JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
198233
View
1802
Reply

Siapa Penghuni Dunia Sebelum Adam?

  [Copy link]

Author: cmf_WonBin       Show all posts   Read mode

Post time 2-8-2011 10:03 PM | Show all posts


BANDAR RAYA PANAMA - Sejumlah penduduk tempatan di bandar Cerrol Azul, Panama berada dalam ketakutan selepas satu makhluk asing keluar dari sebuah kawasan air terjun dan mengganggu sekumpulan remaja, lapor sebuah akhbar semalam.

Makhluk asing itu dilihat pada Sabtu lalu apabila empat remaja berumur 14 hingga 16 tahun bermain di satu kawasan air terjun.

Menurut laporan agensi berita Telemetro, remaja-remaja tersebut menjerit apabila makhluk tersebut keluar dari sebuah gua dan mendekati mereka.

Empat remaja itu yang berada dalam ketakutan membaling batu ke arah makhluk tersebut sehingga mati.

Stesen televisyen Panama, Channel 13 menunjukkan imej makhluk ganjil itu.

Remaja-remaja itu kemudian membaling bangkai makhluk asing itu ke dalam air sebelum melarikan diri.

Ibu bapa mereka yang tidak percaya dengan cerita penemuan makhluk itu kemudian pergi ke tasik tersebut dan terkejut melihat bangkai makhluk ganjil tersebut.

Namun, penduduk tempatan memberitahu wartawan Channel 13 bahawa makhluk itu mirip Gollum iaitu watak yang terdapat dalam filem Lord of the Rings.

Seorang ahli zoologi, Jacobo Arauz berkata, makhluk asing itu mungkin terjadi akibat mutasi dan ia mungkin sejenis makhluk yang bergerak perlahan.

Beberapa penduduk percaya ia merupakan makhluk dari planet lain manakala sebahagian lagi menganggapnya sebagai sejenis haiwan. - Agensi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 10:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by acescripters at 3-8-2011 19:17

Misteri: Tibet 'pusara' makhluk asing

RAHSIA tulisan aneh pada cakera kuno yang ditemui dalam gua di pergunungan Tibet pada 1938 akhirnya terungkai selepas 20 tahun kekal misteri.

Kod tulisan berkenaan dipecahkan Dr Tsum Um Nui dari Universiti Peking, China yang menjalankan kajian tulisan pelik yang tidak pernah wujud di dunia ini sehingga membolehkan beliau membaca catatan kuno yang ditulis pada cakera itu.

Sebaik membaca catatan terbabit, Dr Tsum terkejut kerana tulisan aneh itu menyimpan satu catatan mengenai peristiwa besar yang pernah berlaku puluhan ribu tahun lalu.

Dr Tsum pada mulanya kebingungan memikirkan peristiwa yang tercatat di sebalik tulisan kuno itu. Begitu juga kewujudan cakera terbabit, kejadian yang tercatat di atasnya juga adalah satu peristiwa misteri dan fiksyen yang bertentangan dengan hukum logik akal.

Cakera itu ditemui pada 1938 oleh sekumpulan ahli arkeologi universiti terbabit di sebuah gua pergunungan Bayan Kara-Ula. Ketika sedang menjalankan kerja mencarigali di gua terbabit, penyelidik menjumpai satu kawasan kubur purba di dalamnya.

Kubur itu dibuat dengan sangat rapi dan di dalamnya ditemui tulang kerangka yang mirip jasad manusia. Bentuk kerangka itu kecil tetapi bahagian tengkoraknya lebih besar berbanding kerangka tubuh.

Mungkin tulang ini milik spesies gorila gunung yang masih belum ditemui sesiapa, andai seorang daripada ahli penyelidik.

Siapa pernah mendengar yang spesies gorila mengebumikan jasad gorila lain? bidas Prof Chi Pu Tei, yang mengetuai ekspedisi itu. Dia mungkin masih bingung memikirkan yang kawasan kubur dalam gua itu begitu teratur sekali gus membuktikan ia mungkin dibina spesies yang mampu berfikir.

Di samping kerangka aneh dan kubur itu, turut tersembunyi artifak misteri berupa cakera yang terdapat lubang di tengahnya (bentuk itu menyerupai cakera padat pada zaman ini).

Cakera yang dianggarkan memiliki diameter berukuran 20 sentimeter (sm) itu ditemui tertutup oleh lapisan debu dan terletak di sudut gua. Kajian lanjutan terhadap artifak itu kemudian menemui satu fakta mengejutkan - cakera itu dihasilkan pada 12,000 tahun lalu.

Kebingungan semakin mengasak minda penyelidik tatkala memikirkan apakah pada 12,000 tahun lalu, ada alat untuk membuat cakera itu dan apakah tujuan ia dihasilkan? Lebih membingungkan mengenai sekitar lubang di tengah cakera, terdapat goresan teratur menyerupai bentuk tulisan yang sangat kecil.

Tanpa ada sesiapa yang dapat menterjemah maksud tulisan itu, ia dibawa ke Universiti Peking untuk dikaji lebih lanjut. Selepas berhempas pulas selama 20 tahun, akhirnya kod tulisan itu berjaya dipecahkan.

Dr Tsum memerhati tulisan asing berkenaan, kemudian mula menterjemah catatan rahsia yang tersembunyi pada cakera purba itu. Antara lain catatan rahsia itu menceritakan satu kejadian misteri seperti berikut:


Pada zaman dulu (kira-kira 12,000 tahun lalu), sebuah pesawat dari luar angkasa terhempas di kawasan pergunungan itu. Pesawat terbabit rosak teruk sehingga tidak mampu lagi untuk dibaiki.

Ia sekali gus menyebabkan makhluk dalam pesawat terbabit tidak dapat kembali ke tempat asal mereka dan terpaksa menghuni di kawasan pergunungan terbabit.

Kejadian pesawat angkasa lepas yang terhempas itu menggemparkan penduduk pergunungan iaitu suku Ham. Mereka bergegas ke kawasan pesawat yang terhempas itu dan terkejut melihat fizikal makhluk daripada kapal angkasa itu, agak berbeza dengan jasad manusia.

Menyangka kehadiran makhluk asing dan peristiwa pesawat angkasa terhempas itu sebagai ancaman terhadap keselamatan mereka, suku Ham kemudian memburu dan membunuh makhluk asing berkenaan yang digelar suku Dropa.

Kumpulan makhluk asing yang terdiri daripada perempuan dan kanak-kanak berusaha menyelamatkan diri dengan bersembunyi di gua terbabit yang akhirnya menempatkan kubur dan cakera berkenaan.


Catatan rahsia yang dipecahkan Dr Tsum itu kemudian semakin membingungkan apabila cerita yang tertera pada cakera didapati hampir menyamai kisah legenda penduduk setempat iaitu makhluk daripada angkasa yang berbadan kurus, kecil tetapi berkepala lebih besar pernah wujud di kawasan gunung itu.

Pada 1965, penyelidik berhasil menemui 716 cakera dalam gua itu. Seorang penyelidik Russia, W Saitsew yang melanjutkan kajian Dr Tsum mendapati cakera itu diperbuat daripada campuran kobalt dan sejenis besi misteri yang tidak dapat dikenal pasti. Beliau juga mengandaikan yang cakera itu adalah sebahagian daripada komponen litar elektrik.

Selain itu, pada dinding gua itu juga ditemui gambar matahari, bulan, sebuah bintang yang belum dikenal pasti dan planet Bumi yang keseluruhannya dihubungkan oleh sebuah garis titik-titik.


FAKTA: Kaum Dropa

# Pengkaji UFO dan makhluk asing menjadikan Cakera Dropa sebagai antara bukti kewujudan makhluk dan pesawat misteri itu di Bumi.


# Keturunan suku kaum Dropa dikatakan masih wujud di kawasan pergunungan itu.

# Suku Ham dan kaum Dropa dikatakan akhirnya berdamai. Kaum Dropa kemudian dikatakan menurunkan ilmu angkasa mereka berkaitan teknologi kepada bangsa Ham menyebabkan bangsa Cina lebih maju daripada bangsa Eropah, ribuan tahun lalu.

# Cakera Dropa diperbuat daripada campuran kobalt dan sejenis besi yang tidak dapat dikenal pasti.

# Kumpulan skeptikal menafikan kewujudan cerita makhluk asing yang tertulis pada cakera berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 06:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by acescripters at 18-12-2011 01:03

(Gambar kiri .. mummy alien yg telah di awet. tangan kanan dia ... dan tangan kiri cam sepit cam ner lak tu!?)

Kewujudannya U.F.O bukan direka atau propaganda barat. Ilmuan² Islam terdahulu pernah mengkaji naskah² lama dari zaman Firaun yg dikatakan mempunyai rekod² mengenainya, malah Nabi Ezekiel sendiri pernah direkod pernah menemui sesuatu yg aneh berlegar di langit. Hairannya, penemuan seperti ini bagaikan "diterima" oleh para ilmuan dan dikaji sebagai ilmu falak. Benar,Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah mengajar kita supaya memikirkan benda² sedemikian tetapi tidakkah baginda pernah bersabda "tuntulah ilmu hingga ke negeri China" jadi ilmu apa yg hendak dituntut di China pada zaman baginda sedangkan pada zaman baginda,islam belum begitu berkembang disana? China pada waktu itu amat terkenal dengan ilmu kaji bintangnya melebihi org² barat pada waktu itu. Cuba fikirkan, apa guna Allah mencipta alam semesta yg sebegitu luas dgn planet² yg banyak (saintis barat hari ini telah berjaya merekodkan sehingga 500 buah planet tetapi kita org² Islam yg mempunyai Al Quran masih ketinggalan) dan mempunyai putaran yg tersendiri?

Bila bercakap pasal UFO, ramai yg menafikan kewujudannya berpendapat ianya adalah kerja² org barat, Amerika khususnya, tetapi rekod kemunculan UFO ni telah ditemui sejak dari zaman purba lagi! Dari kaum Aztec di Amerila Selatan hingga ke tamadun Arab dahulukala, malah dikitab² Hindu dan journal² tamadun Cina purba juga terdapat rekod² mengenainya. Di Tanah Melayu juga, perkara mengenai UFO telah direkodkan seawal tahun 1511 lagi! Penemuan² ini dirakam melalui buku², hasil² seni, penceritaan secara lisan dan sebagainya. Malah, ada yg mengaitkan karya² dongeng seperti kisah Bukit siGuntang juga berkait rapat dgn UFO ini.

Allah s.w.t telah menciptakan makhluk dibumi dan diangkasa raya. Jika dibumi mahkluknya terdiri dari manusia, haiwan, tumbuhan, para jin dan sebagainya, siapa pula yg tinggal di angkasa? Memang, para saintis masih bertelagah mengenai makhluk angkasa ni, tetapi ia lebih menjurus kepada planet asal, rupa, keupayaan, kebijaksanaan, kenderaan serta tujuan kedatangan mereka ke bumi. Penemuan beberapa organisma hidup di planet marikh misalnya yg diantaranya hidupan yg memakan besi telah membawa kepada kajian terhadap wujudnya mahkluk² yg lain di planet itu dan planet lainnya. (kanan gambar alien di Marikh)


Alien tu adalah nama yg diberikan oleh saintis barat merujuk kepada Jin sebenarnya. Jin itu suatu makhluk yg hidup disetiap penjuru di alam semesta ciptaanNya, malah dlm badan manusia sekali pun.

Menurut Al Allamah Syaikh Nuruddin Ali,menerusi buku " Awal Mula Penciptaan Langit Dan Bumi" ketika di tanya oleh Nabi Musa a.s yg bermunajat kepada Allah s.w.t di bukit Thursia, Allah menjawab bahawa Dia pertama-tama mencipta Nur Muhammad dan darinya, dan darinya tujuh puluh ribu planet angkasa, yg masing² luasnya tujuh puluh ribu kali dari bumi. SETIAP DARINYA BERPENGHUNI 70,000 dari bangsa seperti manusia, malaikat dan jin. Mereka beribadah kepada Allah selama 70,000 tahun tetapi akhirnya dibinasakan oleh sebab menderhaka. Kemudian Allah mengulangi ciptaannya dlm 80,000 planet dan disitu Allah mencipta sejenis unggas pemakan tumbuhan, namun akhirnya unggas itu punah, lalu Allah menciptakan 20,000 MANUSIA YG BERASAL DARI CAHAYA tetapi, LAMBAT LAUN mahkluk ini akan punah juga. Selang 70,000 tahun,Allah menciptakan Qalam, Lauhil Mahfuzh, Arsy, Kursi dan malaikat dan selepas 70,000 ribu tahun kemudian terciptanya syurga dan neraka yg kemudiannya disitulah (syurga) Allah mencipta Khalifah Bumi yg pertama iaitu Nabi Adam a.s. Allah swt mencipta semua itu hanya dgn kalimat "kun fayakun".

UFO hanya istilah yg digunapakai secara umum semenjak 1947 oleh Edward J.Ruppert,pengarah kepada Projek Grudge dan Projek Blue Book yg mana kedua²nya mengkaji mengenai makhluk asing ni. Namun, kajian tamadun manusia sering menganggap bahawa mungkin manusia dahulukala menggunakan istilah sebagai dewa², pari², makhluk kayangan atau rasaksa dan istilah ini berkembang mengikut peredaran zaman. Di Ireland, masyarakat Irish percaya akan mahkluk hijau yg dipanggil Lephrecaun yg muncul bersama "pelangi dari langit" manakala di Alam Melayu sendiri, peristiwa Bukit Siguntang dimana Wan Empuk dan Wan Malini mendapati cahaya yg amat terang yg mengakibatkan sawah padi mereka bertukar keemasan dan didapati cahaya tu dtg dari seekor lembu (mungkin kenderaan seperti dlm filem Star Wars) yg mengeluarkan seorang manusia. Mengenai kenapa UFO banyak dilaporkan selepas era kejatuhan Nazi, ini kerana, pada zaman itu, manusia mula sedar kepentingan teknologi dan mula mengkaji apa saja termasuk perkara yg diluar bumi. Mereka mula mengkaji kitab² lama dan naskah² purba seperti teks Vaimanika Sastra yg ditulis oleh Bharadvajy pada kurun ke 4 sebelum masihi (sebelum kedatangan Islam). Ia menerangkan tentang pesawat terbang yg lengkap dan peralatan utk menghasilkannya. Terdapat juga teks mengenai Maharaja Asoka yg menubuhkan jawatankuasa yg bertujuan merekodkan teknologi jauh lebih maju dari sepatutnya. Ahli² sejarah Cina purba juga telah dilaporkan mempunyai beberapa dokumen perihal pembinaan mesin terbang yg jauh lebih moden dari zaman sekarang. Persoalannya, dari mana mereka memperolehi ilmu sedemikian? (thread sebelum ini dah membongkarkan - lihat artikel alien Dropa) Kajian dari barat juga dilakukan keatas Al Quran, dan hasilnya adalah percubaan utk menghantar manusia ke angkasa setelah menemui kisah Israj Mijraj dimana peristiwa Nabi Muhamad s.a.w (dianggap sebagai angkasawan pertama) diangkat kelangit dgn kenderaan dan pulang ke bumi dgn selamat.

Perkara alam ghaib sebenarnya kita perlu menjawab, apa itu alam ghaib? Kalau dahulu, utk mendengar perkhabaran seseorang yg jauhnya beribu² batu juga dianggap alam ghaib tetapi kini, dgn teknologi komunikasi, perkara ini sudah tidak menghairankan. Begitu juga mistei dilaut dlm. Kalau dulu, kita tidak mengetahui apa2 mengenai dasar lautan dan dianggap sebagai diluar kemampuan manusia utk mengetahuinya tetapi kini sedikit demi sedikit alam ini dibongkar manusia. Benar, alam ghaib yg berhubung rapat mengenai syurga, neraka, roh, malaikat dan sebagainya hanya Allah s.w.t sahaja yg mengetahuinya, tetapi kita jgn lupa yg Allah memberikan kita "lebih sedikit" dari para jin dan syaitan seperti dlm peristiwa Nabi Sulaiman dan singgahsana Ratu Balqis.

Jika dikatakan semua "mahkluk" Allah hidup dan mati di bumi, pendapat itu ada sedikit salah. Laika, anjing pertama yg dihantar ke angkasa lepas, telah mati diluar sana dan tidak jatuh ke bumi. Begitu juga beberapa haiwan kajian (jika diambil kira makhluk dari bumi sahaja) juga telah hilang diangkasa lepas.

Kebijaksanaan alien tu dari segi teknologi mungkin tidak sama dgn manusia. Manusia diciptakan Allah dgn cukup sempurna dari bermcm² segi. Kita ada semangat, roh, akal, perasaan, fikiran. Dlm diri manusia ada buruk dan baik. Manusia mempunyai naluri, nafsu, kawalan, keyakinan, benci, sayang dan kekuatan. Sifat² ini yg membuatkan manusia lebih "sempurna" dan hebat dari lain makhluk. Kita jgn menilai dari segi kehebatan teknologi dan intelektual kerana dlm bumi sendiri pun, kita "bersaing" dgn lain² makhlukNya. Kita tak boleh terbang seperti burung tapi kita "terbang" seperti manusia dgn menggunakan pesawat. Kita tak boleh tinggal di lautan tapi ada jin yg duduk di dasar sana. Cuba kita kaji balik pada kisah Nabi Sulaiman dan singgahsana Ratu Balqis tu, apa yg kita dapat pelajari?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 01:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by acescripters at 4-8-2011 03:01

Masuk pada fasa jin yg tidak nampak oleh mata kasar


Keterangan "Al-Maarij "

Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.

Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud pula menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu.

Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.

Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia.

Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan "Latifatur-Rabbaniah " sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin.

Manakala mahkluk-makluk lain pula Allah jadikan daripada salah satu unsur tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim Ksayif dan Jisim Syafaf sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat pula dijadikan daripada Nurani semata-mata.

Cara pembiakan Jin.

Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh.

Berbeza dengan Jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaannya sehingga ke hari kiamat.

Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Jin dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.

Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin.

Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk Jin pula ialah " Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang kembali beriman kepada Allah.

Agama puak-puak Jin.

Jin Juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak.

Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan Jin kafir. Golongan Jin kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan Jin yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan manoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin.

Seperti juga manusia biasa, Jin juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada Jin Islam yang bertaraf awam sahaja , Jin Islam yang di tingkat iman Khawas dan Jin Islam yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas.

Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya , tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.

Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa " sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik. " Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.

Golongan Jin Islam yang awam dan Jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat.

Rupa Bentuk Jin.

Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia.

Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok.

Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seprti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.

Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan, di darab dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun baru satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin.

Manakala jumlah keseluruhan Jin ialah satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya.

Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi , tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.

Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis.

Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

" Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya ) "

Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak.

Wallahu'alam...

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 02:19 AM | Show all posts
Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah Islam, bahkan ianya merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki oleh Allah S.W.T. Justeru itu, bagi setiap orang Muslim, mereka wajib beriman kepada yang ghaib, tanpa sedikitpun ada rasa ragu. Dalam perkara ini Ibn Mas'ud mengatakan: Yang dimaksudkan dengan yang ghaib itu ialah segala apa saja yang ghaib dari kita dan perkara itu diberitahukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga jin. Jin termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani, kerana banyak ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya.

Walaupun jin itu tidak dapat dilihat, maka bukanlah bererti ia tidak ada. Sebab berapa banyaknya sesuatu yang tidak dapat kita lihat di dunia ini, akan tetapi benda itu ada. Angin misalnya, kita tidak dapat melihatnya, tetapi hembusannya dapat kita rasakan. Begitu juga roh yang merupakan hakikat dari kehidupan kita, kita tidak dapat melihatnya serta tidak dapat mengetahui tentang hakikatnya akan tetapi kita tetap meyakini wujudnya.

APAKAH ITU JIN?

Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah Jiniy ( dalam bahasa arab dahulu kala, dan Genie dalam bahasa Inggeris ) yang ertinya "yang tersembunyi" atau "yang tertutup" atau "yang tak terlihat". Hal itulah yang memungkinkan kita mengaitkannya dengan sifat yang umum "alam tersembunyi", sekalipun akidah Islam memaksudkannya dengan makhluk-makhluk berakal, berkehendak, sedar dan punya kewajipan, berjasad halus and hidup bersama-sama kita di bumi ini. Dalam sebuah hadith dari Abu Tha'labah yang bermaksud : "Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah."

AWAL PENCIPTAAN JIN

Allah S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih waktu yang lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri. Allah S.W.T. berfirman ( maksudnya ) : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang sangat panas. ( Surah Al-Hijr: 26-27 ).

BAGAIMANA JIN DAN SYAITAN HIDUP

Jin adalah makhluk yang sangat banyak sekali penduduknya, boleh dikatakan sama bilangan penduduk bumi sebanyak 5 bilion. Jarang ada suatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan, lautan mahupun udara. Dunia mereka seperti dunia kita : Ada negara, kerajaan, berbagai bangsa & kabilah, penguasa dan rakyat jerata. Agama mereka pun tidak berbeza dengan agama manusia. Diantara mereka, alhamdulillah, ada yang Muslim dan memperoleh hidayah dari Allah S.W.T. Yang lain, beragama Masehi, Hindu, Buddha, penyembah berhala dan penganut ajaran komunis.

TEMPAT TINGGAL JIN

Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan sepi dari manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di tempat-tempat kotor seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan lebihan manusia.

Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah. Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan: "Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah."

Jin juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya. Rasullullah s.a.w. telah bersabda: "Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah ia mengucapkan doa: " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan" (HR. Abu Dawud)

Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya: "Janganlah kamu kencing dilubang."(HR. An-Nas'i)

KERAJAAN IBLIS

Iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar. Ada menteri-menteri, pemerintahan dan pejabat-pejabat. Iblis juga mempunyai wakil-wakil, lima di antaranya wajib diwaspadai :

* Yang pertama, menurut kalangan Jin, bernama Tsabar. Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau ditimpa musibah, baik kematian isteri, anak ataupun kaum kerabat. Kemudian dia melancarkan bisikannya dan menyatakan permusuhannya kepada Allah. Diucapkannya, melalui mulut orang yang ditimpa musibah itu, keluh-kesah and caci-maki terhadap ketentuan Allah atas dirinya.


* Yang kedua, namanya ialah Dasim. Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan, membuat rasa benci antara satu sama lain di kalangan suami-isteri, sehingga menjadi penceraian. Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar.

* Yang ketiga, namanya ialah Al-A'war. Dia dan seluruh penghuni kerajaannya, adalah pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul menggembirakan Iblis di kerajaan yang besar. Segala persoalan yang menyangkut keruntuhan moral dan perzinahan berurusan dengan pejabat besar mereka.

* Yang keempat, namanya ialah Maswath, pakar dalam menciptakan kebohongan-kebohongan besar mahupun kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk seseorang yang duduk dalam suatu pertemuan yang disenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia.

* Yang kelima, namanya ialah Zalnabur. Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. Merekalah yang menyebabkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan dan bunuh-membunuh sesama manusia.

Untuk menghindarinya hendaklah mengucapkan :

Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, ( ** Sebutkan namanya : Tsarbar / Dasim / Al-A'war / Maswath / Zalnabur ) yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya.

Menurut buku Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid bin Mujahid yang mengatakan bahawa, "Iblis mempunyai lima anak, yang masing-masing diserahkan urusan-urusan tertentu. Kemudian dia memberi nama masing-masing anaknya : Tsabar, Dasim, Al-A'war, Maswath dan Zalnabur."
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 02:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by acescripters at 4-8-2011 03:36

KUMPULAN-KUMPULAN JIN

Jin juga seperti manusia yang inginkan nama dan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya ialah :-

* Kumpulan yang menunggu kubur

* Kumpulan yang menunggu gua

* Kumpulan yang menunggu mayat

* Kumpulan yang menunggu air mata air

* Kumpulan yang menunggu tasek, kolam, telok, kuala, pulau dan sebagainya.


PEMIMPIN-PEMINPIN JIN

Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya tersendiri. Antaranya ialah :-

* Raja Jin Alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai'ah dan Maimon.

* Empat Raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. ialah seperti Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.

* Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaali, Mikiyaail, Sarifiyaali, Ainyaail dan Kasfiyaail.

* Raja Jin yang menguasai segala Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM TA LI. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.


JENIS-JENIS JIN

1. Iblis bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.

2. Asy-Syaitan - Syaitan-Syaitan

3. Al-Maraddah - Peragu-peragu ( was-was )

4. Al-Afrit - Penipu-penipu

5. Al-A'waan - Pelayan-pelayan

6. Al-Tayaaruun - Penerbang-penerbang

7. Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam

8. At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor )

9. Al-Qurana - Pengawan-pengawan

10. Al-Ummaar - Pemakmur.


ANAK2 IBLIS YANG MEMPUNYAI KERAJAAN YANG BESAR

1. Thubar - Merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala.

2. Daasim - Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan siratulrahim, rumahtangga, keluarga sahabat-handai, jemaah dan sebagainya.

3. Al-'Awar - Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya.

4. Zalanbuur - Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.



GELARAN-GELARAN JIN DALAM ISTILAH ORANG MELAYU

Jin menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut perwatakan dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai dengan hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan Jin, cuma di kalangan orang Melayu, menganggap hantu itu adalah makhluk yang berbeza daripada Jin. Antara Jin-Jin yang popular di kalangan masyarakat Melayu ialah :-

* (a.) - Hantu Raya
* (b.) - Hantu Toyol
* (c.) - Hantu Pelesit
* (d.) - Hantu Kubur
* (e.) - Hantu Jerangkung
* (f.) - Hantu Galah
* (g.) - Hantu bungkus
* (h.) - Hantu Bidai
* (i.) - Harimau Jadian
* (j.) - Hantu Pontianak
* (k.) - Hantu Langsuir
* (l.) - Hantu Air
* (m.) - Hantu Pari
* (n.) - Hantu Laut
* (o.) - Jin Tanah
* (p.) - Hantu Pochong
* (q.) - Hantu Pari-Pari
* (r.) - Jembalang Tanah
* (s.) - Hantu Polong
* (t.) - Harimau Penanggal
* (u.) - Hantu Bukit
* (v.) - Hantu Punjut
* (w.) - Hantu Bawah Tangga
* (x.) - Hantu Kum-Kum
* (y.) - Hantu Mati Dibunuh
* (z.) - Hantu Kopek ( Tetek )
* (zz) - Hantu Tengelong


MUKHANNATS ADALAH ANAK JIN ATAU SYAITAN

Ketahuilah, apabila seorang lelaki mencampuri isterinya ketika sedang haid, maka syaitan mendahuluinya. Ketika si isteri hamil dan melahirkan, maka yang lahir itu adalah al-mukhannats, iaitu anak-anak jin. Nuthfahnya akan rosak, bahkan boleh membuat si lelaki dan perempuan itu menderita penyakit. Sesungguhnya Allah s.w.t. melarang kita untuk mencampuri isteri-isteri kita yang sedang haid. Barangsiapa melakukan itu, dialah yang bertanggungjawab terhadap akibatnya, dan lebih dari itu dia pulalah yang akan menerima akibatnya jika dari hubungan tersebut lahir mukhannats. Rasanya, itu adalah balasan yang setimpal belaka.

9 ANAK-ANAK SYAITAN YANG LAINNYA

1. ZALITUUN : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. WATHIIN : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'AWAN : Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. HAFFAF : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang berada di tempat-tempat maksiat ( i.e. disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras )

5. MURRAH : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. MASUUD : Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan segala apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. DAASIM ( Berilah Salam sebelum masuk ke rumah ) : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga. (suami-isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan perbagai bentuk kemusnahan rumahtangga).

8. WALAHAAN : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. LAKHUUS : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.

Sumber: http://jalansufi.com/index.php/Syariat/beriman-kepada-yang-ghaib

AMARAN BUAT PEMBACA YANG DIHORMATI DAN DI RAHMATI SELALU

Segala bahan bacaan dan rujukan didalam website ini adalah semata bacaan, dan apabila timbul kesangsian dan ketidakfahaman dalam membaca isinya, sila rujuk dikalangan ahlinya atau pun Guru Mursyid yang diiktiraf. Janganlah memahami sesuatu perkara dalam ilmu kesufian dengan memahami dengan akal fikiran sendiri, jika begitu anda tidak akan sampai kepada pemahamannya. Apabila tidak faham, mulalah ia menjadi fitnah yang berat.


Muslihat terbesar, yang syaitan sentiasa bertungkus-lumus,
adalah menyakinkan dunia bahawa dia tidak wujud


Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 02:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by acescripters at 4-8-2011 03:08

DAJJAL.

Inilah "Manusia Iblis" pertama ciptaan Izazil laknatullah. Dajjal adalah manusia yang berhati Iblis. Bapanya dan ibunya adalah berketurunan Turki dan Mesir.

Mereka berasal dari sebuah kampung kecil bernama Rablah. Kedua-dua ibubapanya itu adalah merupakan adik beradik seibu sebapa. Mereka bersekududukan tanpa nikah dan apabila orang kampung mengatahuinya, mereka berpakat menghalau mereka dari kampung tersebut. Mereka berpindah ke kampung pendalaman bernama Samiri dinegeri Mesir. Pekerjaan bapanya mengambil upah menjaga ternakan dan membersihkan kandang ternakan juga membelah kayu api.

