View: 2623|Reply: 24
|
Banjir: Trafik JB sesak luar biasa
[Copy link]
|
|
JOHOR BAHRU: Bencana banjir yang melanda bandar raya ini sejak kelmarin dan semakin buruk, semalam, dipercayai menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas luar biasa sejak petang tadi.
Penjawat awam, Annaz Md Nor, 40, berkata beliau bersama dua anak bergerak untuk pulang dari pusat bandar sekitar jam 6.15 petang, namun terperangkap dalam kesesakan sehingga terpaksa singgah di sebuah pusat beli-belah untuk berbuka puasa.
"Saya lihat pada aplikasi Waze, kami dijangka tiba di rumah di Taman Austin Perdana pada jam 8.15 malam. Saya membuat keputusan berhenti untuk berbuka puasa dan solat maghrib dahulu sebelum sambung perjalanan.
"Namun sebaik saja menyambung perjalanan pada jam 8.15 malam, kesesakan jalan raya semakin teruk dan hingga kini (jam 11 malam) kami belum sampai di rumah, sedangkan perjalanan pulang sepatutnya hanya mengambil masa 25 minit atau paling lewat 45 minit," katanya ketika dihubungi.
Annaz mendakwa kesesakan lalu lintas luar biasa itu disebabkan banjir dan beberapa jalan raya ditutup kerana dinaiki air sehingga tidak boleh dilalui kenderaan.
"Malah, saya nampak kira-kira lima kenderaan tersadai di tepi jalan akibat berlaku kerosakan, mungkin kerana terlalu lama terperangkap dalam kesesakan," katanya.
Terdahulu, ramai pengguna jalan raya di sekitar daerah ini kongsikan dalam media sosial mengenai keadaan mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang dianggap luar biasa.
Seorang lagi pengguna jalan raya, Mohd Raflik Affandi, 41, berkata perjalanan pulang dari rumah mertuanya di Kampung Mahmoodiah ke kediaman beliau di Taman Setia Indah biasanya mengambil masa 20 hingga 30 minit saja.
Bagaimanapun, katanya, kesesakan lalu lintas menyebabkan beliau tiba di rumah pada jam 10.30 malam selepas sejam setengah di atas jalan raya.
"Saya buka puasa di rumah mertua kerana tahu tidak akan sempat sampai rumah untuk berbuka. Namun selepas berbuka puasa pun, kami masih tersangkut dalam kesesakan.
"Apa yang dapat dilihat tadi, air di longkang dekat kawasan banjir masih tinggi tetapi tidak melimpah ke jalan raya dan dipercayai beransur surut," katanya.
Hujan berterusan melanda negeri ini sejak pagi kelmarin dan banjir mula berlaku di beberapa daerah.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Xde ke yg nk jerit2 sampai terkeluar anak tekak "banjir pun x terurus.....muka ni jugak nk pi tlg.....jgn main-main, huh" |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 21-3-2025 06:11 AM
Xde ke yg nk jerit2 sampai terkeluar anak tekak "banjir pun x terurus.....muka ni jugak nk pi tlg... ...
Sapa ckp camtu? |
|
|
|
|
|
|
|
smlm iols bukak fb... kawan iols 5 jam lebih dlm kereta hanya utk perjalanan 17 km.. dia kat jb... ulu tiram je pun.. walau iols dah tinggalkan jb lebih 20 tahun .. masih bole bayang lagi kawasan sana.. .. ade yg kene 2 jam hanya utk tempuh 13 km.. allahhu... moga dipermudahkan bagi kawan2 iols di sana |
|
|
|
|
|
|
|
sapa cakap camtu? abg viva ke
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga di permudahkan utk rakyat johor |
|
|
|
|
|
|
|
sg depan rumah kakak aku da nk melimpah.. kalau hujan tak berhenti mmg banjir kwsn rumah dia.. pdhl situ tak pernah banjir tp disebabkan ada pembinaan tettt oleh tetttt (takut pintu kene ketuk aku nk raya & tido kt katil aku ) so dah bertahun2 projek tu tak settle2.. pengerusi taman da buat aduan kt semua tmpt last2 dpt tahu tettt punya job terpksa la diamm.. rumah kwn kakak aku da nk runtuh kt porch dia sbb hakisan punca dpd projek situ.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 21-3-2025 08:15 AM
Sapa ckp camtu?
Ntah la sis, ada la satu orang tu time blm berkuasa janji bulan bintang, ckp org lain x tau buat kerja suh pi tukaq dia plk perintah tp bila dah berkuasa dia blh plk ckp ini bukan salah saya dah orang dulu x buat kerja, saya nk buat mcm mna? |
|
|
|
|
|
|
|
nuralisa replied at 21-3-2025 08:42 AM
sapa cakap camtu? abg viva ke
Abg viva tu sapa sis |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 21-3-2025 09:02 AM
Abg viva tu sapa sis
Abang viva tu yg pi tolong2 org dgn viva dia masa banjir teyuk jaman pandemik |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 21-3-2025 09:01 AM
Ntah la sis, ada la satu orang tu time blm berkuasa janji bulan bintang, ckp org lain x tau buat k ...
Mcm familiar jahh komen ni..
Semua tu stok2 baring2 kat jalanraya depan sogo ka? Atopon stok2 nyanyi sakau2 tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ujian betul nak2 dah masuk fasa terakhir Ramadan ni..semoga dipermudahkan urusan buat semua yang terlibat.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku tertunggu2 dorang disclose "punca" banjir kilat ni hihihihi
warna air yg bertebaran semuanya warna teh susu ye.. very the suspicious
|
|
|
|
|
|
|
|
tu satu hal lg satu takut air sg kim kim pun sme mengalir melimpah... tak psl2 penduduk yg terjejas dpt penyakit..sbb Sungai Kim Kim ialah sebuah sungai yang terletak di Pasir Gudang, Johor, Malaysia. Sungai ini menghubungkan antara Pasir Gudang dan Masai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semalam masa lalu kat skudai jam 10 pagi, air sungai memang dah naik tapi belum melimpah. Sekali lepas buka puasa kat rumah mak kat kulai, nak balik ke jb, ambik ko takde bas ke kulai. Katanya jalan ke skudai tutup. Bas ekspress dari KL pun semua turunkan penumpang kat kulai, tak lepas nak ke larkin. Harga grab pun dah macam harga malam raya chuols. Naik 2-3 kali ganda. Apa2 meols sampai jugak ke rumah sebelum 1 pagi. Takziah lah kepas mereka yg rumah ye tenggelam. Dugaan bulan Ramadan. |
|
|
|
|
|
|
|
Singapore apa khabar? sebelah ja kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by AJENALI at 21-3-2025 05:59 PM
Untuk semua warga y ditimpa bah semoga sentiasa dalam kasih sayang, perlindungan Ilahi.
Nak raya, tinggal 9 ramadan je lagi.. semoga air cepat surut dan musim hujan cepat berhenti.. jadikan lah hujan ini hujan y bermanfaat, dan bukan hujan y memudaratkan. aminn ya mujib |
|
|
|
|
|
|
|
ke sbb spore cuti sekolah? |
|
|
|
|
|
|
| |
|