Borneo
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 662045   


Seorang penerima warga emas tidak dapat menahan sebak saat menerima bantuan daripada Fatimah, sambil disaksikan (dari kanan) Tan, Tony, Rosey, Semawi dan Vivian di Miri, hari ini.

MIRI: Kerjasama kukuh antara sektor korporat dengan agensi kerajaan bagi membantu golongan kurang bernasib baik di sini, yang berterusan dalam jangka masa panjang adalah sesuatu yang wajar dipuji dan dicontohi kerana ia tidak terdapat di mana-mana negara lain.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kerjasama erat yang terjalin selama 23 tahun di antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Hotel Dynasty Miri menunjukkan komitmen kukuh dalam membantu komuniti setempat.

“Sukar untuk melihat kerjasama yang sangat baik seperti ini yang dapat bertahan selama 23 tahun dalam menganjurkan aktiviti yang sangat baik seperti ini.

“Sepanjang 23 tahun ini, Hotel Dynasty dan JKM bekerjasama menghulurkan bantuan pada musim perayaan kepada penerima bantuan bulanan (JKM) iaitu Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina, Sejambak Aidilfitri dan Sejambak Kasih Hari Gawai.

“Tanpa sebarang perjanjian tetapi persefahaman yang amat baik dan susah untuk dicari di mana-mana jua atau di negara-negara lain,” ujarnya.

Fatimah berkata demikian semasa berucap merasmikan program penyampaian bantuan anjuran bersama Hotel Dynasty dan JKM Bahagian Miri, iaitu Sejambak Kasih Hari Raya Aidilfitri 2025, di sini, hari ini.

Katanya, hasil daripada kerjasama erat ini penerima bantuan bulanan JKM termasuk warga emas telah memperolehi manfaatnya.

“Kita tidak mahu ada yang merasakan mereka dilupakan atau dipinggirkan pada musim perayaan dan program Sejambak Kasih ini kita sampaikan bantuan kepada mereka agar membawa keceriaan kepada penerima,” tambahnya.

Bagi tahun 2025, 738 orang menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri daripada 4,546 penerima bantuan bulanan kebajikan di Miri.

Bagaimanapun hanya 150 yang dijemput hadir pada majlis tersebut manakala 100 penerima lain telah menerima wang tunai di Majlis Sejambak Kasih Hari Raya Aidilfitri 2025 di Dewan Masyarakat Bekenu pada 13 Mac lalu.

Seramai 488 lagi yang tidak berpeluang hadir turut akan menerima sumbangan RM100 yang akan dikreditkan ke akaun masing masing.

Sementara itu, Pengarah Urusan Hotel Dynasty Tony Pui memberitahu, melalui kerjasama itu pihak Hotel Dynasty telah memberikan hamper barangan keperluan makanan bernilai RM150 manakala JKM memberikan duit raya berjumlah RM100.

“Acara hari ini telah menandakan acara tahunan ini yang berlangsung sejak 25 tahun lalu dan sudah 23 tahun bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Miri.

“Sebagai sebuah organisasi yang prihatin, kami sentiasa mahu memupuk semangat pemurah untuk mengambil berat dan memberi dalam kalangan kakitangan kami.
“Kita juga akan sentiasa mencuba dalam pelbagai cara untuk terus tampil membantu rakyat Miri yang kurang bernasib baik,” katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Rosey Yunus, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datu Felicia Tan Ya Hua, Pengarah JKM Sarawak Semawi Mohamad dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri Vivian Engkiong.


Rate
There are 1 People reward the building owner
2552 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch