View: 21111|Reply: 257
|
[Tempatan]
Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman akhirnya setuju pindah ke tapak baru
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 25-3-2025 04:38 PM
Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman setuju pindah ke tapak baru
malaysiakini.com.my
Alyaa Alhadjri
Diterbitkan: Mar 25, 2025 1:29 PM
Kontroversi mengenai keberadaan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di tengah Kuala Lumpur menunjukkan tanda-tanda akan reda mulai hari ini.
Ia berikutan persetujuan pihak pengurusan rumah ibadat Hindu itu berpindah ke tapak baru yang terletak tidak jauh dari situ.
Setiausaha jawatankuasa kuil berkenaan, Kaarthik Gunaseelan, berkata persetujuan itu dicapai semalam hasil perbincangan dan rundingan mereka bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Kami berterima kasih kepada menteri, wakil rakyat dan pihak berkuasa lain yang membantu mencapai resolusi ini.
“Tapak baru itu berdekatan dan dalam kawasan Jalan Masjid India, serta sesuai sebagai tapak alternatif,” kata Karthik kepada Malaysiakini.
Karthik berkata satu mesyuarat antara jawatankuasa kuil dengan DBKL untuk memuktamadkan perkara teknikal akan diadakan petang ini dan pengumuman rasmi dijangka menyusul.
Pagi tadi Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kontroversi tanah berhampiran Jalan Masjid India, Kuala Lumpur itu mesti dikendalikan mengikut kedaulatan undang-undang.
Dalam ucapannya sempena sambutan Hari Polis ke-218, Anwar berkata kuil Dewi Sri Pathrakaliamman itu didirikan di atas sebidang tanah tanpa kebenaran pemiliknya sebelum ini mahupun sekarang.
Struktur semasa kuil berkenaan terletak di atas sebidang tanah di Jalan Munshi Abdullah, dikatakan telah dibina pada 1893, beberapa dekad sebelum DBKL dan agensi pendahulunya ditubuhkan.
Selepas Merdeka, DBKL menjadi pemilik tanah sebelum dijual pada 2014 kepada syarikat tekstil Jakel Group.
Jakel baru-baru ini mengumumkan rancangannya untuk membina sebuah masjid yang akan dinamakan Masjid Madani.
Anwar dijadualkan merasmikan majlis pecah tanahnya Khamis ini.
DBKL jadi pemudahcara, pastikan urusan perpindahan kuil di tanah swasta diselesai dengan baik
Sinar Harian
20 Mac 2025 10:49am

Menurut Maimunah (dua dari kanan), Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman boleh beroperasi seperti biasa sehingga proses pemindahan selesai.
KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi jaminan tidak akan melakukan sebarang aktiviti perobohan struktur Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman berhampiran Jalan Masjid India, di sini.
Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif, kuil ini boleh beroperasi seperti biasa sehingga proses pemindahan selesai.
Menurut beliau, DBKL memberi jaminan setiap langkah yang sedang dan bakal diambil selaras dengan prinsip kebebasan beragama seperti dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
“Proses pemindahan akan dilakukan secara telus dan adil serta membabitkan perbincangan dengan pihak berkepentingan bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya.
“DBKL juga memberi komitmen untuk tidak melakukan sebarang aktiviti perobohan struktur kuil di tapak tersebut,” kata beliau pada sidang media, di sini, hari ini.
Kerajaan, jelas beliau, mengambil maklum cadangan pembinaan sebuah masjid di atas tanah milik sebuah syarikat swasta yang terletak di Jalan Masjid India, di sini.
Kata Maimunah, projek pembinaan masjid berkenaan merupakan cadangan oleh sebuah syarikat swasta yang juga pemilik tanah yang sah.
“(Cadangan pembinaan masjid) bukan daripada kerajaan. DBKL selaku pihak yang diamanahkan oleh kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk tampil membantu, mencari jalan terbaik buat semua pihak terlibat dan secara tidak langsung mengelakkan diskriminasi terhadap mana-mana kaum.
