Borneo
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 667005   
Edited by Vellfire at 19-3-2025 12:26 PM



Abdul Karim (tiga kiri) bersama Manoharan (dua kiri) serta Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Sharzede Salleh Askor (empat kiri) serta yang lain menunjukkan maskot Tahun Melawat Malaysia 2026 selepas majlis sesi libat urus di Kuching, hari ini.

KUCHING: Pemain industri diingatkan agar terus memaklumkan kepada agensi berkaitan atau Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan sekiranya terdapat masalah fasiliti di tempat-tempat pelancongan di negeri ini.

Menterinya Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pemain industri sama ada pemandu pelancong atau agensi pelancongan tidak harus menyembunyikan masalah tanpa menyelesaikannya, sebaliknya mengambil tindakan segera memaklumkan pihak bertanggungjawab.

“Jangan menunggu orang luar atau pelawat (pelancong) luar yang melawat Taman Negara kita misalnya, memuat naik dalam media sosial bahawa tandas kita rosak, tidak bersih, jeti rosak dan sebagainya baru kita mahu bertindak.

“Kadangkala pemandu pelancong atau agensi pelancongan yang membawa mereka ini tahu tentang masalah ini, tetapi mereka segan memaklumkan kepada pihak atasan.

“Oleh itu kita berharap, mereka juga harus memaklumkan kepada kita di kementerian sekiranya ada masalah ini, agar saya boleh membawa ia terus kepada agensi berkaitan, sama ada ia pihak berkuasa majlis atau agensi seperti Sarawak Forestry Corporation (SFC) atau sebagainya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Sesi Libat Urus Industri Pelancongan Sarawak anjuran Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) yang dihadiri Ketua Pengarahnya Datuk Manoharan Periasamy di sini, hari ini.


Ina Sendar dan Muhammad Julaihee, pengusaha produk kraf tangan bergambar bersama Wira dan Manja, maskot beruang matahari Tahun Melawat Malaysia 2026, semasa sesi libat urus industri pelancongan wilayah Sarawak di Kuching, hari ini. - Gambar Chimon Upon

Abdul Karim berkata, ini bagi membolehkan pihak berwajib melakukan kerja menaik taraf yang diperlukan agar destinasi atau produk itu terus menarik kedatangan pelancong.

Apa yang membimbangkan katanya, adalah komen tidak baik tentang produk daripada pelancong yang berpotensi menjadikan mereka tidak lagi berminat dengan produk yang ditawarkan di negeri ini.

“Ini amat penting, industri pelancongan harus antara yang terbaik dalam menyelesaikan apa sahaja masalah.

“Apa yang saya maksudkan dengan 'sweep under the carpet,' kita tidak mahu agensi atau pemandu pelancongan ini berdiam diri tanpa maklumkan kepada atasan mengenai apa yang berlaku," tegasnya.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Karim berkata, Sarawak pada tahun ini menyasarkan kedatangan lima juta pelawat dengan unjuran pendapatan pelancongan sebanyak RM12.73 bilion.

Pada 2024 katanya, Sarawak berjaya menyambut kedatangan 4.83 juta pelawat yang menghasilkan pendapatan pelancongan sebanyak RM12.45 bilion.

“Di peringkat nasional, Malaysia mencatatkan 38 juta kedatangan pelawat, peningkatan signifikan sebanyak 31.1 peratus berbanding 29 juta kedatangan pada 2023, melepasi rekod prapandemik iaitu 35 juta kedatangan pada 2019.

“Angka-angka ini menunjukkan bahawa industri pelancongan sedang pulih dengan pantas pascapandemik, dengan lebih banyak produk pelancongan dan pakej yang kompetitif dibangunkan, serta perluasan laluan udara ke Malaysia,” ujarnya.

Beliau turut optimis Sarawak mampu mencapai sasaran ketibaan pelancong tahun ini menerusi beberapa acara signifikan kepada negeri ini termasuk Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) yang diadakan 20 hingga 22 Jun 2025 di Kampung Budaya Sarawak.


Rate
There are 1 People reward the building owner
2682 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch