CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28662|Reply: 6

Jemaah lelaki ‘belanja’ di masjid, pakai jubah putih nampak seluar dalam kartun - “Habislah orang belakang tak khusyuk”

[Copy link]
Post time 13-3-2025 06:23 PM | Show all posts |Read mode
Gambar hiasan

SEPANJANG bulan Ramadan, pasti ramai yang tidak mahu ketinggalan menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid mahupun surau.

Dalam keterujaan mengejar pahala, kita juga disarankan menjaga adab bukan sekadar dari segi tingkah laku, tetapi juga dalam berpakaian.

Menerusi satu hantaran di laman sosial, seorang wanita tampil memberi teguran khususnya kepada jemaah lelaki agar mengenakan pakaian yang sesuai lebih-lebih lagi ketika mahu beribadah.

Menurutnya, ada jemaah yang tidak perasan atau kurang mengambil berat sehingga pakaian dalam yang dipakai jelas mempamerkan corak kurang sesuai gara-gara fabrik jubah yang nipis.  

"Tengok sekarang ni ramai kaum lelaki pakai baju begini (jubah) pergi tarawih.

"Mohon abang-abang, pakcik-pakcik, berhati-hati apabila nak rukuk dan sujud tu ye.

"Kalau kami orang pompuan, kami pakai kain dalam. Kalau anda semua (lelaki), saya tak tahulah," tulisnya pada hantaran berkenaan.

Wanita tersebut turut memuat naik sekeping gambar memaparkan seorang jemaah lelaki yang memakai seluar dalam bermotifkan kartun.

Menurutnya, bukan sekadar soal kekemasan atau kesesuaian semata-mata, tambahnya, dibimbangi situasi berkenaan boleh mengganggu tumpuan jemaah yang berada di belakang.

Perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian netizen yang bukan sahaja tampil dengan reaksi lucu, malah mereka turut berkongsi pengalaman masing-masing.


Sebagai panduan bersama, memetik laman Maktabah Al-Bakri, kita perlu sentiasa berusaha untuk memastikan pakaian yang dipakai semasa solat adalah tidak terlalu nipis dan sesuai dengan panduan aurat yang digariskan.


Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2025 03:38 PM | Show all posts
nasib baik bukan kain ihram nak pergi umrah
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli online gamaknya. Sekali sampai nipis. Lain kali kalau jubah putih kene pakai kain pelekat ke seluar panjang kt dalam. Semoga baik2 la utk pck tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
tundukkan la pandangan
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 10:13 PM | Show all posts
Hahahaha...geli hati tgk gambar tu    sempat pulak ambil gambar ye
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 10:18 PM | Show all posts
sah ke solat tu ?
yg bukan bukan jer hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2025 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kumamon kan tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.152981 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list