Borneo
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 662045   
Dexper Kiu Kuang Wei, 10, dan Susie Kiu, 7 dihanyutkan arus ketika mandi kerana tidak tahu berenang



Orang awam menunjukkan lokasi di Sungai Batang Mukah, tempat dua kanak-kanak dikhuatiri lemas hari ini. - Gambar JBPM Sarawak

MUKAH: Dua beradik dilaporkan hilang selepas dikhuatiri lemas ketika mandi di Batang Mukah berhampiran Jambatan Kuning, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.23 petang.

Mangsa dikenali sebagai Dexper Kiu Kuang Wei, 10, dan adiknya, Susie Kiu, 7.

Menurut maklumat awal, kedua-dua kanak-kanak itu sedang mandi di tebing sungai berhampiran Kampung Bedanga, Mukah, sebelum mereka dihanyutkan arus kerana tidak tahu berenang.


Anggota BBP Mukah bersiap sedia dengan bot penyelamat untuk memulakan operasi mencari dua beradik yang dilaporkan hilang petang tadi. - Gambar JBPM Sarawak

Ibu mangsa cuba menyelamatkan mereka tetapi tidak berjaya.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah, diketuai PBK I Stephen Plen tiba di lokasi 10 minit kemudian dengan kekuatan empat anggota, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah bot penyelamat.

"Setibanya di lokasi, pasukan penyelamat segera melancarkan operasi pencarian menggunakan kaedah pencarian di permukaan air di sekitar kawasan mangsa dipercayai tenggelam,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi itu turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).


Pasukan bomba menggunakan bot penyelamat untuk menjalankan pencarian di permukaan sungai bagi mengesan mangsa yang dikhuatiri lemas. - Gambar JBPM Sarawak

Sehingga berita ini ditulis, operasi pencarian masih giat dijalankan dan kedua-dua mangsa masih belum ditemui.


Rate
There are 1 People reward the building owner
2637 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch