CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6826|Reply: 2

Dah kurang terima kecaman di media sosial, Ali Puteh infak buah tembikai hasil jual sambal

[Copy link]
Post time 18-3-2025 10:52 PM | Show all posts |Read mode

PELAWAK Ali Puteh masih menerima kecaman dan gangguan netizen di media sosial yang mengungkit konflik lama membabitkan dirinya.

Kesal dengan tindakan tersebut, Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 36, berkata individu berkenaan didakwa sengaja mengganggu dirinya yang sedang sibuk melakukan siaran langsung mempromosikan bisnes sambal di aplikasi TikTok

“Saya anggap ada yang masuk dalam live saya tu maki hamun sikit-sikit tu, saya anggap batu loncatan atau peminat tapi malu nak komen elok.

“Sebab ini bulan puasa kan jadi sanggap ini sebagai ujian kecil buat saya, hanya perlu tepis dan jalan balik… majoriti tak macam dulu mungkin dalam sejam tu ada seorang atau dua saja yang kecam.

“Perkara tu tak seronok la sebab saya tengah meniaga kan cuba bayangkan yang tengah meniaga tu ayah atau mak kita jadi sebagai anak boleh tahan tak tapi itulah lumrah dalam dunia ni ada yang suka dan tidak,” kata Ali Puteh kepada mStar.

Dalam pada itu, sempena meraikan bulan Ramadan ini Ali menginfakkan sebanyak 10,000 tan buah tembikai untuk diagihkan secara percuma kepada penduduk Gombak, Kuala Lumpur.


Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2025 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak sedara I repeat order sambal dia yach.. katanya sedap dari KA … tapi sbb I mmg kureng sikit lah nak menyambal2 , tak pernah beli apa sambal pun
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2025 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
ok noted. now memang takde gosip menyengatkan? takde ke retis2 nak bergasak? cerah sikit bijik mata acik por.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.050206 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list