Isu Semasa
ADVERTISEMENT

CARI-HBZ Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 69690   





JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan pergaduhan antara pemandu teksi dengan pemandu e-hailing gara-gara berebut parkir, lapor laman berita Detik semalam.


Kejadian berlaku di Jakarta Selatan pada Jumaat minggu lalu.


Ketua Polis Pancoran, Komisioner Mansur berkata, pergaduhan antara dua pemandu itu bermula selepas kedua-dua mereka saling bertikam lidah dan merakam video.


“Mereka berebut parkir yang biasanya digunakan oleh kenderaan e-hailing.


“Tiba-tiba sahaja ada teksi elektrik mahu parkir di situ dan tiada ruang kosong untuknya. Ia menyebabkan kekecohan berlaku dan mereka saling memukul,” katanya.


Tambah Mansur, kedua-dua pihak sudah membuat laporan polis, manakala kes itu sedang disiasat. – AGENSI


Sumber – KOSMO! ONLINE
6839 Views
2 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


mdhelmi Lv.14 2#

Fighter | Credits 20698   
pasal parkir ni teringat cite dulu
aku pernah sekali tu nk pergi speedmart
xingat nak beli ape tapi mmg nak cepat
so nampak parkir kosong aku terus masuk letak moto situ dan terus masuk kedai
keluar je dari speedmart tu ada brader kata aku amik parkir orang yg tgh reverse nak masuk parkir tu
brader tu dengar org dlm kete tu menyumpah2
aku btol2 xperasan kete tu sbb nak cepat sgt
nasib baik moto aku x duduk dlm longkang
atau dia keluar kete pastu ajak aku bersilat kat situ

B40tastePosh Lv.12 3#

Defender | Credits 13207   
No komen...manusia terlalu ramai dalam sejarah peradaban manusia...kena dikurangkan.

All contents are displayed