View: 10994|Reply: 44
|
[Tempatan]
"Tolong Aku Weyhh" - Cuci Dalam Mesin Basuh, Sampin Milik Suami Jadi Rosak!
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, seorang wanita telah meminta bantuan daripada orang ramai di dalam media sosial dengan bertanya apa yang perlu dilakukan selepas samping milik suaminya dilihat renyuk akibat dibasuh.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @delishaaurelia87 di TikTok, awalnya kelihatan dia telah menjemur samping milik suaminya berwarna putih dengan sulaman biru, ungu, merah dan coklat sebagai corak bunganya.
Namun apa yang menarik perhatian kelihatan samping berkenaan renyuk serta tidak dalam keadaan asal sebaik ia dicuci.
“Tolong aku wei, aku cuci samping suami aku jadi macam ni,” tanya Delisha kepada orang ramai.
Cuba tanya apa perlu dilakukan untuk kembalikan samping pada keadaan asal
Di ruangan kapsyen, dia turut bertanya sekiranya ada cara untuk mengembalikan samping kepada rupa bentuk asalnya. Malah dia tidak tahu bagaimana cara untuk memaklumkan kepada suami kelak mengenai samping terbabit.
Menurut Delisha, dia memaklumkan kepada BuzzKini perkara itu adalah tidak disengajakan serta tidak tahu samping sebenarnya tidak boleh dicuci.
Ramai cuba berikan tips cara untuk cuci samping
Melihat di ruangan komen ramai yang yang menasihatkan samping tidak sepatutnya dicuci sebaliknya ia perlu dihantar ke dobi bagi proses cucian kering atau dipanggil dry cleaning.
Bukan hanya itu, ada juga mengatakan samping tidak boleh dibasuh menggunakan mesin namun perlu dibasuh secara manual menggunakan tangan.
Tidak kurang juga ada yang meminta Delisha untuk cuba mengosok samping terbabit terlebih dahulu untuk melihat sama ada ia boleh kembali ke bantuk asal atau sebaliknya.
Ada juga bekas pekerja dobi memberitahu sekiranya ia adalah samping dari songket yang mahal maka ia tidak boleh diselamatkan lagi.
Ada yang cuba mententeramkan hati wanita itu dengan mengatakan samping itu masih boleh diselamatkan.
Tips untuk basuh dan cara menyimpan sampin dengan baik
Mungkin ada di antara kita mempunyai banyak koleksi samping, dan sangatlah sayang jika ia tidak dijaga dengan betul kerana harganya tidak murah apatah lagi jika ia adalah tenun.
Ini kerana samping mempunyai fabrik yang sensitif dan perlu dijaga dengan baik agar tidak rosak.
Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang perlu dibuat sekiranya anda ingin mencuci samping antaranya:
Samping hanya boleh direndam dalam tempoh sekitar satu jam dan tidak terlalu lama.
Rendaman yang terlalu lama boleh menyebabkan benang mengembang seteruskan merosakkan teksturnya.
Rendam dengan menggunakan pelembut dan jangan sama sekali meletak bahan seperti peluntur dan sebagainya.
Dibasuh menggunakan tangan dan dibilas dengan cepat.
Ganti air sabun dengan air yang bersih bagi menghilangkan kesan air sabun.
Sebaik selesai dibasuh, ia perlu diangkat dengan segera untuk dijemur.
Jangan sesekali memerah kain samping kerana ia boleh menyebabkan benang pada samping putus.
Jemur di tempat yang teduh dan berangin. Dilarang menjemur di bawah matahari kerana suhu yang panas boleh merosakkan kain songket.
Pastikan ia benar-benar kering sebelum diangkat.
Gunakan suhu yang rendah ketika ingin menggunakan setrika (iron).
Untuk lebih mudah anda juga boleh hantar ke dobi untuk membuat proses pembersihan kering iaitu dry cleaning.
Bagi cara menyimpan samping pula adalah sebaiknya kain tersebut disimpan di kawasan yang bersih, tidak terdedah pada mahatari serta tidak dihempap dengan mana-mana fabrik lain.
Bagi penjagaan rapi adalah baik jika samping itu digulung bersama kertas minyak dalam posisi berdiri.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dah rosak.. beli baru jerlah |
|
|
|
|
|
|
|
tak boleh buat apa, bg je la anak buat main rumah2. Iols pun dulu pernah termasukkan samping yg rupa macam kain pelekat tu. sekali habis turun warna. terus buang je le. |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka, nampak sissy ni ketakutan sangat, mungkin suami dia jenis garang.
