View: 8038|Reply: 20
|
[Tempatan]
PakMatWestern dituduh tunggang glamour Kakcik Yah, gunakan orang tua untuk marketing
[Copy link]
|
|
Populariti TikToker Kakcik Yah atau Nariah Ahmad semakin melonjak lebih-lebih lagi selepas dilantik sebagai duta bagi satu jenama makanan sejuk beku.
Namun, kolaborasi ini mencetuskan perdebatan netizen apabila ramai meluahkan rasa simpati kerana mendakwa syarikat berkenaan ‘menunggang’ populariti Kakcik Yah.
Rasa simpati bermula apabila sesi siaran langsung (live) bersama warga emas itu memperlihatkan keadaan dirinya yang kelihatan kepenatan kerana faktor usia.
"Minta maaf la, aku tak setuju betul la PakMatWestern ni gunakan orang tua untuk marketing," komen seorang netizen.
Tampil menjelaskan keadaan sebenar, wakil daripada syarikat itu yang dikenali sebagai Ica menegaskan, pemilihan Kakcik Yah sebagai duta bukanlah dibuat atas kerelaan diri sendiri semata-mata.
Sebaliknya kerjasama terjalin atas persetujuan bersama, termasuk keluarga nenek berusia 75 tahun itu sendir
"Mungkin sesetengah pihak ada yang tidak tahu sebenarnya Kakcik Yah ni secara rasmi sudah dilantik menjadi duta paling veteran dekat sini.
"Ini semua atas persetujuan Kakcik Yah serta pihak keluarga tanpa ada apa-apa paksaan. Pihak kami terangkan satu per satu apa skop kerja yang Kakcik Yah kena buat.
"Apa yang kena dan tidak boleh lakukan. Kakcik Yah faham dan seronok rasa nak buat juga benda tu. Kalau anda semua nak tahu, rezeki Kakcik Yah ni banyak bantu kehidupannya sendiri," jelas Ica.
Menurutnya lagi, pelbagai bentuk sokongan disediakan pihak syarikat kepada Kakcik Yah, termasuk pendapatan tetap setiap bulan, bantuan barangan dapur serta komisen daripada hasil jualan.
Mengulas mengenai kebimbangan netizen terhadap tahap kesihatan TikToker itu, Ica menegaskan pihak mereka tidak mengambil kesempatan dan sentiasa mengutamakan kebajikannya.
"Ye la mana tidaknya... dengan usia umur Kakcik Yah serta keadaan fizikal dia. Tapi sebelum anda semua risau, pihak kami pun sudah risaukan terlebih dahulu.
"Kami pun tak terus 'terjah' Kakcik Yah. Kami ambil tahu tahap kesihatan, apa yang dia mampu dan tidak mampu buat. Kami sudah fikir habis-habis.
"Kami pantau Kakcik Yah tu macam mak kami sendiri tanpa ada unsur ambil kesempatan atau penindasan," katanya lagi.
Justeru Ica berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau tuduhan tidak berasas sebagaimana yang berlaku di media sosial.
Tambahnya, segala keputusan dibuat atas dasar menjaga kebajikan Kakcik Yah sambil memberi peluang kepadanya untuk menambah pendapatan sendiri.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Pahammmmm...  |
|
|
|
|
|
|
|
baguih juge meols takde tiktok ni
tak kenal smua nyehh  |
|
|
|
|
|
|
|
Pmw ni memg suka menunggang org baru nk popular. Mentang2 cikyah tu folower duk betambah |
|
|
|
|
|
|
|
Makcik tu pun suka? Both parties willing? |
|
|
|
|
|
|
|
Wuiss.. Boleh tahan marketing makcik ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Umur dah dekat 80 tahun kot nenek ni bukan makcik dah. Rasanya dia viral bila dia kongsi video masak tapi kedudukan kamera rendah dari kuali so x nampak apa langsung yg dia masak nampak tepi kuali je. Hahaha dari situ la engagement video tinggi org banyak komen x nampak apa dia masak.
Xde istilah amik kesempatan sebab dia kena bayar klau free baru betul amik kesempatan |
|
|
|
|
|
|
|
Kesimpulannya semua pun gila glamer |
|
|
|
|
|
|
|
ok la kalu gitu..berpada2 nak guna khidmat org tua..bukan apa, kang sbb dah dibayar, pastu PMW soh buat itu ini yg melangkaui keupayaan nenek tu..staf pompuan yg dok depan kamera tu pulak muda2 ligat lagi..harap2 family pun beringat2 la yer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnye.. Makcik ni yg stat gatal2 g viral diri sendiri sape suruh.. Mendapatla org kejaq hang...
I is nak padankn muka jaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah tengon seorang makcik dah tua, muda sedikit dari makcik dlm artikel... masih lagi kerja jaga kaunter tandas. Selalu kelihatan sakit2 dan ada masa juga aku tengok dia tertidur tidur... aku rasa sebab tak ada duitlah dia tetap teruskan bekerja...
Jadi aku ingat bila ada orang ambik makcik tu untuk buat marketing, ada pendaptan aku rasa ok jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Bila org tua tak keje mintak sedekah korg kecam. |
|
|
|
|
|
|
|
PMW ni gau pada konten marketing aje
Quality makanan out.
Tunggu berjam baru dpt makanan, tu pun sejuk gedi. |
|
|
|
|
|
|
|
Makcik ni perlukan bantuan ke?
Itu persoalannya.
Makcik ni bukan masuk rancangan bersamamu.. mintak sedekah atau mintak bantuan
Makcik ni ada handphone, ada internet, ada TikTok.
Obvious pakmatwestern ni nak mempergunakan makcik ni |
|
|
|
|
|
|
|
Madel replied at 18-3-2025 07:51 PM
PMW ni gau pada konten marketing aje
Quality makanan out.
Tunggu berjam baru dpt makanan, tu pun se ...
Kadang rasa suspicious, mcm money laundering pun ada company ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Janji kak cikyah hepi sudah
Dia ok pun
Awat kita nak kelupuq pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Keunikkan video kakcikyah ni sb video xde edit2, segala bunyi, apa yg lalu depan kamera, masak x nmpk apa dlm kuali, itu la keunikan video makcik ni sambil makcik ni ckp2 mcm nenek2 kita ja.
Tp bile PMW mcm komersialkan video makcik ni mcm hilang keunikan dia. Secara x langsung keunikan bideo kakcikyah dah x unik lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Korang pun suka kecam kenapa.. Biaq pi la dia nak buat content asalkan tak lebih2 melampau over sangat.. Nenek tu pun happy2 jahh daripada dia duduk rumah takde hasil.. Baik la isi masa lapang yg boleh bagi duit |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih kurang umur emak aku, tpi emak pun x masak dah
Bangun pagi ada org sediakan sarapan etc, pastu dok rehat2 tengok tv, jln2 dlm rumah sambil tgu org dtg lawat |
|
|
|
|
|
|
|
Brg yg bagus x perlu promosi yg hbt. Kalo work hard promosi hebat ni mesti brg tu fishy.
Cthnya pil Viagra. Jrng nmpk iklan pil Viagra di internet berbanding produk ubat kuat yg lain  |
|
|
|
|
|
|
| |
|