View: 1019|Reply: 5
|
Muncul ramai dajjalunwa kazzabun pada akhir zaman
[Copy link]
|
|
Adakah kemunculan nabi palsu adalah tanda akhir zaman?
Ya, kemunculan nabi palsu adalah salah satu tanda akhir zaman yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW.
Nabi SAW telah memberi amaran bahawa akan muncul ramai pendusta yang mengaku sebagai nabi.
Baginda bersabda: "Dan sesungguhnya akan muncul dalam kalangan umatku 30 orang pendusta yang kesemuanya mengaku menjadi nabi. Ketahuilah aku adalah nabi terakhir dan tiada lagi nabi selepas aku." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
Sejarah telah merekodkan bahawa sejak zaman Rasulullah SAW, sudah ada individu yang mengaku sebagai nabi, seperti Musailamah al-Kazzab dan al-Aswad al-Ansi. Fenomena ini terus berlanjutan sehingga hari ini, termasuk di Malaysia.
Apakah maksud 'dajjalun wa kazzabun' yang disebut dalam hadis?
Dalam beberapa hadis, Rasulullah SAW menyebut tentang kemunculan dajjalunwa kazzabun.
Maksud 'dajjalun' merujuk kepada ramai dajal yang menutup dan menyembunyikan kebenaran dengan kepalsuan. Ini bukan merujuk kepada al-Masih ad-Dajal yang akan muncul sebagai tanda besar kiamat, tetapi kepada individu yang sering menipu dan menyesatkan manusia.
Maksud 'kazzabun' pula merujuk kepada mereka yang banyak berdusta dan menyelewengkan agama.
Nabi SAW bersabda: "Akan datang pada akhir zaman (kemunculan) dajal-dajal para pendusta. Mereka akan datang kepada kalian dengan ucapan yang tidak pernah kalian dengar. Bahkan ayah-ayah kalian juga tidak pernah mendengarnya. Maka jauhilah mereka. Mereka tidak akan menyesatkan kalian mahupun mendatangkan fitnah kepada kalian." (Hadis Riwayat Muslim)
Hadis ini mengingatkan umat Islam agar berhati-hati dengan individu yang membawa ajaran baharu yang tidak selari dengan al-Quran, hadis, ijmak dan qias.
Mengapa ada individu yang mengaku sebagai nabi palsu?
Ulama menjelaskan bahawa individu yang mengaku sebagai nabi palsu boleh dibahagikan kepada dua kategori:
Pertama: Mereka yang sengaja berpura-pura – Tujuan utama mereka adalah untuk mendapatkan pengaruh, kuasa, dan keuntungan.
Kedua: Mereka yang mengalami ilusi atau gangguan mental – Ada individu yang mendakwa mendapat wahyu dalam mimpi dan percaya bahawa mereka telah diangkat menjadi nabi.
Nabi palsu sering mendakwa memiliki keistimewaan, kononnya menerima wahyu dan boleh memberikan keselamatan kepada pengikut mereka. Namun, ajaran mereka sering bercanggah dengan Islam, seperti menghalalkan perkara yang diharamkan dan mengabaikan kewajipan ibadah.
Mengapa ada ramai pengikut yang percaya kepada nabi palsu?
Pengikut nabi palsu biasanya terdiri daripada individu yang:
- Taasub kepada seseorang iaitu mereka mempercayai individu tersebut secara membuta tuli dan menganggapnya sebagai penyelamat.
- Mempunyai kejahilan dalam agama iaitu mereka tidak memiliki ilmu yang cukup untuk menilai kesahihan ajaran yang dibawa oleh nabi palsu.
- Tertarik dengan kemudahan yang ditawarkan iaitu nabi palsu sering mengubah hukum agama agar lebih mudah diikuti seperti membebaskan pengikut mereka daripada solat, puasa dan peraturan Islam yang lain.
- Mencari jawapan dalam kehidupan iaitu ada individu berada dalam keadaan tertekan atau mencari penyelesaian hidup, lalu mudah terpengaruh dengan janji-janji palsu.
Adakah nabi palsu mempunyai kitab tersendiri?
Ya, beberapa nabi palsu telah mencipta kitab mereka sendiri untuk mengelirukan pengikut mereka. Mereka mendakwa kitab mereka adalah wahyu dan lebih baik daripada al-Quran. Ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan memastikan pengikut mereka tetap setia.
Namun, hal ini bertentangan dengan Islam kerana al-Quran adalah wahyu terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan tidak ada lagi kitab suci selepasnya.
Siapakah yang menjadi pengikut nabi palsu?
