|
|
Sukses Capai Jualan RM250 Juta Sebelum Raya, Kontroversi Tak Gugat Elrah Exclusive – “Dalam Dunia Bisnes, Bila Kita Semakin Besar, Ujian Akan Datang.”
Meski terpalit dengan isu sensasi baru-baru ini, pemilik Elrah, El Azman atau nama sebenarnya Mohd Himi Che Azman, 37, menegaskan kontroversi tersebut tidak menjejaskan jualan produknya.
Sebaliknya, jenama berkenaan terus mencatat peningkatan jualan, walaupun berada di penghujung Ramadan.
“Dalam dunia bisnes, bila kita semakin besar, ujian akan datang. Tuduhan ‘plagiat’ boleh merosakkan reputasi jika tidak ditangani dengan baik.
“Tapi satu perkara yang tidak boleh dipalsukan adalah jiwa jenama. Rekaan boleh ditiru, warna boleh disalin, tetapi nilai dan kepercayaan pelanggan adalah keunikan sebenar,”* katanya.
El turut memaklumkan, peningkatan jualan bukan berpunca daripada kontroversi, sebaliknya hasil strategi pemasaran yang agresif, termasuk pemilihan barisan artis tempatan serta jaguh Muay Thai terkenal, Rodtang dan Tawanchay, sebagai duta.
Dengan pengambilan Rodtang dan Tawanchay, lebih ramai mula mengenali jenama kami. Pengaruh mereka memberi impak positif terhadap penerimaan jenama Elrah.
“Alhamdulillah, tahun ini kami berjaya mencapai sasaran jualan sebanyak RM250 juta sebelum Syawal,” jelasnya.
|
|