Borneo
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 662045   
Edited by Vellfire at 19-3-2025 12:52 PM



Anggota bomba BBP Mukah melancarkan Operasi SAR di Sungai Batang Mukah selepas menerima panggilan kecemasan.

MUKAH: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan dua beradik yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Batang Mukah, berhampiran Kampung Bedanga, pada Selasa, diteruskan hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa usaha pencarian dilakukan menggunakan kaedah pencarian di permukaan air serta teknik ‘grappling iron’ bagi mengesan mangsa di dasar sungai.

Selain itu, Unit K9 Bomba turut digerakkan ke lokasi bagi membantu operasi.

Dalam kejadian sekitar jam 3.50 petang semalam, dua beradik terbabit, Dexper Kiu Kuang Wei, 10, dan adiknya, Susie Kiu, 7, sedang mandi di sungai sebelum dihanyutkan arus kerana tidak tahu berenang.

Ibu mereka cuba menyelamatkan kedua-dua mangsa namun gagal disebabkan arus yang deras.

Susulan kejadian, pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah segera melancarkan operasi pencarian.

Pasukan dari BBP Mukah tiba di lokasi 10 minit kemudian dengan kekuatan empat anggota, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah bot penyelamat.



Lokasi kejadian di Sungai Batang Mukah, berhampiran Kampung Bedanga, tempat dua beradik dikhuatiri lemas.

Setibanya di lokasi, pasukan penyelamat segera melancarkan operasi pencarian menggunakan kaedah pencarian di permukaan air (water surface searching) di sekitar kawasan mangsa dipercayai tenggelam.

Operasi ini turut dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Sehingga berita ini ditulis, kedua-dua mangsa masih belum ditemui dan operasi pencarian masih giat dijalankan.


https://www.utusanborneo.com.my/2025/03/19/sar-dua-beradik-hilang-di-batang-mukah-diteruskan

Rate
There are 1 People reward the building owner
2417 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch