Isu Semasa
ADVERTISEMENT

FOTHER-MUCKER Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 123579   
Edited by FOTHER-MUCKER at 18-3-2025 11:35 AM


Cubaan 15 'pemain' kriket Bangladesh masuk Malaysia gagal[size=0.8]Mac 18, 2025


9:30am



KUALA LUMPUR: Seramai 15 'pemain' kriket dari Bangladesh ditahan selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dalam kenyataan berkata, kumpulan terbabit lengkap berpakaian seragam pasukan dipercayai untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

"Kumpulan itu mengemukakan surat penganjuran kejohanan kriket yang kononnya mendapat sokongan Persatuan Kriket Pulau Pinang, namun hasil semakan mendapati dokumen itu palsu.

"Semakan mendapati tiada sebarang kejohanan kriket dijadualkan berlangsung seperti dipaparkan pada surat berkenaan iaitu pada 21 hingga 23 Mac," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan berkenaan cuba menghubungi seorang individu yang didakwa sebagai penaja dan penjamin pasukan.

Bagaimanapun, setibanya individu berkenaan menafikan dirinya sebagai penaja pasukan dan mendakwa tiada sebarang maklumat berkenaan kejohanan kriket terbabit.

Pemeriksaan lanjut dijalankan mendapati tiada bukti kukuh mereka adalah pemain kriket.

Berkemungkinan mereka adalah sebahagian dari sindiket yang cuba menyamar sebagai pemain kriket untuk memasuki Malaysia atas tujuan lain.
"AKPS memutuskan agar kumpulan ini tidak dibenarkan mendarat (NTL) dan tindakan lanjut akan diambil mengikut peraturan imigresen yang berkuat kuasa," katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/03/1374068/cubaan-15-pemain-kriket-bangladesh-masuk-malaysia-gagal



Rate
There are 1 People reward the building owner
14.4K Views
14 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


mejaputih Lv.12 2#

Defender | Credits 14938   
sib baik penguatkuasa lagi pandai....

bulalof Lv.12 3#

Defender | Credits 12305   
sikitnya dapat tangkap padahal beribu2 masuk secara haram dgn mudah.

krustykrab Lv.16 4#

Conqueror | Credits 41436   
Hebat kau menyamar
Follow Us

rbmy Lv.12 5#

Defender | Credits 10735   

bukan alang2 dia jadi pemain kriket. nasib bukan pemain badminton HAHAHAHA

akies Lv.12 6#

Defender | Credits 10740   
Adoilaa mesti surat tu tkde letter head atau alamat lengkap.
Terus was2..google lak nama kejohanan.nan hado.
Kantoi di situ.
Sape la punya idea bijak ni

mehmet Lv.11 7#

Highlander | Credits 7786   
Alhamdulillah. Finally, ada cerdik pantau & sekali nyah balik asal mereka.

Byk invest itu nak menipu. Beli jersey segala. Jgn pula rembat player betul punya.

ADVERTISEMENT


grouper Lv.12 8#

Defender | Credits 10004   
Sebenarnya yg dh lepas masuk ikut mo mcm ni dah banyak..yg dapat tangkap ni pun pihak berkuasa dah tau mo sindiket tu lepas ni diorg  mesti ubah cara lain plak...klau melibatkan sindiket diorg ni pandai adapt ikut situasi semasa sebab tu x akan habis kes diorg ni. Kecuali mastermind atau bos paling besar kena tangkap

silance Lv.5 9#

Minder | Credits 725   
https://www.msn.com/en-my/news/n ... ac8ecc60e&ei=28

Apa pasal tada pircaya sama kita?

Decaffeinated Lv.17 10#

Superior | Credits 59830   
Try la guna alasan keluar 40 hari. Ofkos jgn lupa uniform biasa tu.

Skuau Lv.15 11#

Gladiator | Credits 33042   
Msia jugak PILIHAN drng nak menipu...sb dh ramai yg dah lepas.

ninja boy Lv.16 12#

Conqueror | Credits 44567   
Edited by ninja boy at 19-3-2025 09:41 PM

Film dunki kan ada tunjuk beribu cara nak masuk negara org termasuk kunun2 atlet sukan bertandingan termasuk kawen gambar perempuan

Nham22 Lv.15 13#

Gladiator | Credits 32166   
Ni mesti x gune laluan khas dgn pegawai khas jaga laluan seledup... Nak jimat.. Hahaha... Klu x kene bayor mahai..

rikiruj Lv.11 14#

Highlander | Credits 9769   
Orang2 South Asia susah sikit nak masuk sini, tak boleh nak masuk illegal naik tongkang macam jiran seberang.. depa takde choice kena masuk via airport & kena masuk legally tapi lepas tu hilang / overstay.  Memang pengkhianat negara je yang kasi lepas.

Patut imigresen buat strict VISA / ETA requirement pada South Asian ppl ni, macam Aussie buat kat kita.  Mintak submit bank statement, employer letter, itinerary, return ticket, lodging address etc.   

123456 Lv.7 15#

Revolutioner | Credits 1363   
Lain la kalau dia org ni 15 pejuang Palestin

All contents are displayed