CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tatod

[Tempatan] 'Saya berniaga hanya untuk sesuap nasi' - penjaja petai

[Copy link]
Post time 24-3-2025 01:39 PM | Show all posts
annehuda replied at 23-3-2025 01:59 PM
Apahal nak masuk akaun anak die? Anak dia duduk dgn dia ke? Alahai org Malaysia ni patutla Malaysi ...

mcm gini je taktik mintak sedekah zaman viral
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2025 01:41 PM | Show all posts
renko replied at 24-3-2025 11:34 AM
nerakazen biasa lahh
tengok orang tua terus acah sayu katanya
macam tgk bapak2 sendiri katanya

kalau bapak sndri mebi ai mrh jugak la kot kat bapak ai...kot ye pon maki je la penguatkuasa tu dh kenapa abah nak campak2 petai tu..balik rumah buat smbal petai lg sedap
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 01:52 PM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 24-3-2025 02:00 AM
airfilterkotor replied at 23-3-2025 05:24 PM
Makcik nangka meniaga tepi jalan.
Belakang sana selekoh, depan sana selekoh.
Kena sauk dengan kender ...

Bagus agensi2 kerajaan yang terlibat dalam kes makcik nangka. Mereka bertindak proaktif dengan mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan situasi sebenar.

'Makcik nangka' kena tindakan, berniaga di rizab jalan Persekutuan

RAUB - Seorang peniaga nangka dikenakan tindakan kerana menjalankan perniagaan di atas rizab jalan Persekutuan, sekali gus mengundang risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya.

Pegawai Daerah Raub, Datuk Khuzaidi Haron berkata, ia susulan tular sebuah video berdurasi dua minit 24 saat di media sosial yang memaparkan seorang wanita memarahi anggota penguat kuasa pada Ahad.

Menurutnya, insiden itu berlaku ketika operasi penguatkuasaan dijalankan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Raub bersama Majlis Daerah Raub (MDR) di Jalan Persekutuan FT0008 (Bentong-Gua Musang), di sini.

"Operasi sebegini telah bermula sejak tahun lalu, dilaksanakan secara bersepadu serta melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) di lokasi terlibat.

"Tindakan penguatkuasaan terpaksa diambil kerana peniaga berkenaan menjalankan perniagaan di atas rizab jalan Persekutuan yang jelas membahayakan keselamatan diri sendiri, pembeli serta pengguna jalan raya," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, had laju di jalan tersebut adalah 90 kilometer sejam kecuali di kawasan kampung dan sekolah, manakala lokasi perniagaan peniaga terbabit terletak di rizab jalan Persekutuan.

"Keadaan ini amat membahayakan kerana kenderaan dipandu laju di jalan raya tersebut, walaupun mungkin tidak sepanjang masa. Risiko kemalangan tetap tinggi bagi peniaga serta pembeli yang berhenti di situ," jelasnya.

Tambahnya, difahamkan pernah berlaku kemalangan maut di laluan tersebut.

"Masyarakat setempat juga telah banyak kali mengadu bahawa peniaga-peniaga seperti ini menghalang pandangan pemandu, terutama di simpang keluar masuk ke kampung," katanya lagi.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan tersebut dilaksanakan secara bersepadu kerana melibatkan bidang kuasa berbeza.

"Ia bermula apabila JKR, yang mempunyai bidang kuasa ke atas rizab jalan Persekutuan, mengemukakan permohonan kepada PDT untuk membantu dalam aspek penguatkuasaan.

"Ini kerana JKR tidak mempunyai anggota yang mencukupi bagi melaksanakan penguatkuasaan tersebut," jelasnya.

Katanya, MDR juga telah mengeluarkan banyak kompaun sebelum ini terhadap peniaga yang berniaga tanpa lesen dan di kawasan yang tidak dibenarkan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa Ops Nangka telah dilaksanakan secara berperingkat sejak tahun lalu.

"Pada 24 Mac tahun lalu, JKR Raub telah mengemukakan permohonan bagi melaksanakan penguatkuasaan terhadap gerai-gerai peniaga nangka yang beroperasi tanpa kelulusan di atas rizab jalan persekutuan FT0008, Jalan Bentong – Gua Musang, Raub.

"Kali pertama Ops Nangka dilaksanakan pada 6 Jun tahun lalu dengan penyertaan MDR, JKR, PDT Raub, UPNP dan PDRM, di mana sembilan gerai telah disita oleh MDR hasil operasi tersebut.

"Kemudian, pada 8 Ogos tahun lalu, operasi yang melibatkan MDR, PDT Raub, JKR, SWCorp dan PDRM menyaksikan tujuh gerai lagi disita oleh MDR," katanya.

Jelas beliau, Ops Nangka kali ketiga dilaksanakan pada 13 Januari lalu, di mana PDT Raub diarahkan melakukan rondaan berkala pada hujung minggu serta menampal Notis Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) terhadap pendudukan secara tidak sah bermula 25 Januari hingga 31 Mac ini.
Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/719360/edisi/pahang/makcik-nangka-kena-tindakan-berniaga-di-rizab-jalan-persekutuan

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 24-3-2025 12:46 PM
Lepas ni pintu pasaraya mana plak bakal jadi sasaran pakcik.

