Gosip Tempatan
ADVERTISEMENT

Raline Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 169648   



Pelakon Scha Al Yahya tidak menolak sekiranya diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata yang ketiga pada usia 42 tahun. Bagaimanapun Scha, menyedari risiko yang bakal dihadapi memandangkan dia bukan lagi muda.

"Ada beberapa pandangan yang saya lihat di media sosial apabila ada yang mengatakan okey untuk hamil pada usia 40-an. Namun ada juga yang mendakwa agak berisiko.

"Secara peribadi saya agak takut dan was-was untuk hamil pada usia sekarang. Tapi kalau sudah ditakdirkan rezeki Allah nak bagi, saya tidak menolak," katanya kepada Harian Metro.

  


Scha berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi beg tangan pertama Hey June di bawah jenama fesyen miliknya, Ayaaya di sini, baru-baru ini.

Menurut Scha, dia reda sekiranya dikurniakan anak perempuan buat kali yang ketiga.

  


"Saya reda saja apa yang Allah nak tentukan. Cuma menjawab soalan anda (wartawan), sudah tentu saya gembira untuk timang anak lelaki.

"Kalau dapat anak perempuan pun saya terima saja. Kadang-kadang rezeki ini kita tak tahu," katanya.

Scha berkahwin dengan pengacara terkenal Awal Ashaari pada 4 Mei 2012. Mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Lara Alana, 11 dan Lyla Amina, 4.


Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
Rate
There are 1 People reward the building owner
5754 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch