Isu Semasa
ADVERTISEMENT

FOTHER-MUCKER Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 124321   
Edited by FOTHER-MUCKER at 18-3-2025 05:52 PM


2,076 warga asing terlibat sindiket tipu, rakyat China paling ramai

  • Oleh NURAINA HANIS ABD . HALIM
  • 14 Mac 2025, 7:50 am


RAMLI MOHAMED YOOSUF


  • Oleh NURAINA HANIS ABD . HALIM
  • 14 Mac 2025, 7:50 am


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram


PETALING JAYA: Seramai 2,076 warga asing ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana dipercayai terlibat dengan jenayah penipuan di negara ini dalam tempoh dua tahun sejak 2023.

Jumlah itu melibatkan 1,070 warga asing pada 2023 manakala baki 1,006 lagi pada tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, warga China merupakan paling ramai ditahan terlibat dengan sindiket penipuan iaitu seramai 1,029 orang.

“Kita mendapati separuh daripada individu yang ditahan adalah warga China. Ia diikuti dengan Indonesia (280), Bangladesh (124), Nigeria (101), Taiwan (91), Vietnam (84). Seterusnya warga India, Filipina, Thailand dan lain-lain,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Ramli, siasatan mendapati ada penjenayah yang telah menipu mangsa di negara lain kemudian datang ke Malaysia bagi melakukan jenayah berkenaan.

Jelasnya, ia terbukti apabila ada rakyat China yang ditahan telah melakukan jenayah di Filipina, kemudian datang ke negara ini dengan membeli beberapa kondominium mewah menggunakan wang hasil penipuan.

Suspek turut menjalankan pusat panggilan untuk jenayah scam di negara ini sebelum kegiatannya berjaya dibongkar pihak polis.

Jenayah siber dan penipuan dalam talian merupakan jenayah rentas sempadan. Dalam kebanyakan kes, sindiket jenayah dan mangsa yang ditipu berada di dua negara yang berbeza.

Maka, adalah tidak mustahil untuk sindiket jenayah ini bergerak dari satu negara ke negara lain untuk bersembunyi atau melakukan aktiviti jenayah mereka,” katanya.

Tambah Ramli, antara punca Malaysia menjadi tumpuan scammer kerana lokasi yang strategik untuk perdagangan haram dan aktiviti jenayah rentas sempadan.

Jelasnya, ia kerana Malaysia berdekatan dengan negara-negara jiran yang terlibat seperti Thailand, Indonesia dan Filipina.

Malaysia mempunyai ekonomi yang berkembang pesat  dengan pelbagai industri termasuk perbankan, perdagangan dan teknologi sehingga menjadi sasaran untuk aktiviti pengubahan wang haram dan penipuan kewangan.

Selain itu, kemudahan infrastruktur dilengkapi dengan jaringan internet serta telekomunikasi yang baik memudahkan sindiket jenayah untuk beroperasi.

Malah, kehadiran antarabangsa di negara ini memberi peluang bagi sindiket jenayah untuk menyembunyikan identiti mereka dan melaksanakan kegiatan haram tanpa dikesan,” katanya. – UTUSAN




4978 Views
1 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


FOTHER-MUCKER Author 2#

Legenderer | Credits 124321   

All contents are displayed