Isu Semasa
ADVERTISEMENT

tatod Lv.15

Fav
Gladiator | Credits 34852   

JOHOR BAHRU – Mahkamah Majistret di sini hari ini melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) lelaki warga emas yang tular kerana menampar seorang pemuda bukan Muslim di kedai serbaneka sebuah pusat beli-belah di sini, Ahad lalu.

Keputusan itu dibuat Majistret A. Shaarmini selepas pendakwaan memaklumkan untuk mengklasifikasikan kes tersebut sebagai DNAA untuk dirujuk ke Ibu Pejabat Peguam Negara (AGC), Putrajaya ketika prosiding sedang berlangsung.

Terdahulu, orang kena saman (OKS), Abdul Razak Ismail, 65, telah membuat pengakuan bersalah, namun tidak mengakui fakta kes yang dibacakan jurubahasa.

Sehubungan itu, Shaarmini menolak pengakuan bersalah OKS dan memerintahkannya untuk melantik peguam bagi membela diri.

Bagaimanapun, sebelum tarikh ditetapkan, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatihah Mohd. Nizam memaklumkan pihaknya menerima arahan untuk merujuk kes tersebut kepada ibu pejabat AGC.

Majistret kemudian memerintahkan kes itu di DNAA terlebih dahulu dan akan dituduh semula pada masa akan datang.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Abdul Razak didakwa telah dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada seorang pemuda di sebuah kedai serbaneka sebuah pusat beli-belah di sini pada pukul 3.45 petang, Ahad lalu dan dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
Rate
There are 1 People reward the building owner
7287 Views
37 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


Rajawali Lv.10 2#

Survivor | Credits 5039   
so dia boleh raya kat rumah ke tahun ni???cisss

alesandra Lv.16 3#

Conqueror | Credits 47203   
Amboi org kaya ni ..nak hire lawyer bagai.takpe ko nak panjang2 citer bagai..kita tgk mana peginya

Samerosie Lv.13 4#

Challenger | Credits 18956   
Nasib kau baik old man, ACG kasi chance kau puasa habis dan beraya dgn family dulu.  Tp malu ah dgn khariah mesjid kau.  Semua dah beruban pun x leh bawa bersabar.
Follow Us

kepompong Lv.12 5#

Defender | Credits 13321   
Tunggu janggut panjang sampai perut dah boleh pakai baju Santa Claus. Rambut curly sama dah tu adoi sorry pakcik. Bukan nak hina tapi nak puji. Tak perlu effort… size badan, bentuk rambut, warna janggut & kening dah pass dah tu

jari10 Lv.9 6#

Adventurer | Credits 3469   
Samseng sangatkah?

3chanceno Lv.15 7#

Gladiator | Credits 37220   
Dah ada bideo but kes nak diperpanjangkan  

ADVERTISEMENT


slavehunter Lv.13 8#

Challenger | Credits 17236   
Pakcik ni macam muka ada senyum pula bila dah famous.
Ini yang dia nak kot. Viral attention.

alieyrina Lv.13 9#

Challenger | Credits 19675   
Ban ja rentua dari masuk fam mart. Tampal muka dia depan kedai. Dilarang masuk

Samerosie Lv.13 10#

Challenger | Credits 18956   
Tak lama lagi ada pe org buat meme gambar ni mcm meme drake tu Ramadhan edition.

Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register

Decaffeinated Lv.18 11#

Master | Credits 60039   
Bukan ka sudah di tuduh semula, TT kenapa tak update? (gitu aku buat2 bertanya)

Nizleen86 Lv.9 12#

Adventurer | Credits 3956   
Buat malu org sejid je pakcik ni. Sama dgn badak yg tumbuk hidung budak sampai berdarah tu. Lain kali perut kasi kempis sikit jgn boroi sgt pakcik. Mungkin dr boroi tu yg buat baran.

n3ar Lv.8 13#

Honour | Credits 2441   
mula2 mengaku bersalah..kali ke 2 aku baca berita, tak mengaku pulak....

afie_m Lv.10 14#

Survivor | Credits 5372   
pakcik, nak tegur orang tak puasa tu dah bagus tapi agak2 lah, tgk muka pun tahu budak bangsa lain, adoiiiii...

KamikuP Lv.11 15#

Highlander | Credits 9731   
kALAU jep sepahtu tua dan gundu, camni ler ghupenyer

ADVERTISEMENT


Samerosie Lv.13 16#

Challenger | Credits 18956   
Quote: n3ar replied at 20-3-2025 08:04 AM
mula2 mengaku bersalah..kali ke 2 aku baca berita, tak mengaku pulak....

Masa mula2 dia tak bawa loyer tu yg dibebaskan atas teknikaliti.

cm_vungtau Lv.12 17#

Defender | Credits 10362   
Ala kalau dia melayu pun bukannya takde kelonggaran dalam agama. Kot dia tengah musafir ke atau dia kerja berat ke. Kecoh much pakcik? Sendiri yang tak paham agama sendiri meroyan.

cm_vungtau Lv.12 18#

Defender | Credits 10362   
Tapi I malas nak kutuk pakcik2 ni sebab diorang orang tua. Orang tua dia punya kepala angin lain sikit. Entah2 tengah marah bini kat rumah tu yang trigger tu

TeropongThaico Lv.11 19#

Highlander | Credits 7153   
Quote: kepompong replied at 19-3-2025 11:52 AM
Tunggu janggut panjang sampai perut dah boleh pakai baju Santa Claus. Rambut curly sama dah tu:laugh ...

Kulit kena bleach sis... Jangan lupa bab tu

supernaturalee Lv.17 20#

Superior | Credits 54391   
Quote: cm_vungtau replied at 20-3-2025 10:41 AM
Tapi I malas nak kutuk pakcik2 ni sebab diorang orang tua. Orang tua dia punya kepala angin lain sik ...

so budak tu kena terima je la tamparan lelaki atok ni?


12Next