View: 7203|Reply: 7
|
Sah! Gangguan teknikal punca dentuman kuat di stesen LRT
[Copy link]
|
|
RAPID Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), pengendali rel laluan LRT Kelana Jaya, mengesahkan berlaku gangguan teknikal pada sebuah tren di stesen Abdullah Hukum, malam Rabu (12 Mac).
"Insiden yang tular di media sosial dilaporkan pada pukul 10.43 malam, berpunca daripada kerosakan pada komponen pemasangan pengumpul kuasa pada tren.
"Impak daripada insiden tersebut terdapat kepulan asap kecil dan bunyi dentuman," menurut Rapid Rail dalam kenyataan, pada petang Khamis.
Menurut Rapid Rail, pegawai transit yang sedang bertugas di dalam tren tersebut bertindak pantas mengikut piawaian standard operasi dengan meminta semua penumpang turun di Stesen Abdullah Hukum.
" erkhidmatan tren alternatif telah diaktifkan bagi membolehkan penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi.
"Tiada sebarang kecederaan melibatkan penumpang dilaporkan.
"Tren yang mengalami kerosakan tersebut telah dihantar pulang ke depoh penyelenggaraan untuk siasatan lanjut," tambahnya.
Menurut kenyataan itu lagi, pemantauan yang lebih kerap turut dijalankan oleh pegawai transit terutama di dalam tren ketika waktu puncak.
Sehubungan itu, Rapid Rail memohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh penumpang semasa insiden tersebut dan akan terus melakukan penambahbaikan bagi memastikan perjalanan penumpang selamat, selesa dan lancar.
SUMBER: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Malu2 nak sebut bunyi meletup.
|
|
|
|
|
|
|
|
LRT di Russia lebih tua dik tapi elok jah |
|
|
|
|
|
|
|
emera replied at 14-3-2025 08:45 AM
Dah tua kan lrt ni?
tua lagi laluan Sri Petaling/Ampang |
|
|
|
|
|
|
|
LRT sudah berdentum, kenapa tak puji kerajaan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|