Borneo
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 662045   


KENINGAU: Mahkamah Sesyen Keningau memerintahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta kerajaan negeri Sabah untuk membayar sejumlah RM 170,056.58 dengan faedah sebanyak 4 peratus setahun kepada seorang kontraktor tempatan Mohd Frizaile Dalan bagi kerja-kerja yang disiapkan sebahagiannya dalam projek naik taraf sistem perparitan di Pekan Tenom sebelum kontraknya ditamatkan secara tidak sah.

Dalam penghakimannya, Hakim Ahmad Fairuz Mohd Fuzi mendapati bahawa Defendan menamatkan kontrak Plaintif secara salah sebelum kerja-kerja dapat disempurnakan, walaupun lanjutan masa sudah diberikan kepada Plaintif sebelum ini.

"Mahkamah mendapati bahawa Defendan menamatkan kontrak secara tidak sah sebelum Plaintif dapat menyiapkan kerja-kerja terbabit walaupun lanjutan masa sudah diberikan," katanya.

Dalam pembelaan mereka, Defendan mendakwa bahawa Sijil Penyiapan Kerja dan Laporan Penilaian Prestasi Kontraktor hanyalah draf dalaman yang tidak boleh dijadikan bukti untuk tuntutan bayaran oleh Plaintif.

Ahmad Fairuz bagaimanapun menolak sepenuhnya hujah itu dengan menyatakan dokumen ini telah terbukti sebagai dokumen akhir dan sudah diluluskan bagi menyokong tuntutan Plaintif.

Katanya, dakwaan Defendan bahawa dokumen ini hanyalah draf adalah ditolak. Ini bukan sahaja kerana ia tidak dinyatakan dalam pembelaan mereka, tetapi juga kerana dokumen itu jelas dikeluarkan oleh Defendan dan mengesahkan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh Plaintif.

“Defendan juga cuba mengurangkan jumlah bayaran yang sepatutnya diterima oleh Plaintif daripada RM 170,056.58 kepada RM 59,390.00, dengan alasan bahawa penilaian kerja dilakukan mengikut kaedah "Perakuan Muktamad Kontrak".

“Bagaimanapun, mahkamah menolak sepenuhnya kaedah penilaian terbabit dengan menyatakan bahawa ia tidak adil dan tidak mengikut kaedah penilaian yang sewajarnya.

"Akhir sekali, penilaian yang dibuat oleh Defendan berjumlah RM 59,390.00 ditolak oleh mahkamah ini kerana penilaian tersebut tidak dilakukan mengikut kaedah yang adil dan saksama," katanya.

Perbicaraan berlangsung selama dua hari, di mana Plaintif yang diwakili oleh peguam Azhier Farhan Arisin memanggil dua orang saksi untuk menyokong tuntutannya, manakala Defendan diwakili oleh Peguam Negeri, Yee Tsai Howe, dari Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah memanggil empat orang saksi dalam pembelaan mereka.

Antara saksi yang dipanggil oleh pihak Defendan ialah Lanree @ Henry Asing, Jurutera JPS Daerah Tenom ketika itu, yang menandatangani surat penamatan kontrak terhadap Plaintif, walaupun lanjutan masa sudah diberikan kepada Plaintif untuk menyempurnakan kerja-kerja projek perparitan di Pekan Tenom.


Rate
There are 1 People reward the building owner
5391 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch