CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24668|Reply: 3

[Tempatan] Boleh tutur 30 patah perkataan je, Zayn Rayyan diagnosis ASD

[Copy link]
Post time 13-3-2025 09:56 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Seorang pakar pediatrik memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa Zayn Rayyan Abdul Matin diagnosis sebagai Autism Spectrum Disorder (ASD).

Dr. Bernice Lim Pei-Yi ,37, yang merupakan bekas pakar pediatrik Jabatan Pediatrik, Hospital Selayang berkata, diagnosis itu diperoleh berdasarkan dua nota (perubatan) yang pernah direkod dalam sistem komputer hospital berkenaan.

“Berdasarkan nota-nota tersebut, kali pertama pesakit dibawa ke Klinik Pediatrik, Hospital Selayang pada 4 Oktober 2022 dan kali kedua (terakhir) adalah pada 5 September 2023.

“Pada 20 Disember 2023, saya diarahkan menulis laporan untuk pesakit bernama ‘Zayn Rayyan Abdul Matin’ dan laporan tersebut disiap dan diserahkan pada hari sama

“Pesakit tersebut diberi diagnosis Autism Spectrum Disorder dan disaran untuk menghadiri terapi untuk penyakit tersebut,” kata saksi itu dalam pernyataan saksinya.

Dalam prosiding sama, saksi itu memaklumkan, Zayn Rayyan hanya boleh bercakap menggunakan 30 perkataan.

Kanak-kanak itu masih belum menyambung perkataan yang mana ia tidak selari dengan perkembangan kanak-kanak berumur enam tahun.

“Secara am, jika seorang pesakit yang berumur enam tahun seperti Zayn Rayyan tidak dapat menunjukkan perkembangan yang selari dengan usia, ia dikira ‘delay’ (kelambatan),” katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh akan bersambung pada 7 April ini.

Semasa prosiding, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aqharie Durranie Aziz, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Nur Sabrina Zubairi, manakala peguam Haresh Mahadevan mewakili Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf.

Mengikut pertuduhan pindaan, pasangan suami isteri berusia 30 tahun itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai di sini sehingga ke kawasan sungai berdekatan Apartment Idaman antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember dan 9.55 malam, 6 Disember 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2025 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Lambat jugak la parents dia rujuk hospital ya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
suri33 replied at 15-3-2025 06:25 PM
Lambat jugak la parents dia rujuk hospital ya.

Dalam berita sblm ni sebut 2019 dia ada buat terapi kt hosp sg buloh sbb masa 2 tahun speech delay.
Yg ni dlm berita paed selayang
Biasanya paed ni yg last tu jumpa sbb dorang yg akan sign borang utk tentukan masalah budak tu
Mungkin mak pak dia bawa pi 2 hospital kot atau doktor yg refer kat hospital2 tu.
Mcm anak kawan aku pi Serdang pastu ada pi HUKM juga.
Bertahun jalani terapi dan diagnosis dr umur 3 tahun
Dah sekolah darjah 1 baru paed dapat tentukan anak dia ASD.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 15-3-2025 06:47 PM
Dalam berita sblm ni sebut 2019 dia ada buat terapi kt hosp sg buloh sbb masa 2 tahun speech delay ...

Kesian jgk mak pak yg dpt anak autism ni.. degil yg amat.. ape ape pun takziah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 05:07 AM GMT+8 , Processed in 1.533675 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list