CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2711|Reply: 25

[Tempatan] Ibu Simbah Anak Air Panas Sebab Kacau Alat Solek Sudah Ditahan Polis

[Copy link]
Post time 23-3-2025 01:12 PM | Show all posts |Read mode
DZULKHAIRI MUKHTAR

MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun cedera dipercayai dipukul dan disimbah air panas oleh ibu kandungnya yang berang selepas mangsa dikatakan telah menggunakan alat solek miliknya di Batu Berendam di sini, Khamis lalu.

Difahamkan, kejadian terbongkar apabila salah seorang guru kanak-kanak malang itu terlihat kesan lebam pada tangan kiri dan belakang badan mangsa, ketika berada di sekolah kelmarin.

Guru itu kemudian bertanyakan punca kecederaan sebelum anak muridnya memberitahu, telah disiram dengan air panas dan dipukul pada malam sebelumnya.

Mangsa mendakwa dipukul menggunakan alat pengurut tangan selepas bermain alat solek milik ibunya dan disimbah dengan dua cawan air panas.

Susulan itu, guru berkenaan telah membawa mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Melaka dan kini ditahan di wad untuk pemantauan lanjut.

Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat kesan lebam serta kulit mengelupas pada lengan kiri mangsa.

Si ibu telah ditahan polis kelmarin untuk membantu siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

“Mahkamah membenarkan suspek direman satu hari bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2025 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
majuk ngn ank pon..pigi la ke Batu Belah.....ada kt Klang....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 03:18 PM | Show all posts
Banyak lagi pilihan hukuman yang tidak meninggalkan kesan. Kekadang hukuman mental lagi pedih. Tutup WiFi satu cara. Dah tahun 2025 hukuman fizikal tu so yesterday lah unless ko memang berjiwa terrorist.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 06:45 PM | Show all posts
Alat solek ibunya tu jenama mahal kah?

Alat solek lebih berharga dari anak?

Hmmmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 06:46 PM | Show all posts
Tapi...

Kenapa tuan tanah letak gambar Dzulkhairi?

Kenapa tak letak gambar okt?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
telracs replied at 23-3-2025 06:46 PM
Tapi...

Kenapa tuan tanah letak gambar Dzulkhairi?

Comel abang dzul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2025 10:03 PM | Show all posts
telracs replied at 23-3-2025 06:46 PM
Tapi...

Kenapa tuan tanah letak gambar Dzulkhairi?

MO biasa lah wartawan Cari sejak zaman berzaman, where have you been?

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 24-3-2025 01:48 AM

Kanak2 mekap ada jual lah, kasut gaun kembang bikini sarung tetek spender utk kanak2 juga earing lekat di telinga, budak2 juga nak berangan2 jadi mermaid barbie cinderella, kalau tak nnt dah tua kemaruk pakai baju kawen la princess la mahkota di kepala la macam retis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2025 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Aiyooo...bape ribu value make up tu smpi sanggup siram air panas? Hidup ni tak payahlah nak hold up to physical stuff. Percayalah, hati mesti lg tenang. Mekap2 aiol dah berapa byk eyeshadow palette kena korek dgn anak2. Habis muka dorang conteng. Nak marah pun tak guna. Salah sendiri sbb letak kat tempat dorang boleh capai. Try la salvage apa yg masih boleh. Skrg ni, I terhadkan to 2 small palette yg earth colors, 1 good foundation n powder. 1 nude lipstick, 1 balm. 1 blusher. 1 eyebrow mascara. Simpan dlm small pouch.
Kita kecik2 pun biasa try2 pakai dress mak, hihmgh heels mak...ke mak dia ni tak pnah merasa childhood gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 05:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 23-3-2025 02:11 PM
majuk ngn ank pon..pigi la ke Batu Belah.....ada kt Klang....

Dulu aku selalu buat ayat ni bila merajuk dgn.anak...aku nk lari ke batu belah batu bertangkup..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 05:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa punya mak la sb mekap pun dera anak....elokla dibuang pepek tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 05:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Bongok punya mak
Lawa sgt ke ko lepas bersolek tu?
Biasa la budak2 nak cuba solek
Dah dia ngikut perangai ko suka bersolek
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
penderaan lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Normal je budak2 main mekap2 nie & try heels kat rumah. Kalau mak tergamak siram air panas kat badan anak sendiri, dah tak terkata camna anak tu didera sebelum nie. Apak dia mana?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 08:49 AM | Show all posts
Rasanya bukan sebab anak sentuh alat solek ibunya bertindak sedemikian. Mungkin ada faktor sekeliling yang dipendam. Wrong time and wrong place buat si anak.

Contoh - dekat nak Raya ibu runsing duit gaji tak cukup untuk balik kampung atau beli kelengkapan Raya, si suami ada skandal dengan perempuan lain, kena marah kaw-kaw dengan bos kat pejabat, baru lepas kena saman trafik kat abang polis dll.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 08:56 AM | Show all posts
make up boleh beli lain ler.. ni anak dah cedera.. lebam kulit menggelupas.. mesti ko tak bawak jumpa doktor kan. boleh biar je anak ke skolah mcm tu.
kan dah rugi.. rugi duit rugi masa.. nak beraya dlm penjara ke..
agak2 kot ada suami, dia nak byr duit jaminan ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2025 09:27 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 23-3-2025 03:18 PM
Banyak lagi pilihan hukuman yang tidak meninggalkan kesan. Kekadang hukuman mental lagi pedih. Tutup ...

kalau aku bebelan sampai pagi,itu cuma tahap 1 je hukuman.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
iblis pun surrender dgn perangai kau ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Mahal sgt ke barang mekapnya sampai sanggup buat gitu ke anak? Jenama apa tu... Kalau setakat beli kat watcen ke apa baik reda je dr awal
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 02:05 PM | Show all posts
copy_paste replied at 24-3-2025 09:27 AM
kalau aku bebelan sampai pagi,itu cuma tahap 1 je hukuman.

Oh No!... aku pilih sebatan boleh?

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2025 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.078062 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list