Pakcik akan berehat sebentar sambil menikmati hasil usaha yg dapat... Boleh le raya kali ni nak berholiday sekali... Tgh rancang ni nak ke mana

Takpe pakcik bg peluang pada yg lain kalau nak cuba cara yg sama tp ubah sikit caranya ya.. nnt org perasan lak langsung tak dapat apa. Eh tu achik nangka pun dah follow. Tengok berhasil ke tidak usaha dia.... Cepat sgtnya pun






Tegamak ye pakcik park terus depan pintu
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Owhhh achik nangka gagal rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 02:26 PM | Show all posts
adeqbun replied at 24-3-2025 01:41 PM
kalau bapak sndri mebi ai mrh jugak la kot kat bapak ai...kot ye pon maki je la penguatkuasa tu dh ...

tu lah dah tua2 bangka tunjuk la contoh elok2
ni acah2 kata cari rezeki
tapi buang2 punca rezeki tu
kufur nikmat betul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2025 03:25 PM | Show all posts
gelaran pakcik petai & makcik nangka akan dilabel pada mana2 golongan melayu gen boomers yg wat perangai bukan2 melalui media viral....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang jadi Polis dan Penguakuasa , Peguam Majistrate ni hati hati...paling mudah disantau dan disihri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2025 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
adeqbun replied at 24-3-2025 01:41 PM
kalau bapak sndri mebi ai mrh jugak la kot kat bapak ai...kot ye pon maki je la penguatkuasa tu dh ...

Busuk busuk bapak kite, dekbun.

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 03:49 PM | Show all posts
Kena rampas. baik buang. Kalau bagi free kat otg lain kira mcm mana pulak.
Emosianal. sllnya bila lapar.Kena pulak tgh puasa. Dia punya meter marah tu tahap api kaler biru.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 04:49 PM | Show all posts
awal2 dah agak akan ada plot twist.. tgk dia buang petai dlm longkang tu je dah rasa menyampah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 04:57 PM | Show all posts
susahlah....penjaja petai dan penguatkuasa
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 05:43 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 22-3-2025 01:55 PM
Kannn.... itu jam jugak nerakazen terus menyanjung tinggi pegawai PBT kerana jujur menjalankan tug ...

Ye dah boleh agak lain nada nya klu pacik ni cina. Mulalah bunyi jgn bagi muka tanah ayer kita menumpang pendatang boleh habis terkeluar dgn manusia2 bodoh ni. Masalah not a kat negara mmg nmpk manoriti ummah hodoh sbb tu semtimen dorg punya pasal sampai semua pegi menyembah kat pakcik tu siap bagi lisen itu ini mcm dia tak buat salah.

Tu lah bolehlah founder products sampah mengamok panas baran mcm pakcik ni tgk netizen mainkan sentimen kesian jugak tak
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by anggeriklatifah at 24-3-2025 06:45 PM

Weyyy bini penguat kuasa tu aku kenal weyy..
Patut laaa aku rse cam pernah tgok muka pemguat kuasa tu....rupanya laki kenalan aku..aku bukak balik fb kawan aku tu...memg sama muka laki tu...memg laki dia
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 24-3-2025 07:45 AM
TeropongThaico replied at 24-3-2025 02:03 AM
Owhhh achik nangka gagal rupanya...

Masa kisah pakcik petai tengah hangat diperkatakan, ada netizen up pasal satu kedai buah di Johor.

Kedai buah tu tutup laluan tangga keselamatan bangunan dan juga tutup laluan ke lorong belakang taman perumahan tersebut.


Natijah daripada video tersebut, hari ini kedai buah sudah lenyap dari radar.


Tahniah kepada pihak MBJB yang cepat bertindak terhadap aduan yang diterima melalui media sosial.

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 24-3-2025 07:17 PM
Masa kisah pakcik petai tengah hangat diperkatakan, ada netizen up pasal satu kedai buah di Johor.
...

Dasattt... Entah berapa lama dah wujud tu. Confirm hanya kuasa viral dapat pulihkan keadaan dkt tanah air terchenta yinnih. Kalau idok sebesar bagak gajah depan mata pun buat2 tak nampak

Apa pun buribu2 tahniah... Harap pihak berkuasa lain pun ambil tindakan yg perlu sebegini... Tak yah le tunggu nak viral
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2025 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 24-3-2025 01:52 PM
Bagus agensi2 kerajaan yang terlibat dalam kes makcik nangka. Mereka bertindak proaktif dengan meng ...

Dalam video tu pun dia membebel salahkan orang kampung situ yang komplen pasal dia. Amende la makcik nangka ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai Acheh tepi jalan jangan lupa.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 25-3-2025 08:04 AM
TeropongThaico replied at 24-3-2025 02:00 AM
Pakcik akan berehat sebentar sambil menikmati hasil usaha yg dapat... Boleh le raya kali ni nak be ...

Sekarang pakcik petai & keluarga tengah menikmati laba hasil video viral yang disunting oleh menantu lelaki kesayangan.

Hari ni dapat motor baharu katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
anggeriklatifah replied at 24-3-2025 06:43 PM
Weyyy bini penguat kuasa tu aku kenal weyy..
Patut laaa aku rse cam pernah tgok muka pemguat kuasa t ...

Dia perangai camne? Memang berlagak dan jahat serta kejam ke? Anti Melayu tak? Anti bipoti tak?

Risau acik bipoti ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2025 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.055935 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list