Isu Semasa
ADVERTISEMENT

CARI-MRO Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 210787   



KLUANG – Tular beberapa keping gambar tangkap layar rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) insiden dua beberapa kanak-kanak membaling objek ke arah jemaah ketika solat di Masjid Nurul Iman, Taman Sri Lambak di sini.


Menerusi gambar tersebut kejadian itu dipercayai berlaku pada pukul 10.18 malam, Ahad lalu ketika jemaah sedang solat sunat tarawih.


Tinjauan di ruang komen rata-rata pengguna laman sosial melahirkan rasa marah terhadap tindakan nakal kanak-kanak terbabit.


Haniff Nazimuddin berkata, ibu ayah kepada kanak-kanak tersebut perlu bertanggungjawab dengan anak masing-masing.


“Bukan diri sendiri sahaja nak dapat pahala, biar lepas bebas anak-anak tanpa kawalan. Bawa anak-anak solat di sebelah ibu atau bapa masing-masing, bukan isu putus saf atau najis ke apa tetapi demi kemaslahatan ummah,” tulisnya.


Sementara itu, Mohd. Kamarul Azlie Rahim memberi pendapat bahawa ahli jawatan kuada (AJK) masjid boleh mencetak gambar kanak-kanak nakal tersebut dan tampal di ruang kenyataan dengan notis amaran.


Katanya, langkah itu sebagai pengajaran dan peringatan kepada semua terutamanya kanak-kanak yang bermain di dalam masjid supaya menjaga tingkah laku.


Dalam pada itu, Pengerusi Masjid Nurul Iman, Mohidin Paidi bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan memanjangkan kes tersebut.


“Dahlah, cukuplah tak payah diulas panjang, ini kan bulan puasa,” jawapnya ringkas ketika dihubungi hari ini.


Sumber – KOSMO! ONLINE
8428 Views
34 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


ekselen Lv.12 2#

Defender | Credits 12558   
mula2 dia baling objek pakcik..esok2 dia baling mercun pulak.. dah kata nakal kan.. kalau nk bwk bdk2 gi masjid ajar lah jugak adab bkn sibuk nk ajar bdk2 gi masjid mcm pi main kt taman permainan.. aritu dah ada satu kes kan.. bila x diajar adab mcm ni la.. mana2 tpt nk bwk tlg lah ajar adab tu sekali..

budakshinchan Lv.9 3#

Adventurer | Credits 3562   
bagus anto kat Pakcik suka lempang budak tu je budak budak nakal ni

mdhelmi Lv.14 4#

Fighter | Credits 20698   
dulu aku masa besar2 tu tgh sibuk lastik cicak kat luar surau
pastu time tahiyat akhir baru masuk utk tahiyat sekali dgn jemaah
semua tu pengaruh kawan
masa tu pegi surau mmg nak main je
ayah dah sah2 dok saf depan sekali
Follow Us

dubuk Lv.14 5#

Fighter | Credits 28541   
Budak dan solat terawih ialah acara tahunan

TeropongThaico Lv.11 6#

Highlander | Credits 7106   
Kes kena paksa bertarawih dkt masjid le ni... Hati taknak pergi tapi kena paksa kena marah. Buat perangai supaya next time takyah kena paksa dah. Takat kena marah sekejap pedehal... Diarg harap lepas ni ditinggal di rumah sorang2. Boleh layan game... Dunia ini anna yg punya

akies Lv.12 7#

Defender | Credits 10744   
Anak sape la ni.
Harus ditunjal kepala sbb tk reti nak bezakan
kawan bermain dengan jemaah yang sedang solat

ADVERTISEMENT


Samerosie Lv.13 8#

Challenger | Credits 18859   
Kanak2  ke? Rupa tinggi besar mcm dah tau baik dn buruk.

mehmet Lv.11 9#

Highlander | Credits 7791   
Ini makan terbaik lempang. Tak hornat langsung org beribadah.

Apa mentality parents skrg. Anak kena marah Cikgu. Siap ke sekolah serupa gangster walhal hidup mohon bantuan zakat.

mehmet Lv.11 10#

Highlander | Credits 7791   
Kasihan AJK Masjid. Nak jawab salah,jln terbaik serahkan kepada Allah. Bulan puasa.

BungaKencana Lv.9 11#

Adventurer | Credits 4732   
budak ni kalau kne sebat kt tgh belakang dia dgn tali pinggang baru ada akal kot..

TabletSusu Lv.12 12#

Defender | Credits 10686   
tu sebab dari dulu aku x setuju makpak bawak anak2 pi masjid/surau.. kau bersolat kat depan, kau tinggal anak2 kat belakang.. konon nak ajar dari kecik supaya besar nanti senang hati ke masjid/surau tapi x pernah didik dan ajar adab sopan. jadi mcmni lah.

lagi 1 mak2 yg bawak baby.. ko solat baby ko melalak sampai habis solat. kan dah ganggu org lain. mmg xde kesedaran sivik langsung makpak mcmni

batmana Lv.15 13#

Gladiator | Credits 39646   
Buatlah kompaun..anak bising.denda rm1k
Baru dorg berakal sebab melibatkan duit.. kalau melibatkan mengganggu ibadah org dorg tk kisah...kalau Kene denda duit barulah otak dorg berjalan

exclusive_vvip Lv.12 14#

Defender | Credits 14325   
elok memana org dewasa(bukan parents diorg) gi cubit perut @ tarik telinga sambil jegil mata kat budak2 nakal tu..buat senyap2 tanpa ada org nampak(atau pakat dgn org2 dewasa lain buat2 tak nampak) baru ada akal sikit kot..

Samerosie Lv.13 15#

Challenger | Credits 18859   
Quote: exclusive_vvip replied at 19-3-2025 06:28 PM
elok memana org dewasa(bukan parents diorg) gi cubit perut @ tarik telinga sambil jegil mata kat bud ...

Woish cubit perut pusing lepas tu tarik. Tu specialty cikgu bahasa weols masa std 2.   

ADVERTISEMENT


B40tastePosh Lv.12 16#

Defender | Credits 13067   
Budak tak pernah kena rotan ni....mak bapak sayang sangat anak, tak berani nak lempeng

dua_chzy Lv.18 17#

Master | Credits 66141   
Jenis anak orang menyusahkan cikgu2 kat sekolah dengan perangai macam saitan.

ninja boy Lv.16 18#

Conqueror | Credits 44582   
Kembalikan rotan2 di sekolah

Herlina Lv.11 19#

Highlander | Credits 9267   
Budak2 ni asal start solat je mula la jadi setan iblis bagai. Time tu la nk tarik2 telekung/kain org. Time tu la nak menjerit2.

krustykrab Lv.16 20#

Conqueror | Credits 41439   
Quote: TabletSusu replied at 19-3-2025 01:39 PM
tu sebab dari dulu aku x setuju makpak bawak anak2 pi masjid/surau.. kau bersolat kat depan, kau tin ...

Ramai pompuan2 kat tikitok yg suka nawww nk solat kt masjid/surau wpun dah tau ada anak kecik. Padahal dah terang2 setat cakap pompuan afdal solat kat ghumah je. Kalau la gigih sgt nak pi pun tunggulah anak2 dh berakal. Ataupun pi je time kuliah/ceramah/ tadarus kalau dh gedik2 sgt. Tak faham aku pompuan2 yg tak berakal ni.
12Next