CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21255|Reply: 6

'Ini sebabnya...,' Farah Lee kongsi realiti kem Syria, turun padang jalankan misi kemanusiaan di negara bergolak

[Copy link]
Post time 18-3-2025 10:06 PM | Show all posts |Read mode

PERSONALITI media sosial dan aktivis, Farah Lee dikenali antara figura yang aktif menjalankan misi kemanusiaan di negara-negara bergolak.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu sering kali terlibat dalam pelbagai program bantuan, daripada pengagihan barangan keperluan asas kepada rawatan kesihatan dan sokongan psikologi untuk mangsa terlibat.

Namun begitu, terdapat segelintir pihak yang mempertikaikan tindakan beliau memilih untuk membantu penduduk di luar negara, sedangkan banyak isu sosial dan kemiskinan di tanah air sendiri yang perlu diberi perhatian.

Mereka berpendapat bahawa keprihatinan terhadap nasib rakyat luar negara seharusnya seiring dengan usaha membantu golongan kurang bernasib baik di Malaysia, terutamanya dalam situasi ekonomi yang mencabar.

Meski menerima persepsi negatif, Farah Lee tetap teguh dengan pendiriannya untuk terus membantu mereka yang memerlukan di kawasan negara bergolak.

Menerusi perkongsian video di laman Instagram miliknya, @farahlee_ pada Ahad, beliau memuat naik satu rakaman video memaparkan keadaan terkini di Kem Yarmouk, Syria dengan kebanyakan bangunan dan perumahan musnah akibat pertempuran dan tidak selamat untuk didiami.


"Kalian selalu tanya Farah kenapa sibuk nak pergi tolong di luar? Kenapa tidak tolong Malaysia?

"Ini sebabnya...Malaysia macam ini ke? Rumah, negara kita macam mana? Mana sifat ihsan kalian yang patut merasai kesakitan saudara kita yang lain seperti sakit sendiri?

"Jika kalian melihat mereka sebagai saudara, pasti kalian punya hati untuk tidak bertanya demikian.

"Dakwah Nabi, ihsan Nabi, tidak pernah terhenti di garis yang membeza," katanya.

  


Untuk rekod, majoriti penduduk di Kem Yarmouk adalah pelarian dari Palestin yang datang selepas Nakbah 1948. — Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2025 02:05 PM | Show all posts
dah ada laki ni, kurang kurangkan lah aktiviti mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2025 11:18 PM | Show all posts
ihtisyam1 replied at 19-3-2025 02:05 PM
dah ada laki ni, kurang kurangkan lah aktiviti mcm ni

owh dah kahwin ka?
ingat masih mencari abg mata biru
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Entohler ..tak yaqin iols nk menderma kat "yayasan" influenza neh
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 04:00 AM | Show all posts
Masalahnya aku ni pelik. Laki kau mcm mana????

Aduhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2025 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tanya tapi kaya ngat berapa gajikan sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2025 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa berhutang dgn dia yg beria dia post igs pnjg lebar tu..
Kawan nama start H..
takkan Hazrangah? Baik gile  diorang dua sblum ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2025 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.541162 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list