Setelah beberapa ketika tinggal didalam rumah tumpangan milik seorang peladang, maka teringinlah mereka untuk mendapatkan anak. Setelah berusaha sedaya upaya isterinya itu tidak juga mengandung maka Isterinya telah bermunajat memohon supaya diberi petunjuk. Maka satu ketika bermimpilah sang isteri akan bertemu dengan seorang abadi kaum mereka (Izazil telah menyerupai dan menjelma sebagai orang abadi itu). Ia disuruh memohon pertolongan disebuah kuil jauh dihujung kampung itu. Sang Isteri telah menceritakan akan mimpinya itu dan keesokannya juga mereka berdua mencari akan kuil itu. Akhirnya mereka telah bertemu dengan kuil tinggal yang kecil dihujung kanpung itu sama seperti mimpi isterinya yang didalamnya terdapat sebuag patong anak lembu. Mereka berdua pun membersehkan kuil itu dan memulakan upucara memuja dan memohon pertolongan dewa patong anak lembu itu. Setelah beberapa kali memohon tetapi tetap begitu juga. Maka mereka pun berhenti dari memohon. Tidak berapa lama isterinya bermimpi lagi supaya melakukan persetubuhan sewaktu dia datang bulah (didalam haid) didalam kuil dan dihadapan patong anak lembu itu.

Maka ia pun menceritakan pekara mimpinya itu kepada suaminya dan apabila sampai waktunya mereka pun melakukan seperti ydng disuruh didalam mimpi isterinya itu (Izazil yang perintah). Tidak berapa lama maka mengandunglah siisteri, tetapi kandungannya itu sangat besar dan lama iaitu 13 bulan. Semasa isterinya sarat mengandung bapanya meninggal dunia. Tinggallah sang isteri seorang diri. Dalam masa yang sama berita akan mereka ini sampai pula ketelinga tuan punya ladang itu. Ia terpaksa menghalau keluar ibu yang sarat mengandung itu kerana takutkan oeang kampung yang sedang mencari mereka. Mereka dicari untuk dibunuh kerana mengikut kata sami puak mereka yang keluarga ini akan mendatangkan musibah besar didunia ini. Itulah sebabnya orang-orang kampung sentiasa mencari keluarga ini. Ibunya pun pergi kekuil kecil untuk melahirlan anaknya disitu. Setelah melahirkan anaknya ia pun meninggal dunia dengan keadaan tumpah darah yang banyak dan kandungannya yang sangat besar pula, itulah sebabnya wanita itu meninggal dunia sejurus melahirkan. Bayi ini sangat pelik, ia cacat sebahagian angotanya, bersisek kulitnya seperti ular, berkepala besar, matanya kena jangkitan dan buta sebelah kiri. Ia hanya tidur sahaja selama 55 tahun dan dimasa itu ia telah dipelihara oleh Malikat Jibril dengan diberi susu lembu sahaja atas perintah Allah swt. Sewaktu dialam tidurnya, Malikat Jibril as telah pula mengajarkan ilmu-ilmu hikmah kepadanya tampa mengatahui bahawa budak itu dipelihara oleh Izazil. Ini adalah permintaan Izazil kehadrat Allah yang juga dimakbulkanNya.

Setelah seberapa tahun maka tempat persembunyaian Dajjal telah diketahui oleh orang kampung. Mereka berpakat untuk membakar saja kuil itu. Dajjal telah diselamatkan oleh Malikat Jibril as dan diletakkan dibenua Antartik didalam sebuah gua dan ditambat dengan rantai kaki dan tangannya kerana takut ia melarikan diri pula jika sedar dari tidurnya. Dikala ini Izazil pula telah menjelma menjadi ular besar dan memberinya makanan dan air minuman yang dimasukkan terus kedalam mulutnya. Apabila umurnya telah sampai 55 tahun dia pun sedar seperti manusia biasa. Pekara ini telah diceritakan oleh Jibril as kepada Nabi Musa as. Nabi Musa as telah menerimanya bekerja menjaga kuda dan membersehkan kandang kuda Nabi. Tetapi Dajjal bukan bekerja sahaja, dia selalu mengintip perbualan Nabi Musa dengan Nabi harun juga perbualan Nabi bersama Jibril as. Ia selalu mengikut dari belakang akan Kuda Nabi dan apabila disatu ketika Jibril as mendatangkan nabi Musa sedang berkuda, kesempatan itulah yang diambilnya untuk mengutip pasir tempat tijak kaki kuda Malikat Jibril as dan disimpannya. Ia juga selalu memerhatikan tingkah laku pengikut-pengikut dan bantahan-bantahan yang mereka limparkan kepada Nabi Musa as.

Apabila Nabi Musa as pergi bermunajat selama 40 hari dibukit Tursinar, peluang ini diambil oleh Dajjal as Samiri menunjukkan belangnya. Dia telah berucap dihalayak kaum nabi Musa as iaitu bani Israil supaya mengumpulkan semua emas yang mereka ada untuk menunjukkan kepada "Tuhan" Nabi Musa as. Setelah mereka kumpulkan emas itu maka diberikan kepada Dajjal. Emas itu telah ditempa menjadi patung anak lembu yang dimasukkan pasir bekas tempat tijak kaki kuda Jibril as yang disimpannya dulu. Patong itu diletakkan dihadapan puak dan kemudian dengan mentera yang diajar oleh Izazil. Tiba-tiba patung anak lembu itu berkata-kata mengaku dialah "tuhan" nabi Musa as. Kaum bani Israil yang selama itu mencari-cari tuhan Nabi Musa telah berpaling dan menyembah patong anak lembu emas itu. Sekembalinya Nabi Musa dari Munajatnya, beliau dikatakan sungguh marah akan perbuatan as Samiri, beliau juga memarahi Nabi Harun yang tidak dapat mengawal keadaan itu. Maka Nabi Musa as memohon berkata-kata dengan Allah. Diadukan semua peristiwa itu kepada Allah swt. Perbuatan Nabi Musa meninggalkan kaumnya kepada jagaan Nabi harun telah ditemplak. Seharusnya Nabi Musa meninggalkan kaumnya dibawah jagaan Allah swt kerana Dia adalah tempat sebaik-baik yang Memelihara dan Menjaga. Kenapa Nabi Musa beri kuasa penjagaan itu ditangan manusia yang lemah yang tidak berdaya menjaganya ?