“DBKL telah mengenal pasti lokasi baharu pemindahan rumah ibadat terlibat bagi memastikan penganut Hindu dapat terus menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan mereka dan selesa dan harmoni,” jelas beliau lagi. - Awani
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 21-3-2025 01:43 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
PANDUANKINI | Menyorot isu pindah kuil Hindu di tengah KL
Alyaa Alhadjri
Diterbitkan: Mar 21, 2025 10:55 AM
PANDUANKINI | Cadangan membina sebuah masjid di atas tanah persendirian yang menjadi tapak sebuah kuil Hindu berusia lebih satu abad telah mencetuskan tindakan segera daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku pihak berkuasa tempatan.
Penyokong Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman mula menyuarakan kebimbangan susulan laporan tentang majlis pecah tanah yang dikatakan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 27 Mac ini di tapak kuil tersebut.
Panduankini meneliti secara ringkas sejarah kuil dan perkembangan terkini isu tersebut.
Di mana lokasi kuil ini?
Kuil tersebut terletak di Lot 328 Seksyen 40, Jalan Bunus Enam, berhampiran Jalan Masjid India.
Struktur asal kuil, yang dibina pada 1893, pada mulanya berada di sebidang tanah lain yang berdekatan dan kekal di situ sehingga 2008.
Pujaan utama kuil tersebut, Dewi Sri Pathra Kaliamma, memiliki ketinggian lebih enam kaki.
Menurut jawatankuasa kuil, perpindahan pertama kuil ini dilakukan atas arahan DBKL, diikuti dengan upacara penyucian (kumbhabhishekam) dengan bantuan pihak berkuasa tempatan.
Apakah status tanah terkini?
Menurut dokumen carian tanah dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Lot 328 Seksyen 40 tersebut hanya ditetapkan sebagai tanah untuk kegunaan komersial.
Tanah pegangan bebas berkeluasan 1,128 meter persegi ini juga tidak digazetkan untuk kegunaan lain, termasuk untuk pembinaan rumah ibadat.
Siapa pemilik tanah ini?
Walaupun jawatankuasa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman mendakwa tanah ini sebagai hak mereka, secara undang-undang mereka tidak memiliki sebarang hak ke atas tanah tersebut.
Malaysiakini melihat permohonan bertarikh 15 November 2012, yang ditandatangani jawatankuasa kuil dan dihantar kepada Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan di bawah Seksyen 14 Kanun Tanah Negara untuk menggazetkan tanah itu sebagai tanah rizab bagi rumah ibadat bukan Islam.
Menurut dokumen carian tanah, DBKL mendaftarkan pemilikan tanah tersebut pada 19 Julai 2010.
Dokumen sama menunjukkan DBKL pada 23 Oktober 2014 memindahkan pemilikan tanah tersebut kepada Jakel Trading Sdn Bhd, pemilik Jakel Mall yang terletak bertentangan dengan kuil berkenaan.
Namun, proses penjualan tanah oleh DBKL kepada Jakel masih tidak jelas.
Bagaimana masalah ini timbul?
Pengasas bersama Lawyers for Liberty (LFL) N Surendran yang mewakili jawatankuasa kuil mendakwa penjualan tanah tersebut berlaku tanpa pengetahuan mereka, sehinggalah dua tahun kemudian pada 2016.
Malaysiakini melihat sepucuk surat daripada DBKL bertarikh 25 Mac 2016 yang memaklumkan jawatankuasa kuil bahawa satu perjanjian jual beli telah ditandatangani dengan Jakel Trading pada 12 Mei 2014.
Setelah mengetahui tentang penjualan itu, jawatankuasa kuil memulakan rundingan dengan beberapa pemimpin India dalam kerajaan termasuk bekas menteri merangkap Timbalan Presiden MIC, M Saravana serta bekas timbalan menteri Wilayah Persekutuan Loga Bala Mohan, untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang status permohonan mereka bagi merizabkan tanah berkenaan.
Usaha rundingan mereka melibatkan beberapa pentadbiran kerajaan termasuk kerajaan semasa melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, pada Jun dan Disember tahun lalu.
Namun, status permohonan ini masih tidak jelas sehingga kini.
Apa lagi berlaku tahun lalu?
Menurut dokumen yang dilihat oleh Malaysiakini, Jakel Trading pada 21 Mac tahun lalu mengeluarkan notis kepada jawatankuasa kuil untuk memaklumkan syarikat itu telah mendapat Arahan Pembangunan (DO) dan Kelulusan Pelan Bangunan daripada DBKL.
Jakel Trading menyatakan rancangan syarikat itu untuk memulakan projek pembangunan dalam tempoh dua bulan dan jawatankuasa kuil diberi masa 30 hari untuk mengosongkan tanah tersebut.
Namun, jawatankuasa kuil bertegas mahu kekal di lokasi sekarang.
Pada Ogos tahun lalu, melalui bantuan beberapa pihak termasuk Ahli Parlimen Batu P Prabakaran, jawatankuasa kuil mengadakan lawatan tapak ke beberapa lokasi alternatif bersama pegawai Pejabat Tanah Wilayah Persekutuan.
Di mana tapak alternatif tersebut?
Malaysiakini difahamkan lawatan tapak melibatkan tiga lokasi alternatif iaitu Lot 316, Lorong Tunku Abdul Rahman; sebidang tanah dikenali PT 5005 "bersebelahan Kedai Emas Joyalukkas"; serta 73, Lorong Lai Tet Loke, Sg Bunus.
DBKL pada 20 Mac tahun ini berkata pihaknya sudah mengenal pasti satu lokasi baru bagi perpindahan kuil itu tetapi tidak menyebut lokasi secara khusus.
Pada sidang akhbar berasingan, Ketua Perundangan dan Komunikasi Korporat Jakel, Aiman Dazuki berkata DBKL mencadangkan dua atau tiga lokasi tetapi semuanya "ditolak" oleh jawatankuasa kuil.
Pada hari sama, naib pengerusi jawatankuasa kuil, Raj Mohan Pillai pada sidang akhbar bersama LFL berkata lokasi Sungai Bunus tidak sesuai kerana berisiko banjir.
Pengarah eksekutif LFL, Zaid Malek, serta bekas presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan pula mencadangkan supaya kuil kekal di lokasi sekarang manakala masjid yang dicadangkan boleh dibina di dua lot tanah bersebelahan yang turut dimiliki Jakel.
Apa kritikan terhadap struktur kuil sekarang?
Sebahagian besar bantahan dalam komen awam terhadap laporan media berhubung insiden ini mempersoalkan kewujudan kuil di atas tanah milik pihak lain, iaitu DBKL dan kemudiannya Jakel.
Pengkritik mendakwa jawatankuasa kuil dan penyokong mereka, termasuk LFL tiada hak menentukan tindakan pemilik tanah sebenar.
Mereka turut mempersoalkan kenapa jawatankuasa kuil tidak pernah mengumpul dana bagi membeli tanah tersebut daripada DBKL, sebaliknya terus kekal wujud secara percuma di lokasi atau meminta pampasan perpindahan.
Terdapat juga dakwaan lebih luas mengenai isu "pencerobohan" dalam pembinaan kuil-kuil atau tempat ibadat Hindu secara umum.
Adakah kuil ini akan dirobohkan?
Setakat 20 Mac lalu, Jakel dan DBKL mengesahkan tiada tindakan roboh secara paksa akan berlaku terhadap rumah ibadat Hindu ini.
Sebarang kerja pembinaan hanya akan bermula setelah isu ini diselesaikan melalui perpindahan secara persetujuan bersama jawatankuasa kuil.
Jakel menegaskan syarikat itu telah berdialog dengan jawatankuasa kuil sejak 10 tahun lalu selepas tanah itu dikenal pasti untuk memenuhi hasrat pengasas Jakel, Mohamed Jakel Ahmadbagi mendermakan sebuah masjid kepada komuniti tempatan.
