgn dek yenna.. nek donna tu ada stage presence, performer bkn org heran pun dgn sora dia jji lagu boleh sing along |
|
|
|
|
|
|
|
Berani nau nak compare dgn acik dona. Acik dona suara biasher2 tapi aura & energy sheolls lain macam. Dia boleh tarik crowd dgn pakai dress penuh atau pakai leotard saja. Pastu jgn la nak compare dgn cara barat sana yg semua benda boleh langgar pedulik apa syurga neraka. |
|
|
|
|
|
|
|
Bangga laa ponds ainations, retis kesayangan setanding madonna.. Tokti pun kalah. 
Laislabonita..  |
|
|
|
|
|
|
|
sbb tu la kot Astro dh x pgl jd juri
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh ke Aina Abdul produce lagu mcm la isla bonita?? Madonna cipta dan produce sendiri lagu dia acik tijah oiii  |
|
|
|
|
|
|
|
U cannot compare apple and petai. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang nenek ni merepek?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|