View: 2486|Reply: 3
|
Fattah Amin Gembira Dapat Jumpa Fatima, Raya Bersama Hari Ketiga & Keempat
[Copy link]
|
|
Sebelum ini anak perempuannya dikatakan kurang sihat, pelakon Fattah Amin meluahkan rasa gembira akhirnya dapat berjumpa dengan Nur Fatima Aisya.
Memetik Oh Bulan, Fattah berkata dia dapat bertemu dengan anaknya itu hasil doa orang ramai serta berkongsikan Fatima sedikit demam namun banyak berbual dengannya.
“Alhamdulillah, hasil daripada doa semua orang saya dapat jumpa dia. Fatima tidak sihat, hari itu saya tidak dapat jumpa dia tetapi hari ini (semalam) saya dapat jumpa dia.
“Masa jumpa pun, Fatima kata dia demam sikit tetapi tidak teruk sangat. Banyaklah saya bersembang dengan dia,” katanya.
Berkongsi mengenai sambutan raya tahun ini yang agak berbeza, Fattah berkata dia dan bekas isterinya, Nur Fazura akan bergiilir beraya dengan anak mereka.
“Kami bergilir-gilir. Fatima akan beraya dengan bekas isteri dahulu untuk raya pertama dan kedua. Kemudian akan beraya dengan saya untuk raya ketiga dan keempat.
“Tapi kita tengok macam mana perbincangan dengan pihak sana. Kalau boleh nak lama sedikit tapi dah ada persetujuan untuk bergilir-gilir itu. Apa yang penting Fatima gembira,” katanya.
SUMBER: Oh Bulan, Rotikaya
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
jgn lupa bawa Fatima ke toilet |
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah mcm tu...
Dah buat anak sama2... Co parenting pun sama2 ya.. Bknnya salah satu pihak misekin tak berduit pun.. Or tak sihat mental or physical pun..
So bagus lah share sama2 budak tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
duit raya fatimah letak dlm ptptn…. |
|
|
|
|
|
|
| |
|