JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
202404
View
1805
Reply

Siapa Penghuni Dunia Sebelum Adam?

  [Copy link]

Author: cmf_WonBin       Show all posts   Read mode

Post time 4-8-2011 02:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by acescripters at 4-8-2011 03:36

KUMPULAN-KUMPULAN JIN

Jin juga seperti manusia yang inginkan nama dan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya ialah :-

* Kumpulan yang menunggu kubur

* Kumpulan yang menunggu gua

* Kumpulan yang menunggu mayat

* Kumpulan yang menunggu air mata air

* Kumpulan yang menunggu tasek, kolam, telok, kuala, pulau dan sebagainya.


PEMIMPIN-PEMINPIN JIN

Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya tersendiri. Antaranya ialah :-

* Raja Jin Alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai'ah dan Maimon.

* Empat Raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. ialah seperti Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.

* Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaali, Mikiyaail, Sarifiyaali, Ainyaail dan Kasfiyaail.

* Raja Jin yang menguasai segala Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM TA LI. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.


JENIS-JENIS JIN

1. Iblis bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.

2. Asy-Syaitan - Syaitan-Syaitan

3. Al-Maraddah - Peragu-peragu ( was-was )

4. Al-Afrit - Penipu-penipu

5. Al-A'waan - Pelayan-pelayan

6. Al-Tayaaruun - Penerbang-penerbang

7. Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam

8. At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor )

9. Al-Qurana - Pengawan-pengawan

10. Al-Ummaar - Pemakmur.


ANAK2 IBLIS YANG MEMPUNYAI KERAJAAN YANG BESAR

1. Thubar - Merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala.

2. Daasim - Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan siratulrahim, rumahtangga, keluarga sahabat-handai, jemaah dan sebagainya.

3. Al-'Awar - Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya.

4. Zalanbuur - Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.



GELARAN-GELARAN JIN DALAM ISTILAH ORANG MELAYU

Jin menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut perwatakan dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai dengan hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan Jin, cuma di kalangan orang Melayu, menganggap hantu itu adalah makhluk yang berbeza daripada Jin. Antara Jin-Jin yang popular di kalangan masyarakat Melayu ialah :-

* (a.) - Hantu Raya
* (b.) - Hantu Toyol
* (c.) - Hantu Pelesit
* (d.) - Hantu Kubur
* (e.) - Hantu Jerangkung
* (f.) - Hantu Galah
* (g.) - Hantu bungkus
* (h.) - Hantu Bidai
* (i.) - Harimau Jadian
* (j.) - Hantu Pontianak
* (k.) - Hantu Langsuir
* (l.) - Hantu Air
* (m.) - Hantu Pari
* (n.) - Hantu Laut
* (o.) - Jin Tanah
* (p.) - Hantu Pochong
* (q.) - Hantu Pari-Pari
* (r.) - Jembalang Tanah
* (s.) - Hantu Polong
* (t.) - Harimau Penanggal
* (u.) - Hantu Bukit
* (v.) - Hantu Punjut
* (w.) - Hantu Bawah Tangga
* (x.) - Hantu Kum-Kum
* (y.) - Hantu Mati Dibunuh
* (z.) - Hantu Kopek ( Tetek )
* (zz) - Hantu Tengelong


MUKHANNATS ADALAH ANAK JIN ATAU SYAITAN

Ketahuilah, apabila seorang lelaki mencampuri isterinya ketika sedang haid, maka syaitan mendahuluinya. Ketika si isteri hamil dan melahirkan, maka yang lahir itu adalah al-mukhannats, iaitu anak-anak jin. Nuthfahnya akan rosak, bahkan boleh membuat si lelaki dan perempuan itu menderita penyakit. Sesungguhnya Allah s.w.t. melarang kita untuk mencampuri isteri-isteri kita yang sedang haid. Barangsiapa melakukan itu, dialah yang bertanggungjawab terhadap akibatnya, dan lebih dari itu dia pulalah yang akan menerima akibatnya jika dari hubungan tersebut lahir mukhannats. Rasanya, itu adalah balasan yang setimpal belaka.

9 ANAK-ANAK SYAITAN YANG LAINNYA

1. ZALITUUN : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. WATHIIN : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'AWAN : Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. HAFFAF : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang berada di tempat-tempat maksiat ( i.e. disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras )

5. MURRAH : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. MASUUD : Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan segala apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. DAASIM ( Berilah Salam sebelum masuk ke rumah ) : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga. (suami-isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan perbagai bentuk kemusnahan rumahtangga).

8. WALAHAAN : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. LAKHUUS : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.

Sumber: http://jalansufi.com/index.php/Syariat/beriman-kepada-yang-ghaib

AMARAN BUAT PEMBACA YANG DIHORMATI DAN DI RAHMATI SELALU

Segala bahan bacaan dan rujukan didalam website ini adalah semata bacaan, dan apabila timbul kesangsian dan ketidakfahaman dalam membaca isinya, sila rujuk dikalangan ahlinya atau pun Guru Mursyid yang diiktiraf. Janganlah memahami sesuatu perkara dalam ilmu kesufian dengan memahami dengan akal fikiran sendiri, jika begitu anda tidak akan sampai kepada pemahamannya. Apabila tidak faham, mulalah ia menjadi fitnah yang berat.


Muslihat terbesar, yang syaitan sentiasa bertungkus-lumus,
adalah menyakinkan dunia bahawa dia tidak wujud


Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 02:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by acescripters at 4-8-2011 03:08

DAJJAL.

Inilah "Manusia Iblis" pertama ciptaan Izazil laknatullah. Dajjal adalah manusia yang berhati Iblis. Bapanya dan ibunya adalah berketurunan Turki dan Mesir.

Mereka berasal dari sebuah kampung kecil bernama Rablah. Kedua-dua ibubapanya itu adalah merupakan adik beradik seibu sebapa. Mereka bersekududukan tanpa nikah dan apabila orang kampung mengatahuinya, mereka berpakat menghalau mereka dari kampung tersebut. Mereka berpindah ke kampung pendalaman bernama Samiri dinegeri Mesir. Pekerjaan bapanya mengambil upah menjaga ternakan dan membersihkan kandang ternakan juga membelah kayu api.

Setelah beberapa ketika tinggal didalam rumah tumpangan milik seorang peladang, maka teringinlah mereka untuk mendapatkan anak. Setelah berusaha sedaya upaya isterinya itu tidak juga mengandung maka Isterinya telah bermunajat memohon supaya diberi petunjuk. Maka satu ketika bermimpilah sang isteri akan bertemu dengan seorang abadi kaum mereka (Izazil telah menyerupai dan menjelma sebagai orang abadi itu). Ia disuruh memohon pertolongan disebuah kuil jauh dihujung kampung itu. Sang Isteri telah menceritakan akan mimpinya itu dan keesokannya juga mereka berdua mencari akan kuil itu. Akhirnya mereka telah bertemu dengan kuil tinggal yang kecil dihujung kanpung itu sama seperti mimpi isterinya yang didalamnya terdapat sebuag patong anak lembu. Mereka berdua pun membersehkan kuil itu dan memulakan upucara memuja dan memohon pertolongan dewa patong anak lembu itu. Setelah beberapa kali memohon tetapi tetap begitu juga. Maka mereka pun berhenti dari memohon. Tidak berapa lama isterinya bermimpi lagi supaya melakukan persetubuhan sewaktu dia datang bulah (didalam haid) didalam kuil dan dihadapan patong anak lembu itu.

Maka ia pun menceritakan pekara mimpinya itu kepada suaminya dan apabila sampai waktunya mereka pun melakukan seperti ydng disuruh didalam mimpi isterinya itu (Izazil yang perintah). Tidak berapa lama maka mengandunglah siisteri, tetapi kandungannya itu sangat besar dan lama iaitu 13 bulan. Semasa isterinya sarat mengandung bapanya meninggal dunia. Tinggallah sang isteri seorang diri. Dalam masa yang sama berita akan mereka ini sampai pula ketelinga tuan punya ladang itu. Ia terpaksa menghalau keluar ibu yang sarat mengandung itu kerana takutkan oeang kampung yang sedang mencari mereka. Mereka dicari untuk dibunuh kerana mengikut kata sami puak mereka yang keluarga ini akan mendatangkan musibah besar didunia ini. Itulah sebabnya orang-orang kampung sentiasa mencari keluarga ini. Ibunya pun pergi kekuil kecil untuk melahirlan anaknya disitu. Setelah melahirkan anaknya ia pun meninggal dunia dengan keadaan tumpah darah yang banyak dan kandungannya yang sangat besar pula, itulah sebabnya wanita itu meninggal dunia sejurus melahirkan. Bayi ini sangat pelik, ia cacat sebahagian angotanya, bersisek kulitnya seperti ular, berkepala besar, matanya kena jangkitan dan buta sebelah kiri. Ia hanya tidur sahaja selama 55 tahun dan dimasa itu ia telah dipelihara oleh Malikat Jibril dengan diberi susu lembu sahaja atas perintah Allah swt. Sewaktu dialam tidurnya, Malikat Jibril as telah pula mengajarkan ilmu-ilmu hikmah kepadanya tampa mengatahui bahawa budak itu dipelihara oleh Izazil. Ini adalah permintaan Izazil kehadrat Allah yang juga dimakbulkanNya.

Setelah seberapa tahun maka tempat persembunyaian Dajjal telah diketahui oleh orang kampung. Mereka berpakat untuk membakar saja kuil itu. Dajjal telah diselamatkan oleh Malikat Jibril as dan diletakkan dibenua Antartik didalam sebuah gua dan ditambat dengan rantai kaki dan tangannya kerana takut ia melarikan diri pula jika sedar dari tidurnya. Dikala ini Izazil pula telah menjelma menjadi ular besar dan memberinya makanan dan air minuman yang dimasukkan terus kedalam mulutnya. Apabila umurnya telah sampai 55 tahun dia pun sedar seperti manusia biasa. Pekara ini telah diceritakan oleh Jibril as kepada Nabi Musa as. Nabi Musa as telah menerimanya bekerja menjaga kuda dan membersehkan kandang kuda Nabi. Tetapi Dajjal bukan bekerja sahaja, dia selalu mengintip perbualan Nabi Musa dengan Nabi harun juga perbualan Nabi bersama Jibril as. Ia selalu mengikut dari belakang akan Kuda Nabi dan apabila disatu ketika Jibril as mendatangkan nabi Musa sedang berkuda, kesempatan itulah yang diambilnya untuk mengutip pasir tempat tijak kaki kuda Malikat Jibril as dan disimpannya. Ia juga selalu memerhatikan tingkah laku pengikut-pengikut dan bantahan-bantahan yang mereka limparkan kepada Nabi Musa as.

Apabila Nabi Musa as pergi bermunajat selama 40 hari dibukit Tursinar, peluang ini diambil oleh Dajjal as Samiri menunjukkan belangnya. Dia telah berucap dihalayak kaum nabi Musa as iaitu bani Israil supaya mengumpulkan semua emas yang mereka ada untuk menunjukkan kepada "Tuhan" Nabi Musa as. Setelah mereka kumpulkan emas itu maka diberikan kepada Dajjal. Emas itu telah ditempa menjadi patung anak lembu yang dimasukkan pasir bekas tempat tijak kaki kuda Jibril as yang disimpannya dulu. Patong itu diletakkan dihadapan puak dan kemudian dengan mentera yang diajar oleh Izazil. Tiba-tiba patung anak lembu itu berkata-kata mengaku dialah "tuhan" nabi Musa as. Kaum bani Israil yang selama itu mencari-cari tuhan Nabi Musa telah berpaling dan menyembah patong anak lembu emas itu. Sekembalinya Nabi Musa dari Munajatnya, beliau dikatakan sungguh marah akan perbuatan as Samiri, beliau juga memarahi Nabi Harun yang tidak dapat mengawal keadaan itu. Maka Nabi Musa as memohon berkata-kata dengan Allah. Diadukan semua peristiwa itu kepada Allah swt. Perbuatan Nabi Musa meninggalkan kaumnya kepada jagaan Nabi harun telah ditemplak. Seharusnya Nabi Musa meninggalkan kaumnya dibawah jagaan Allah swt kerana Dia adalah tempat sebaik-baik yang Memelihara dan Menjaga. Kenapa Nabi Musa beri kuasa penjagaan itu ditangan manusia yang lemah yang tidak berdaya menjaganya ?

Nabi Musa as telah memohon ampun kehadrat Allah swt serta memohon agar Dajjal as Samiri ini dipisahkan dari kaumnya dan seluruh manusia selama-lamanya hingga hari kiamat. Kemudian permintaan Nabi Musa as telah diperkenankan oleh Allah swt. Maka Nabi Musa as dan Malikat Jibrai as telah menangkap Dajjal as Simiri dan di sumbat didalam penjara Nabi Musa as iaitu di Lautan Qauzum bersama-sama Hamman dan Firaun. Sesetengah riwayat ahli tafsir menyatakan bahawa lautan Qauzum itu terletak ditengah-tengah laut Merah di Mesir iaitu dibahagian yang paling dalam. Tetapi ia dirasakan kurang tepat. Riwayat yang lain pula mengatakan ia terletak di Lautan Atlantik. Rasanya ini lebih tepat kerana disitu juga telah Izazil ciptakan sebuah pintu Alam Jin seperti di Bermuda Traingel yang boleh menyedut apa saja yang lalu dan cuba untuk melintas dipermukaannya. Pintu Alam Jin ini merupakan sebuah Kerajaan Jin tempat untuk memenjara roh-roh manusia yang berjaya mereka tanggkap dan mereka-mereka yang kafir, sesat dan Islam yang mengikut telunjuk mereka sewaktu hidupnya serta yang menjadi sahabat dan khadam mereka. Manusia-manusia ini apabila mereka mati semua roh-roh mereka akan disumbat disini dan tidak boleh keluar, menjadi hamba abdi mereka membuat senjata-senjata canggeh untuk perang akhir zaman nanti. Telah juga diriwayatkan bahawa Allah swt telah memberi pelepasan kepada Dajjal sehari dalam setahun kepermukaan bumi. Maka peluang itu dimanafaatkan secukupnya dengan membuat huruhara kerosakan besar dimuka bumi seperti berlakunya gempa bumi, letupan gunung berapi, tsunami, ribut taufan, ribut salji, puting beliong hingga menyebabkan kematian manusia beratus ribu, berpuluh ribu jiwa yang melayang dan ditanggkap oleh balatenteranya, diheret dan disumbatkan didalam penjara mereka itu. Kerosakan yang berlaku dikepulauan Hyaiti beberapa bulan lalu adalah salah satu dari tindakan Dajjal untuk mengambil roh-roh kafir untuk menjadi hambanya di penjara alam Jin itu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 03:21 AM | Show all posts
Post Last Edit by acescripters at 4-8-2011 03:34

"Berkata iblis: Ya Tuhanku, oleh karena Engkau telah menetapkanku sesat, sungguh akan aku usahakan agar anak manusia memandang indah segala yang ada di bumi dan aku akan sesatkan mereka semua....Kecuali hamba-hambaMu dari antara mereka yang ikhlas.........(Al-Hijr: 39-40).


Setiap produk ciptaan manusia mesti ada "trademark" yg menunjukkan siapa yg mencipta atau mengeluarkan sesuatu produk itu."trademark" ini akan dilekatkan sama ada di tampal,jahit atau cetak pada produk.Begitu juga dengan ciptaan yg Maha Esa dari sekecil-kecil benda seperti zarah ke sebesar-besar benda seperti galaksi dan juga pada diri kita sendiri!!! tak percaya? cuba tengok tangan korang masing-masing sama tak dengan gambar kat bawah...