Pengikut nabi palsu bukan hanya terdiri daripada orang awam, tetapi juga:
- Golongan cerdik pandai dan profesional yang mungkin terpengaruh kerana tidak mempunyai kefahaman agama yang kukuh.
- Agamawan yang tersalah jalan yang menyimpang kerana keliru atau ingin mendapatkan kuasa.
- Pemimpin berpengaruh yang menyokong ajaran sesat inidemi kepentingan politik atau ekonomi.
Apakah akibat mempercayai dan mengikuti nabi palsu?
Mengikuti ajaran nabi palsu membawa kepada:
- Kesyirikan dan kekufuran iaitu nabi palsu sering mengaku sebagai utusan Tuhan atau Tuhan itu sendiri, yang jelas bertentangan dengan akidah Islam.
- Penyimpangan daripada Islam yang sebenar iaitu pengikutakan meninggalkan ajaran Islam yang sahih dan mengikuti ajaran yang menyesatkan.
- Fitnah dalam masyarakat iaitu dengan kewujudan ajaran sesat boleh membawa perpecahan dalam kalangan umat Islam.
Bagaimanakah cara untuk mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan nabi palsu?
Untuk mengelakkan diri daripada terjerumus dalam ajaran sesat, seseorang perlu:
- Menuntut ilmu agama dengan guru yang berkelayakan iaitu ilmu yang benar akan menjadi benteng daripada ajaran sesat.
- Berpegang teguh kepada al-Quran dan hadis. Segala ajaran yang bercanggah dengan sumber ini perlu ditolak.
- Berhati-hati dengan dakwaan yang luar biasa. Jika seseorang mendakwa mendapat wahyu atau menjadi nabi, maka diatelah jelas berdusta.
- Menjauhi individu dan kumpulan yang mencurigakan. Jika sesuatu ajaran kelihatan ganjil atau bertentangan dengan Islam, maka jauhilah ia.
Allah SWT berfirman: "Wahai orang yang beriman, apabila kamu diminta melapangkan tempat duduk kamu untuk orang lain dalam satu majlis, maka lapangkanlah, supaya Allah meluaskan tempatkamu di syurga. Apabila diminta supaya kamu bangun, maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang yang beriman dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan agama dalam kalangan kamu. Dan ingatlah, Allah Amat Mengetahuiapa yang kamu lakukan." (Surah al-Mujadalah: 11)
Ayat ini menunjukkan bahawa Allah SWT mengangkat darjat orang yang berilmu. Oleh itu, umat Islam perlu berusaha mendapatkan ilmu agar tidak mudah terpengaruh dengan ajaran sesat.
Apakah kaitan sifat warak dengan menjauhi ajaran nabi palsu?
Sifat warak bermaksud berhati-hati dalam urusan agama dan menjaga diri daripada perkara yang meragukan.
Mutraf bin Abdullah pernah berkata: "Aku lebih menyukai kelebihan ilmu berbanding kelebihan ibadah. Sebaik-baik cara kamu beragama ialah sifat warak."
Al-Munawi menjelaskan bahawa orang yang warak sentiasa berhati-hati agar tidak melanggar perintah Allah SWT. Mereka akan menilai sesuatu ajaran dengan teliti sebelum menerimanya.
Kesimpulannya, fenomena nabi palsu dan pendusta agama bukan sesuatu yang baharu, malah ia telah wujud sejak zaman Rasulullah SAW. Umat Islam perlu berhati-hati dan memastikan mereka berpegang teguh kepada al-Quran dan sunnah. Dengan ilmu yang benar, seseorang akan dapat mengenal pasti ajaran sesat dan mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan fitnah akhir zaman ini.
Penulis Timbalan Pengarah Usim Alamiyyah Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Entah brpa ramai ngaku nabi palsu kt malaysia cuma x kantoi je |
|
|
|
|
|
|
|
[AceHand SPECTaceLAR]
Yang ngaku nabi tu wokeh lagi... Yang boleh percaya tu bodoh benak benar...
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
|
I pernah kenal seseorang pengikut ajaran sesat ni. Dari selatan tanah air. Tak solat. Cukup ingat dah masuk waktu kiranya dah sama mcm solat. Lebih kurang mcm tu la. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pulak diramal menjadi nabi oleh orang-orang tertinggi dalam negara nie. Menurut bomoh Klang yang pak cik aku bawa dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
dia cakap budak nie dah tak ada dah nak jadi nabi dah. Dah tak ada nak jadi maharaja dunia dah. Haha... |
|
|
|
|
|
|
| |
|