Nabi Musa as telah memohon ampun kehadrat Allah swt serta memohon agar Dajjal as Samiri ini dipisahkan dari kaumnya dan seluruh manusia selama-lamanya hingga hari kiamat. Kemudian permintaan Nabi Musa as telah diperkenankan oleh Allah swt. Maka Nabi Musa as dan Malikat Jibrai as telah menangkap Dajjal as Simiri dan di sumbat didalam penjara Nabi Musa as iaitu di Lautan Qauzum bersama-sama Hamman dan Firaun. Sesetengah riwayat ahli tafsir menyatakan bahawa lautan Qauzum itu terletak ditengah-tengah laut Merah di Mesir iaitu dibahagian yang paling dalam. Tetapi ia dirasakan kurang tepat. Riwayat yang lain pula mengatakan ia terletak di Lautan Atlantik. Rasanya ini lebih tepat kerana disitu juga telah Izazil ciptakan sebuah pintu Alam Jin seperti di Bermuda Traingel yang boleh menyedut apa saja yang lalu dan cuba untuk melintas dipermukaannya. Pintu Alam Jin ini merupakan sebuah Kerajaan Jin tempat untuk memenjara roh-roh manusia yang berjaya mereka tanggkap dan mereka-mereka yang kafir, sesat dan Islam yang mengikut telunjuk mereka sewaktu hidupnya serta yang menjadi sahabat dan khadam mereka. Manusia-manusia ini apabila mereka mati semua roh-roh mereka akan disumbat disini dan tidak boleh keluar, menjadi hamba abdi mereka membuat senjata-senjata canggeh untuk perang akhir zaman nanti. Telah juga diriwayatkan bahawa Allah swt telah memberi pelepasan kepada Dajjal sehari dalam setahun kepermukaan bumi. Maka peluang itu dimanafaatkan secukupnya dengan membuat huruhara kerosakan besar dimuka bumi seperti berlakunya gempa bumi, letupan gunung berapi, tsunami, ribut taufan, ribut salji, puting beliong hingga menyebabkan kematian manusia beratus ribu, berpuluh ribu jiwa yang melayang dan ditanggkap oleh balatenteranya, diheret dan disumbatkan didalam penjara mereka itu. Kerosakan yang berlaku dikepulauan Hyaiti beberapa bulan lalu adalah salah satu dari tindakan Dajjal untuk mengambil roh-roh kafir untuk menjadi hambanya di penjara alam Jin itu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 03:21 AM | Show all posts
Post Last Edit by acescripters at 4-8-2011 03:34

"Berkata iblis: Ya Tuhanku, oleh karena Engkau telah menetapkanku sesat, sungguh akan aku usahakan agar anak manusia memandang indah segala yang ada di bumi dan aku akan sesatkan mereka semua....Kecuali hamba-hambaMu dari antara mereka yang ikhlas.........(Al-Hijr: 39-40).


Setiap produk ciptaan manusia mesti ada "trademark" yg menunjukkan siapa yg mencipta atau mengeluarkan sesuatu produk itu."trademark" ini akan dilekatkan sama ada di tampal,jahit atau cetak pada produk.Begitu juga dengan ciptaan yg Maha Esa dari sekecil-kecil benda seperti zarah ke sebesar-besar benda seperti galaksi dan juga pada diri kita sendiri!!! tak percaya? cuba tengok tangan korang masing-masing sama tak dengan gambar kat bawah...



Semua manusia kat bumi ni tidak kira la kaum ape sekali pun mesti ade garisan kat tapak tangan dan sedarkah anda bahawa semuanya serupa!!!! garisan itu sebenarnya angka dalam bahasa arab iatu 81 dan 18 yg jika ditambah menjadi 99. Sesungguhnya tuhan itu hanya satu sahaja iaitu Allah dan mempunyai 99 nama lain atau gelaran bagiNya





  
  
Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? surah Fussilat ayat 53



Sebelum dibacakan ayat suci Al-Quran, bayi nampak aktif dalam pergerakannya (normal memang macam ni).

Kemudian dibacakan pula ayat suci Al-Quran..

Subhanallah! Hasilnya ketika dibacakan surat Al-Fatihah dan Al-Baqarah janin
bayi tampak terdiam dlm keadaan sujud seakan-akan mengenali suara-suara yang sedang dibacakan.  







eh dah terlajak dah ni!
andai ada tersilap dan khilaf harap di ampuni
sesungguhnya saya juga seperti anda tidak terlepas dari membuat kesilapan.
salam Ramadhan buat semua..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 09:30 AM | Show all posts
Reply 83# acescripters

jin jun julai ogos tak habis2... last2... akibat kebodohan manusia, jin  jugak jadik mangse alasan
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 10:37 AM | Show all posts
Reply  acescripters

jin jun julai ogos tak habis2... last2... akibat kebodohan manusia, jin  jug ...
unekspekted_XII Post at 4-8-2011 09:30 AM


eh! yang ni leh tertinggal ... dalam hati ada 2 suara tak caya cuba zikir sambil baca leh wat tak 2 suara tu dlm hati.  Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 10:48 AM | Show all posts
Reply 85# acescripters

ko tulis panjang2 ni ko paham ke tak???



ingat cerite tu??? jin jun julai.. last2.. dgn org yg mengaku ustaz2 sume kene tipu.. hahahahahahaaaa


dah name melayu.. bende2 yg rumit nk paham ni jugak dijadikan pedoman hidup
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 11:38 AM | Show all posts
Reply 86# unekspekted_XII


   ya semua yg pepanjang nie aku faham ...  cuma aku tak faham apa ko taip pendek

ingat cerite tu??? jin jun julai.. last2.. dgn org yg mengaku ustaz2 sume kene tipu..


haa citer jin jun julai ... maaf aku tak pernah tengok

dah name melayu.. bende2 yg rumit nk paham ni jugak dijadikan pedoman hidup


masing² punya pilihan .. buat la yg terbaik ... tak nak faham pun tak apa .. yang penting asas keimanan


Back to Basic

* 1 Rukun Iman
o 1.1 Percaya kepada Allah
o 1.2 Percaya kepada Para Malaikat
o 1.3 Percaya kepada Kitab-Kitab Allah
o 1.4 Percaya kepada Nabi dan Rasul
o 1.5 Percaya kepada Hari Akhirat
o 1.6 Percaya kepada Qada' dan Qadar (yang nie ramai suka cakap kebetulan walhal semuanya telah tertulis sejak azali.)


Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota."

Aisyah r.a. pula berkata: "Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota."

Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah: "Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)."

Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.

ingin sekali aku ceritakan kisah Pendayung Vs Professor

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang, selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku.

Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?"

Tanya Professor tadi.

"Hampir semur hidup saya."

Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya".

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?"

Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya.
Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi,

"Kamu tahu geografi?"

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."

Kata Professor itu lagi

"Kamu tahu biologi?"

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?"

Professor itu masih lagi bertanya.

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan."

Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,

"Kamu tahu berenang?"

Professor itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu."

Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.


Moral Cerita:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara² penting dalam hidup.

Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 11:47 AM | Show all posts
Reply 87# acescripters

'kisah' tu dari cerite benar ke.. rekaan???
klu rekaan.. dah kire menipu bulan2 puase ni.. mcm kisah Niel Armstrong masuk islam balik dari Bulan... org melayu mcm ko cakap = klu menipu kerana Allah takpe
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 12:02 PM | Show all posts
'kisah' tu dari cerite benar ke.. rekaan???
klu rekaan.. dah kire menipu bulan2 puase ni.. mcm kisah Niel Armstrong masuk islam balik dari Bulan... org melayu mcm ko cakap = klu menipu kerana Allah takpe


mcm aku cakap? sila tunjukkan mana yang ko taip "mcm ko cakap = klu menipu kerana Allah takpe?"

lagi satu aku nak tanya ko nie kristian ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 12:18 PM | Show all posts
Reply 89# acescripters

org melayu mcm ko.. cakap takpe.. reti???
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 12:33 PM | Show all posts
soalan ko aku jawap ... tapi soalan aku ko masih tak jawap ... ko nie kristian ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 12:36 PM | Show all posts
soalan ko aku jawap ... tapi soalan aku ko masih tak jawap ... ko nie kristian ke?
acescripters Post at 4-8-2011 12:33


ko pegi google "unekspekted" tengok ape klua....

malas??
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 12:44 PM | Show all posts
ko pegi google "unekspekted" tengok ape klua....

malas??


perghh!!! combongnye dier ... sombong² terjun lombong la..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 12:48 PM | Show all posts
perghh!!! combongnye dier ... sombong2 terjun lombong la..
acescripters Post at 4-8-2011 12:44


dah google blum??? so???? dapat ape yg ko nak tau sangat?????????????

nk ckp aku sombong plak
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 12:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by acescripters at 4-8-2011 12:56

dah ko memang sombong .. ko tanya aku .. aku jawap elok² ... bila aku tanya ko .. apa ko wat? suruh suh aku pegi tempat lain pula siasat perihal sapa unekspekted .. jgn disebabkan marah orang lain .. orang lain pula jadi mangsa.. bagus Untold History anda
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 12:55 PM | Show all posts
dah ko memang sombong .. ko tanya aku .. aku jawap elok2 ... bila aku tanya ko .. apa ko wat? s ...
acescripters Post at 4-8-2011 12:53


lain kali jgn jadik bodo.. ingat tuuuu...

sebab aku bangkang je ckp ko.. ko suspect aku kristian?? mcm tu?? .. alahaiii pemikiran kampungan ko tu tak bleh bawak kemane lerrr..


grow up beb
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 01:02 PM | Show all posts
Reply 96# unekspekted_XII


   
lain kali jgn jadik bodo.. ingat tuuuu...

sebab aku bangkang je ckp ko.. ko suspect aku kristian?? mcm tu?? .. alahaiii pemikiran kampungan ko tu tak bleh bawak kemane lerrr..


grow up beb


sapa yg bodo siapa yg perlu grow up? kalau ko jawap awal² ko islam/muslim .. susah sangat ke? tak perlu berdalih dengan suruh pegi google la itu la ini lah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 01:09 PM | Show all posts
Reply  unekspekted_XII


   

sapa yg bodo siapa yg perlu grow up? kalau ko jawap awal2  ...
acescripters Post at 4-8-2011 13:02


ko lah bodoh. baru kene bangkang sikit dah sentap tanye agame sume...

skarang sudah tau... theology topic interest aku instead of social science.. so.. ko boleh sambung dgn cite2 tabloid yg karut tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 01:19 PM | Show all posts
ko lah bodoh. baru kene bangkang sikit dah sentap tanye agame sume...

skarang sudah tau... theology topic interest aku instead of social science.. so.. ko boleh sambung dgn cite2 tabloid yg karut tu


Alhamdulillah terima kasih ... sebab aku kena tanya (agama) kerana aku mesti tahu dengan siapa aku berkomunikasi ... tp dah nampak sangat kesombongan anda .. cite2 tabloid ko kan pakar ... aku nie mcm, ko cakap tadi, aku ni bodo.. terima kasih la..
anda pandai/bijaksana anda citer la.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 01:39 PM | Show all posts
Alhamdulillah terima kasih ... sebab aku kena tanya (agama) kerana aku mesti tahu dengan siapa a ...
acescripters Post at 4-8-2011 13:19


dgn 'sape' kene tanye name.. bukan agame.

and... klu ikut sunnah..=  bukan isi tabloid dgn konspirasi karut diguna utk rujukan mcm ko buat..


jgn rase terlebih 'islam' dari orang lain.. and jgn rase pakai serban jubah bagai lebih laju masuk syurga dari org yg pakai seluar jeans...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.052390s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list