View: 3314|Reply: 38
|
Perkongsian Amyza Aznan meruntun hati rakan dan pengikutnya
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Perkongsian video nyanyian anak sulung pelakon, Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail Khairul, 22, oleh pelakon terbabit di Instagram malam tadi meruntun hati pengikut dan rakan-rakannya.
Andre yang yang menghidap kanser paru-paru dan kini berkepala botak dipercayai kesan rawatan kemoterapi menyanyikan lagu popular Datuk Jamal Abdillah berjudul Di Sudut Kamar Hatiku bersama anggota keluarganya termasuk Amyza.
"Assalamualaikum semua. Ni anak saya status terkini... selepas di kimo.... DOAKAN YE UNTUK ANDRE MIKHAIL.. @mikaa_alfonzo saya hanya banyak berkata-kata dalam hati je... tak terluah...," tulisnya.
Hantaran terbabit kini mendapat tanda suka lebih 3,000 pengikut dan komen-komen yang melahirkan perasaan simpati terhadap Andre Mikhail dan kagum dengan kekuatan dan ketabahan Amyza melalui ujian terbesar dalam hidupnya ini.
"Ya Allah.. aku doakan ko ngan anak ko terus kuat!! Syafakallah Andre.. @amyzaaznankaaia," tulis pelakon, Faezah Elai.
"Kau memang Kuat Ten @amyzaaznankaaia. Semoga kau terus kuat dan semoga anak mu sembuh seperti dulu seperti mana Allah sembuhkan aku. Love u," tulis pengarah, Kyoll Hamzah.
Pelakon, Didie Alias yang dikenali akrab dengan Amyza turut mendoakan kesembuhan Andre Mikhail.
"Ya Allah anak,.. semoga Andre kuat ye sayang mumy," tulisnya.
Terdahulu, Andre Mikhail dimasukkan ke hospital pada awal Februari lalu dan pada awalnya hanya disangka mengalami kekejangan otot.
Bagaimanapun pada pertengahan Februari, doktor mengesahkan Andre Mikhail menghidap kanser paru-paru tahap tiga.
Amyza menerusi hantaran di media sosialnya memohon agar Andre Mikhail diberikan kesihatan yang baik. Dia turut memaklumkan air daripada paru-paru anaknya sudah memasuki jantung, manakala paru-paru sebelah kanan juga sudah tidak lagi berfungsi.
Dia bagaimanapun mengakui Andre Mikhail anak yang kuat dan sangat tenang ketika ditolak ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk prosedur. .
Katanya, Andre Mikhail seorang yang aktif bersukan. Dia mulanya mengadu sakit bahu dan hanya mendapatkan rawatan di klinik serta mengambil ubat tahan sakit dan menjalani pemeriksaan lain, tetapi keputusannya baik.
Bagaimanapun simptom ini lama kelamaan berterusan apabila Andre Mikhail menghidap demam dan batuk berpanjangan dan sesak nafas ketika berjalan.
Andre Mikhail turut mengalami kesukaran untuk tidur dalam keadaan baring kerana setiap kali berbuat demikian, dia akan diserang sesak nafas yang menyesakkan dada.
Ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) yang dilakukan akhirnya mengesahkan terdapat ketumbuhan dalam paru-parunya.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Semoga diberi kesihatan yang baik ye anak Amyza |
|
|
|
|
|
|
|
Moga Allah berikan kesembuhan buat anak Amyza..aamiin.
|
|
|
|
|
|
|
|
aminnnn. semoga kuat n cpt sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cepat sembuh nak....aminnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Punca sakit bahu tup2 kanser tahap 3.
Bahaya sekarang ni.
Kawan aku pun sama, nampak sihat2 tup2 masuk hospital rupanya kanser. X sampai sebulan, meninggal.
Kadang2 aktif bersukan belum tentu sihat.
Semoga anak amyza cepat sembuh n sihat. |
|
|
|
|
|
|
|
se,oga dipermudahkan dan cepat sembuh dekk |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih pulak tgknya..moga cepat sembuh ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Allah permudah kanser treatment ini & berikan kesembuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dimudahkan segala urusan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kepompong at 23-3-2025 10:22 PM
Kanser mmg macam ni lah. Simptom kecik2 yg kita rasa abaikan aje lah. Ada sorang MA kat tempat i, taik lalat biasa kat kaki macam timbul tiba2, dia kopek2 igt tkde apa … dia biar aje lah… Rerupanya skin cancer , pastu lama2 lepas tu demam, batuk tak baik2, kanser dah merebak |
|
|
|
|
|
|
|
Stage 4 klau xsilap ank dia,paru2 seblh pon dh xberfungsi moga cpt sembuh dan diangkat sakitnya amin |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dikurniakan kesembuhan utk anak amyza |
|
|
|
|
|
|
|
Makcik aii dpt cancer - doktor ckp 5 or 6 bulan jer hidup (dlm hati eh memandai jer doktor ni bab ajal maut) tak sampai 6 bulan (end of Feb) dia sudah meninggalkan dunia nan fana ini.
Cepat betul perginya kalau org dpt cancer ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dikurangkan rasa sakitnya dan semoga lekas sembuh. Aminnnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
X boleh tgk post amyza. Sedihh.
Anak kwn aku dulu pun kecik lg. Kanser sampai takdak rawatan utk dibuat lagi.
Bertahan dgn morfin ja sampai pergi selamanya.
Dia bawak anak balik umah utk penuhi semua apa yg anak dia nak buat, makan etc . Doc suruh mana2 sedara, famili dtg ziarah anak. Kira bagi hint. Takdak air mata dah kawan aku tu
Semoga amyza takkan lalui hal mcm tu. Anak boleh sembuh balik dgn ubat2 moden ni |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga diberikan peluang kedua...
pglm aku dgn org2 yg aku kenal berkaitan cancer ni kebanyakkannye kisah hidup dorang tak berapa best.. sorang laki lari, yg sorang laki berkire kalau bawa bini pegi dptkn rwtn kat spital sg buloh, lg sorang cancer dtg balik + teruk sbb mkn harta ank2 yatim..
cancer pun penyakit genetik kan? sbb yg laki lari tu title makcik & yg laki berkire tu title ank buah kepada makcik td.. so lps je kejadian yg rapat2 tu.. family belah dorang terus buat ujian cancer lbh2 lg yg perempuan.. tp tak lama lps tu cucu pada makcik tu cancer juga tp tak igt cancer apa..
Semua takde harapan wlpn dah buat semua rawatan.. semoga mereka semua ditempatkan di dalam syurga..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kadang2 kalau meninggal awal dari jangkaan 5-6 bulan tu sebab they tak larat/tak boleh terima so the will to live rendah, immune system jadi rendah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|