|
View: 1534|Reply: 8
|
Ramadan paling istimewa buat Farid Kamil
[Copy link]
|
|
|
Kuala Lumpur: Pelakon, Farid Kamil, 44, yang kini berdepan masalah rumah tangga bersama isterinya, Diana Danielle tiada masalah untuk bertemu dengan anak-anaknya, Muhammad, 12; dan Nur Aurora, 10, serta tidak perlu mendapatkan kebenaran daripada sesiapa.
Farid berkata, dia juga bersyukur apabila Ramadan ini diberi kesempatan menghabiskan lebih banyak masa bersama mereka.
Mereka juga menyambut Aidilfitri di kampung halaman Farid di Kedah.
"Saya bersama anak-anak akan balik ke kediaman keluarga saya di Kedah pada 28 Mac ini selepas Aurora selesai urusan di sekolahnya.
"Ikutkan Muhammad pula, dia nak kami balik ke kampung awal lagi. Tapi, saya kena hormati keputusan Aurora apabila dia teruja jadi watak Ketupat dalam program di sekolah itu.
"Dua tahun lalu, Muhammad sudah melakukannya sebagai Pisang dalam program yang sama di sekolahnya. Sebagai bapa, saya kena sokong aktiviti anak-anak," katanya ketika ditemui di sesi fotografi untuk filem terbaru lakonannya, Telaga Suriram arahan Osman Ali di Studio Balai Berita, Bangsar di sini.
Berbicara mengenai ruang masa bersama anak-anaknya selepas kemelut rumah tangga dengan isteri berlaku, Farid mengakui dia tidak berdepan sebarang masalah untuk berjumpa anak.
"Saya tak mahu ada masalah (dengan sesiapa saja). Apapun, saya juga tak perlu minta kebenaran atau dapatkan kebenaran daripada sesiapa untuk berjumpa mereka.
"Dalam hidup kita ini, anak adalah amanah. Buat masa sekarang, syukur saya tiada halangan untuk bertemu dengan mereka. Saya hanya bersyukur kepada Allah," katanya.
Bercerita mengenai sambutan Ramadan, Farid berkata, ia paling indah buatnya sebab dapat berbuka puasa dengan anak-anak termasuk menunaikan solat Tarawih bersama.
"Ramadan kali ini paling indah buat saya sebab dapat berbuka puasa dengan anak-anak termasuk menunaikan solat Tarawih. Begitu juga masa bersama keluarga saya.
"Ini adalah bulan yang penuh barakah dan peluang terbaik untuk kita mohon hati disucikan daripada segala dosa. Ini juga adalah bulan keampunan yang akan digandakan lagi ganjaran terhadap amalan ibadat yang dibuat.
"Bulan Ramadan kali ini memang saya boleh katakan berbeza daripada yang pernah saya lalui sebelum-sebelum ini. Syukur pada Allah kerana masih beri peluang," katanya.
Farid dan Diana kini berdepan masalah rumah tangga sekali lagi selepas rujuk ketika dalam tempoh edah pada perceraian pertama mereka secara Google Meet pada 10 Ogos 2023.
Pada 4 November tahun lalu, Diana hadir ke mahkamah bagi membuat pendaftaran rujuk dan kemudiannya memfailkan semula permohonan perceraian kali kedua terhadap Farid.
Prosiding kes cerai Farid dan Diana secara proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dengan hasil laporan daripada kedua-dua belah pihak akan dikemuka di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 24 Mac ini.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
lerr ingatkan dah cerai.cutenyer nanti aurora jadi ketupat |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Farid tak nak ceraikan lagi, maka masih suami isterilah walaupun dah tak sebumbung
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bau2 bersama semula kah  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols ada baca artikel lain fk cakap dia takkan pujuk dd dah since hadiah birthday dia bagi dd, dd musnahkan. Dia cakap utk jadi kawan pun dah mustahil. Tapi dia enjoy jela dengan anak2 dan memang dia cakap priority dia anak2 sebab amanah. Nampak la heols spend time dgn anak2, kt sini pun tulis tiada halangan so dia bebas jumpa anak2 dia |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tgk live dd hari tu mcm xnk sgt dah. Selamber je dd tu ckp psl duit ni. Sbb dd je yg bayo sume bill selama ni. Gituh aku msk live retis dgr gosip |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
netto_ replied at 23-3-2025 06:42 PM
Tgk live dd hari tu mcm xnk sgt dah. Selamber je dd tu ckp psl duit ni. Sbb dd je yg bayo sume bill ...
Live kat man? DD cakap ape |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
aina_shaira replied at 23-3-2025 08:30 PM
Live kat man? DD cakap ape
Live dkt tt. Selamber je die ckp mmg dah xnk kot. Die je bayo bill. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tadi tengok live, dah sah cerai . |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|