Jakel juga menjelaskan majlis pecah tanah pada 27 Mac dengan kehadiran perdana menteri adalah acara simbolik dan pembinaan sebenar belum akan bermula sebelum perpindahan dipersetujui.
Menurut Menteri Pembangunan dan Koperasi R Ramanan, Anwar mahu isu ini diselesaikan secara baik.
Pemimpin lain seperti Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun turut memberi jaminan kuil itu tidak akan diroboh segera.
Namun, perhatian tertumpu kepada Anwar, jika dia akan hadir pada majlis pecah tanah masjid pada 27 Mac, atau sama ada majlis tersebut tetap berlangsung seperti dirancang atau tidak.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dapat tanah free ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Depa claim kuil tu dh 130 thn, pdhal tapak tu ada geran nama Jakel. Jakel dh wakafkan utk buat masjid. Walawei mana dtg ntah 130 thn tu |
|
|
|
|
|
|
|
Hindu ni kuil byk sbb deyols sembah dewa berbeza beza. Asal ada pokok besar je pacak jadi kuil. Tak kisah la tanah sape pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi kerja dbkl pulak nk pindah kan kuil tu. Patut saman atas dasar menceroboh. Boleh pulak salahkan dbkl jual tanah tu. Kerajaan layan pulak tu puak2 ni  |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Saya berharap semakin banyak di seluruh negara kuil hindu dibina di atas tanah miliki kerajaan ataupun hak milik warga negara Malaysia etc etc. |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 20-3-2025 07:28 PM
Saya berharap semakin banyak di seluruh negara kuil hindu dibina di atas tanah miliki kerajaan ataup ...
mengapa anda berharap sedemikian??????? |
|
|
|
|
|
|
|
Supaya semua melayu buka mata.
|
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 20-3-2025 07:34 PM
Supaya semua melayu buka mata.
untuk??? |
|
|
|
|
|
|
|
Satu contoh Jadikan seperti singapore.
|
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 20-3-2025 07:39 PM
Satu contoh Jadikan seperti singapore.
dlm konteks??? |
|
|
|
|
|
|
|
Pemimpin atasan kebanyakan MELAYU dan Beragama ISLAM. Kalau komen lebih nanti dikata derhaka |
|
|
|
|
|
|
|
Kaki claim..tanah waqaf kot,aje gile.beli la kalau nak |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 20-3-2025 07:28 PM
Saya berharap semakin banyak di seluruh negara kuil hindu dibina di atas tanah miliki kerajaan ataup ...
Semoga puak hindu pacak kuil atas tanah milik kau juga semoga ko bukak mata.
|
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 20-3-2025 07:41 PM
dlm konteks???
Kat singapore ada pacak kuil haram jugak ka
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 20-3-2025 09:37 PM
sharlenetexas replied at 20-3-2025 09:18 PM
Kat singapore ada pacak kuil haram jugak ka
tah...FM yg 'cakap'.Aku tanya...dia x jwb lg. |
|
|
|
|
|
|
|
Bermaksud di singapore mana ada penganut hindu dirikan kuil mereka sesuka hati kerana ianya satu larangan. Sebab itu saya kata jadikan singapore sebagai contoh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apesal lak takleh roboh?
Serupa kt bukit tinggi klang
Petron kena roboh
Kuil langsung xkena
Siap diganjak laluan lrt tu |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 20-3-2025 10:00 PM
Bermaksud di singapore mana ada penganut hindu dirikan kuil mereka sesuka hati kerana ianya satu l ...
salah 'pemimpin'. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-3-2025 06:19 AM
Di India sendiri pun tidak dibenarkan sama sekali membuat kuil hindu di public land/tanah kerajaan dan di tanah bukan hak milik pemunya kuil. Tetapi di malaysis mereka boleh dirikan kuil sesuka hati mereka.alasan kerana nak menghormati penganut agama hindu. Kenapa di Malaysia hadi seperti ini.. kerana melayu ....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|