Mengulas apabila ada pihak meletakkannya dalam kelompok duda ‘hot’ bersama beberapa selebriti lelaki lain, pelantun lagu Asmara Ini itu mengakui segan dengan gelaran tersebut.
“Sebenarnya saya segan dilabel sebegitu. Penerimaan orang sejak saya bergelar duda pun berlainan sehinggakan rasa nak pakai pelitup muka sebab bila keluar ke tempat awam.
“Mereka melihat saya bukan lagi seperti seorang artis tetapi produk yang mereka mahu cuba jual beli,” jelasnya.
Selain gelaran duda ‘hot’, dia juga dilabel seksi disebabkan gaya pemakaian setiap kali berada di gimnasium.
“Bagi saya itu kelakar, memang saya pergi gim atau main badminton memakai seluar pendek.
“Sekarang baru orang perasan dan tegur kulit cerah serta nampak bahagian paha sedangkan perkara sama sudah saya kongsi sejak setahun lalu.
“Kita tak boleh menidakkan kalau orang menilai. Kalau orang puji, anggap satu rezeki, jika keji, lihat sebagai peringatan,” tuturnya.
“Reaksi anak-anak hanya tergelak sebab sudah biasa tetapi itu belum lagi situasi mereka turut dipinang.
“Ada yang mahu ‘booking’ anak-anak saya sebagai menantu mereka selepas itu ‘kita’,” katanya lagi.
Terdahulu, Fazley dan bekas isterinya, Azrene Soraya Abdul Aziz mendirikan rumah tangga pada 2006 sebelum berpisah pada Oktober tahun lalu.
Difahamkan perpisahan tersebut berlaku atas persetujuan bersama dan hubungan mereka sehingga kini masih baik.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 16, Ahmad Fieradz Shah, 15, Ahmad Fierudz Shah, 14, serta Alayna Selma, 8 tahun.
Sumber: Kosmo