CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5690|Reply: 4

KEMALA : Sasterawan Negara Ke-11

[Copy link]
Post time 5-5-2011 11:14 AM | Show all posts |Read mode
Penyair, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah yang dikenali dengan nama penanya, Kemala, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara Ke-11, semalam yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkannya berkata, anugerah itu diberikan kepada tokoh sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu dan memberikan sumbangan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera bermutu tinggi.

Anugerah itu melayakkan Ahmad Kamal menerima wang tunai RM60,000, Watikah Penghormatan Negara, kemudahan kelas pertama di hospital kerajaan dan 50,000 naskhah karya beliau akan diedarkan di perpustakaan di seluruh negara.Muhyiddin berkata, karya Kemala bermutu tinggi, dalam daya renung, tinggi daya cipta dan daya rekanya dan mempunyai nilai estetika yang mengagumkan.
“Karyanya terutama puisi bukan saja diminati dan menjadi ikutan kepada generasi baru, malah diminati sama oleh sarjana dalam dan luar negara,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof Datuk Dr Md Salleh Yaapar dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2011 11:16 AM | Show all posts
Kemala menewaskan 13 calon lain termasuk lima calon baru yang diterima Sekretariat ASN pada tahun lalu, selain sembilan calon daripada pencalonan sebelum ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, karya Kemala terutama puisi juga sudah diterjemah ke dalam banyak bahasa asing seperti bahasa Cina, Urdu, Perancis, Jerman, Belanda, Slovania, Sepanyol dan Serbo-Croatian.
“Tokoh ini juga mendapat banyak anugerah serta penghargaan dari dalam dan luar negara, antaranya Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA) daripada Kerajaan Thailand pada 1986; Anugerah Pujangga daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM).

“Beliau juga mengasaskan Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia pada 1993 dan tradisi baca puisi di Malaysia yang dimulakan dengan Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (1986),” katanya.

Sementara itu, Kemala berkata, pemilihannya dapat membakar semangatnya untuk terus menghasilkan karya lebih bermutu kepada negara, meskipun berdepan dengan masalah kesihatan yang memaksanya mendapatkan rawatan sekali setiap tiga bulan.

“Ia memang mengejutkan juga kerana saya pun tidak menaruh harapan besar, sebaliknya lebih memberi tumpuan kepada kerjaya di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan menerbitkan buku,” katanya kepada Berita Harian.

Di sebalik penganugerahan itu, Kemala berharap sarjana dan media terus menjadi jambatan kepada pembaca untuk memahami puisinya dalam keadaan masyarakat dilanda cabaran sains dan teknologi serta cabaran keilmuan, selain budaya popular.

“Kita lihat puisi Jalaluddin ar-Rumi ditafsirkan oleh sarjana sehingga ketokohan pengarang itu dihormati kerana idealismenya. Media boleh membimbing pembaca untuk memahami puisi,” katanya.

Kemala yang dilahirkan di Gombak dan kini Sarjana Tamu di UPM, menghasilkan 11 kumpulan puisi; antologi puisi (25); kajian sastera (10); kumpulan cerpen (4); antologi cerpen (8); drama (4) dan cerita kanak-kanak (3), selain 50 esei serta kritikan sastera.

Karya terbarunya ialah kumpulan puisi, Seribu Pantun Puitis dan kumpulan esei, Landskap Ungu serta Simbolisme dalam Puisi Islam di Malaysia 1970-1990, manakala kumpulan puisi, Sum-sum Bulan Rawan dan kumpulan cerpen, Laut Takjub akan diterbitkan.



* Sumber - Berita Harian.

MOD, rasanya tak salah aku post thread pasal perkembangan sastera tahahair, lagipun ini Sub-Forum Sajak & Puisikan? Jadi sangat sesuai untuk warga S&P mengenali tokoh-tokoh sastera tanahair.

Secara peribadi aku merakamkan ucapan tahniah pada Datuk Kemala. Mengenalinya secara peribadi sejak tahun 2002. Beliau seorang yang tenang tetapi berfikiran pragmatik. Puisi-puisinya bersifat romantis tetapi cukup menghiris.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2011 11:22 AM | Show all posts
Antara puisi yang sangat berharga ~

Dalam Isyarat

Laut tak berombak
Ombak tak beriak
Camar tak melayang
Mata tak berkedip
Dada tak berdebar
Daun tak gugur
Dada tak terdepang
Lembar puisi tak terselak
Salam tak bersambut
Getaran tak menggelombang
Kasih tak berkocak
Janji tak tertunai
Helah tak tergambar
Muslihat tak terpeta
Kitab puisi tergeletak
Penyair patah kalam
Kata tak kenal pilih
Antah dalam beras
Padi terkulai lemas
Aruan tak menghambur
Ular berlingkar di lubuk
Undan kematian angin
Jejak lama tak padam-padam
Dalam rupa di mana dupa
Geruh apa dalam guruh
Sukma sebuah bertatah cinta
Rumah pertama takmenemu
Ombak tak berombak
Riak tak beriak
Gairah padam
Meluluh waham.

Kemala   
2006-2007

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 12:14 PM | Show all posts
tahniah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 07:05 PM | Show all posts
Syabas Tuan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.066906 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list