CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 2584|Reply: 22

Sekolah bertingkat diperkenal bantu tangani masalah kepadatan - Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 21-3-2025 12:47 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Inisiatif sekolah bertingkat dengan kerjasama sektor korporat, akan diperkenalkan bagi membantu menangani masalah kepadatan sekolah di kawasan bandar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri berkata, inisiatif itu bukan saja dapat mengoptimumkan penggunaan sumber dan infrastruktur pendidikan tetapi juga memastikan persekitaran pembelajaran lebih kondusif untuk murid serta guru.


"Inisiatif seperti sekolah angkat dengan dukungan rakan strategik korporat akan diperluaskan bagi membuka lebih banyak peluang pembelajaran kepada murid, terutama dalam bidang kemahiran digital dan daya cipta," katanya dalam hantaran melalui Facebook, malam ini.


Perkara itu adalah inti pati mesyuarat Perdana Menteri bersama kepimpinan tertinggi Kementerian Pendidikan di Putrajaya, hari ini.


Dalam era digital dan kecerdasan buatan (AI), Anwar berkata, sistem pendidikan negara perlu berkembang seiring perubahan teknologi dengan pendidikan digital akan terus diperkasakan agar murid memperoleh kemahiran teknologi yang diperlukan untuk masa depan.


Selain itu, katanya, penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu terus disemarakkan tanpa mengabaikan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa bagi memastikan pelajar memiliki kelebihan pada peringkat global.


Beliau berkata, peningkatan kemasukan dalam lapangan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) turut menjadi fokus utama.


Perdana Menteri menjelaskan langkah itu penting bagi memastikan tenaga kerja negara sentiasa relevan dengan keperluan industri, selain menjamin kebolehpasaran graduan yang lebih tinggi.


"Kerajaan juga bersungguh-sungguh memperluaskan program TVET ke sekolah berasrama penuh (SBP) bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam pelbagai sektor strategik," katanya.


Perdana Menteri berkata, kerajaan beriltizam tegas untuk melaksanakan reformasi pendidikan secara menyeluruh bagi memastikan setiap murid mendapat akses kepada sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dengan keperluan semasa dan mampu membentuk mereka sebagai pemimpin masa depan.


Anwar berkata, keutamaan juga akan diberi kepada pemerkasaan guru sebagai agen perubahan yang berperanan penting dalam mencorak masa depan pendidikan negara.


Katanya, latihan lebih komprehensif, peningkatan kemahiran pedagogi dan penggunaan teknologi dalam bilik darjah turut diperkukuh bagi memastikan setiap murid memperoleh pengalaman pembelajaran yang lebih berkesan.


Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2025 06:29 AM | Show all posts
Sekolah bertingkat tu maksudnya mcm mana? Sekolah yg building dia byk tingkat ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Lambatlah
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 08:42 AM | Show all posts
Baguslah  4 5 bangunan tetapi cover semua bahagian sekoalh, bangunan kelas dewan bilik pentadbiran makmal amali semua dlm satu banguna, ruang tanah yang lain boleh digunakan untuk padang, atau kalau peru padang bola padang hoki track lari semua dlm satu bangunan.. ruang akan sangat2 jimat
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 08:42 AM | Show all posts
Baguslah  4 5 bangunan tetapi cover semua bahagian sekoalh, bangunan kelas dewan bilik pentadbiran makmal amali semua dlm satu banguna, ruang tanah yang lain boleh digunakan untuk padang, atau kalau peru padang bola padang hoki track lari semua dlm satu bangunan.. ruang akan sangat2 jimat
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 09:35 AM | Show all posts
Orenn1 replied at 21-3-2025 06:29 AM
Sekolah bertingkat tu maksudnya mcm mana? Sekolah yg building dia byk tingkat ke apa?

bertingkat tu maksudnya berlapis lapis,mungkin nt nak bina sekolah sampai 3 tingkat kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2025 12:39 PM | Show all posts
copy_paste replied at 21-3-2025 01:35 AM
bertingkat tu maksudnya berlapis lapis,mungkin nt nak bina sekolah sampai 3 tingkat kot

Pelik betul ckp mcm tu, bukan selama ni dah mcm tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 01:28 PM | Show all posts
Edited by cantthinkofany at 21-3-2025 01:29 PM

yg jd cikgu la sakit woooiiiii......tak lalu lutut dah nii....tapau sekali ngan escalator atau lift eh.....sekarang ni pun dah 5 tingkat....hampir tercabut lutut...benci arrrhhh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2025 02:34 PM | Show all posts
kalo nk tgk sekolah tinggi ada lift blh tgk sek men keb sentul utama. Kat jalan ipoh. Tingkat atas2 makmal..bdk2 form 4 & form 5 yg pakai makmal ni dok kat level bawah2 makmal ni je. Mana yg tak guna makmal...dok la level 1-4. Sekolah ni 9 tgkt
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo kt bandar faham la aku..ada tanah 0 pun depa asyik pacak mall...yg kemudian sendu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
pp_gurl replied at 21-3-2025 02:34 PM
kalo nk tgk sekolah tinggi ada lift blh tgk sek men keb sentul utama. Kat jalan ipoh. Tingkat atas2  ...

xyah lift...bg bebudok & cikgu yg 'berisi' tu...senaman sikit.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah bertingkat
Masalah jalan raya akan jadi jem kaw2 laa mak bapak pick up anak2 ambik anak2
Yang sekarang pun xlarat hadap
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 03:28 PM | Show all posts
naina replied at 21-3-2025 07:01 AM
Sekolah bertingkat
Masalah jalan raya akan jadi jem kaw2 laa mak bapak pick up anak2 ambik anak2
Yan ...

Entrance sekolah kena buat style yg lebih practical
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 05:03 PM | Show all posts
Orenn1 replied at 21-3-2025 03:28 PM
Entrance sekolah kena buat style yg lebih practical

yg buat jam bila mak/pak sampai awai....anak tak keluor lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 05:35 PM | Show all posts
cantthinkofany replied at 21-3-2025 09:03 AM
yg buat jam bila mak/pak sampai awai....anak tak keluor lagi....

Tu lah dtg awal buat apa, bagi jem lagi
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 05:50 PM | Show all posts
Orenn1 replied at 21-3-2025 12:39 PM
Pelik betul ckp mcm tu, bukan selama ni dah mcm tu ke

Ha ha ha... sekolah aku dulu pun memang dah 4 tingkat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2025 05:53 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 21-3-2025 09:50 AM
Ha ha ha... sekolah aku dulu pun memang dah 4 tingkat.

Khennn; tu yg pelikkya padahal mmg mcm tu pun selama ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 05:54 PM | Show all posts
naina replied at 21-3-2025 03:01 PM
Sekolah bertingkat
Masalah jalan raya akan jadi jem kaw2 laa mak bapak pick up anak2 ambik anak2
Yan ...

Itu masalah traffic management, kampus luas pun kereta2 parents bukan boleh masuk, semua bersesak di tepi jalan blocking traffic. Untuk sekolah bertingkat ni nothings change, bilangan pelajar masih sama.

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sekolah agama bila la nak upgrade
Sekolah agama ni under jabatan agama islam negeri kan..
Tadi i pg ambil borang
7.30 pagi sampai borang dah habis
Pukul 5 pagi diorng dah beratur
Gila..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 07:41 AM | Show all posts
Orenn1 replied at 21-3-2025 05:35 PM
Tu lah dtg awal buat apa, bagi jem lagi

ntoh la....aku belum pernah buat lagi.....nanti kalau time aku tiba nak kena buat mcm tu...aku habaq mai na.....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.060242 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list