Padan muka. Perempuan memang kena takut dengan suami kalau tak buat kerja asyik tak betul je. |
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti jenis semua kain campak masuk mesin je kan..
dari bra spender segala apa yang boleh campak, campak jah..
tak pernah amik tau dry cleaning segala.. |
|
|
|
|
|
|
|
Haahaha
Aiol pernah jd gini. Penyudahnya aiol buang je senyap2. Next2 raya pakai kain pelikat jer buat kain sampin... Bg excuse kain pelikat blh pakai lg dan lagi. Kalau sampin takat tu je la kalau pakai waktu biasa blh mendatangkan kemuskilan jiwa dan ketidak tenteraman rumahtangga payah. Tapi tahun ni lepas 20 tahun aiol beli satu ado diskaun jd hadiah maintain perut tak cikebuncit dah |
|
|
|
|
|
|
|
Meols tiap2 subuh Jumaat puas nk memakaikan sampin sekolah ank meols. Niat di hati rasa nk buat gulung bunga. Tpi gulung biasa2 tu pon dah senget benget sampin tu. Mujur ank meols mcm pasrah je. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 20-3-2025 11:14 AM
Acik tak pandai guna dry cleaning.
Biasa kalau cuci pakaian adat dan kain adat Melayu made in pakistan dan india memang begini.
Kena ikut cara adat juga. Adat Melayu Bugis, Banjar
Pertama sembur kain dengan Textile Remover pada bahagian kotor, contoh kesan minyak sambal belado atau kesan rendang tok qtau rendang kicap.
Kedua, Rendam air dengan campuran Buah Lerak....dengan air dari paip terus mengalir (buka kecil je) untuk pastikan suhu sejuk
Kalau takda buah Lerak gunakan softener...celup kejap angkat terus sidai. Jangan perah.
Step ketiga gunakan semburan kanji....jangan kau celup dalam air kanji...sebaiknya sembur semasa suam2 kuku air itu...lepastu sembur dengan air bunga bunga segar yang direndam semalaman atau air rose.
Bukan maksud samping, dan sutera dan tenun tak boleh dibasuh tapi mesti tahu cara. Supaya tahan lama ratusan tahun.
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg tak dptlah nak selamat sis oiii
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by zafira at 20-3-2025 11:20 AM
gosok pun tak jalan... dah pernah kena. mujur sampin murah yg beli kat plaza city one.. sampin india... buang aje lah.. kalau sampin local harga beribu masuk washing machine mmg nangis laaa..so far hat yg local hantar pi dry clean aje.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 20-3-2025 11:42 AM
zafira replied at 20-3-2025 11:16 AM
gosok pun tak jalan... dah pernah kena. mujur sampin murah yg beli kat plaza city one.. sampin india ...
Ye sekilas pandang dah tahu tenun tak rapat....songket India.
Biasa kalau keturunan bangsawan Perak akan ada banyak songket pusaka. Elok je beratus tahun |
|
|
|
|
|
|
|
Iols cuma basuh baju basahan harian je guna mesin basuh
Jeans pun tgk jenis juga ada yg perlu basuh tgn ada yg blh masuk mesin. Mcm suar cargo keje boleh masuk mesin tp masih perlu sental hujung kaki.
Baju2 buat pakai g shopping masuk shopping mall atau jln2 semua basuh tgn.
Uniform sekolah pun basuh tgn,shawl dan segala tudung. Baju kurung bagai semua basuh tgn.
Kalau samping ni kena tgk label or baca arahan dulu bagai.
Kalau beraya kat kg, mmg baju raya tu balik umah sendiri baru basuh. Kalau basuh pun basuh tgn laa dan asingkan risau ada sesapa mandai2 pi masuk dlm dryer bagai.
Iols mmg cerewet la bab baju nih barulah kelihatan like new.
Sbb dh ada pengalaman baju iols yg org pinjam
rosak jahanam gara2 semua nk basuh mesin. |
|
|
|
|
|
|
|
Silap pilih bini sampin jahanam.. |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 20-3-2025 10:33 AM
ni mesti jenis semua kain campak masuk mesin je kan..
dari bra spender segala apa yang boleh campak, ...
Ya mmg ada pun
Pastu semua masuk dryer plak
Ada sesetengah baju akan jd lebih kecik bila masuk dryer.
Ada juga sesetengah pakaian tu kalau jemur masa basah2 guna hanger buat leher baju tu melebar/luas
Jenis kena sidai terus atas tali ampaian tu.
Dah kering pun better lipat berbanding gantung. |
|
|
|
|
|
|
| |
|