Semua manusia kat bumi ni tidak kira la kaum ape sekali pun mesti ade garisan kat tapak tangan dan sedarkah anda bahawa semuanya serupa!!!! garisan itu sebenarnya angka dalam bahasa arab iatu 81 dan 18 yg jika ditambah menjadi 99. Sesungguhnya tuhan itu hanya satu sahaja iaitu Allah dan mempunyai 99 nama lain atau gelaran bagiNya





  
  
Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? surah Fussilat ayat 53



Sebelum dibacakan ayat suci Al-Quran, bayi nampak aktif dalam pergerakannya (normal memang macam ni).

Kemudian dibacakan pula ayat suci Al-Quran..

Subhanallah! Hasilnya ketika dibacakan surat Al-Fatihah dan Al-Baqarah janin
bayi tampak terdiam dlm keadaan sujud seakan-akan mengenali suara-suara yang sedang dibacakan.  







eh dah terlajak dah ni!
andai ada tersilap dan khilaf harap di ampuni
sesungguhnya saya juga seperti anda tidak terlepas dari membuat kesilapan.
salam Ramadhan buat semua..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 09:30 AM | Show all posts
Reply 83# acescripters

jin jun julai ogos tak habis2... last2... akibat kebodohan manusia, jin  jugak jadik mangse alasan
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 10:37 AM | Show all posts
Reply  acescripters

jin jun julai ogos tak habis2... last2... akibat kebodohan manusia, jin  jug ...
unekspekted_XII Post at 4-8-2011 09:30 AM


eh! yang ni leh tertinggal ... dalam hati ada 2 suara tak caya cuba zikir sambil baca leh wat tak 2 suara tu dlm hati.  Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 10:48 AM | Show all posts
Reply 85# acescripters

ko tulis panjang2 ni ko paham ke tak???



ingat cerite tu??? jin jun julai.. last2.. dgn org yg mengaku ustaz2 sume kene tipu.. hahahahahahaaaa


dah name melayu.. bende2 yg rumit nk paham ni jugak dijadikan pedoman hidup
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 11:38 AM | Show all posts
Reply 86# unekspekted_XII


   ya semua yg pepanjang nie aku faham ...  cuma aku tak faham apa ko taip pendek

ingat cerite tu??? jin jun julai.. last2.. dgn org yg mengaku ustaz2 sume kene tipu..


haa citer jin jun julai ... maaf aku tak pernah tengok

dah name melayu.. bende2 yg rumit nk paham ni jugak dijadikan pedoman hidup


masing² punya pilihan .. buat la yg terbaik ... tak nak faham pun tak apa .. yang penting asas keimanan


Back to Basic

* 1 Rukun Iman
o 1.1 Percaya kepada Allah
o 1.2 Percaya kepada Para Malaikat
o 1.3 Percaya kepada Kitab-Kitab Allah
o 1.4 Percaya kepada Nabi dan Rasul
o 1.5 Percaya kepada Hari Akhirat
o 1.6 Percaya kepada Qada' dan Qadar (yang nie ramai suka cakap kebetulan walhal semuanya telah tertulis sejak azali.)


Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota."

Aisyah r.a. pula berkata: "Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota."

Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah: "Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)."

Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.

ingin sekali aku ceritakan kisah Pendayung Vs Professor

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang, selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku.

Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?"

Tanya Professor tadi.

"Hampir semur hidup saya."

Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya".

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?"

Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya.
Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi,

"Kamu tahu geografi?"

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."

Kata Professor itu lagi

"Kamu tahu biologi?"

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?"

Professor itu masih lagi bertanya.

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan."

Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,

"Kamu tahu berenang?"

Professor itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu."

Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.


Moral Cerita:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara² penting dalam hidup.

Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 11:47 AM | Show all posts
Reply 87# acescripters

'kisah' tu dari cerite benar ke.. rekaan???
klu rekaan.. dah kire menipu bulan2 puase ni.. mcm kisah Niel Armstrong masuk islam balik dari Bulan... org melayu mcm ko cakap = klu menipu kerana Allah takpe
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 12:02 PM | Show all posts
'kisah' tu dari cerite benar ke.. rekaan???
klu rekaan.. dah kire menipu bulan2 puase ni.. mcm kisah Niel Armstrong masuk islam balik dari Bulan... org melayu mcm ko cakap = klu menipu kerana Allah takpe


mcm aku cakap? sila tunjukkan mana yang ko taip "mcm ko cakap = klu menipu kerana Allah takpe?"

lagi satu aku nak tanya ko nie kristian ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 12:18 PM | Show all posts
Reply 89# acescripters

org melayu mcm ko.. cakap takpe.. reti???
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 12:33 PM | Show all posts
soalan ko aku jawap ... tapi soalan aku ko masih tak jawap ... ko nie kristian ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 12:36 PM | Show all posts
soalan ko aku jawap ... tapi soalan aku ko masih tak jawap ... ko nie kristian ke?
acescripters Post at 4-8-2011 12:33


ko pegi google "unekspekted" tengok ape klua....

malas??
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 12:44 PM | Show all posts
ko pegi google "unekspekted" tengok ape klua....

malas??


perghh!!! combongnye dier ... sombong² terjun lombong la..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 12:48 PM | Show all posts
perghh!!! combongnye dier ... sombong2 terjun lombong la..
acescripters Post at 4-8-2011 12:44


dah google blum??? so???? dapat ape yg ko nak tau sangat?????????????

nk ckp aku sombong plak
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 12:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by acescripters at 4-8-2011 12:56

dah ko memang sombong .. ko tanya aku .. aku jawap elok² ... bila aku tanya ko .. apa ko wat? suruh suh aku pegi tempat lain pula siasat perihal sapa unekspekted .. jgn disebabkan marah orang lain .. orang lain pula jadi mangsa.. bagus Untold History anda
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 12:55 PM | Show all posts
dah ko memang sombong .. ko tanya aku .. aku jawap elok2 ... bila aku tanya ko .. apa ko wat? s ...
acescripters Post at 4-8-2011 12:53


lain kali jgn jadik bodo.. ingat tuuuu...

sebab aku bangkang je ckp ko.. ko suspect aku kristian?? mcm tu?? .. alahaiii pemikiran kampungan ko tu tak bleh bawak kemane lerrr..


grow up beb
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 01:02 PM | Show all posts
Reply 96# unekspekted_XII


   
lain kali jgn jadik bodo.. ingat tuuuu...

sebab aku bangkang je ckp ko.. ko suspect aku kristian?? mcm tu?? .. alahaiii pemikiran kampungan ko tu tak bleh bawak kemane lerrr..


grow up beb


sapa yg bodo siapa yg perlu grow up? kalau ko jawap awal² ko islam/muslim .. susah sangat ke? tak perlu berdalih dengan suruh pegi google la itu la ini lah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 01:09 PM | Show all posts
Reply  unekspekted_XII


   

sapa yg bodo siapa yg perlu grow up? kalau ko jawap awal2  ...
acescripters Post at 4-8-2011 13:02


ko lah bodoh. baru kene bangkang sikit dah sentap tanye agame sume...

skarang sudah tau... theology topic interest aku instead of social science.. so.. ko boleh sambung dgn cite2 tabloid yg karut tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 01:19 PM | Show all posts
ko lah bodoh. baru kene bangkang sikit dah sentap tanye agame sume...

skarang sudah tau... theology topic interest aku instead of social science.. so.. ko boleh sambung dgn cite2 tabloid yg karut tu


Alhamdulillah terima kasih ... sebab aku kena tanya (agama) kerana aku mesti tahu dengan siapa aku berkomunikasi ... tp dah nampak sangat kesombongan anda .. cite2 tabloid ko kan pakar ... aku nie mcm, ko cakap tadi, aku ni bodo.. terima kasih la..
anda pandai/bijaksana anda citer la.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 01:39 PM | Show all posts
Alhamdulillah terima kasih ... sebab aku kena tanya (agama) kerana aku mesti tahu dengan siapa a ...
acescripters Post at 4-8-2011 13:19


dgn 'sape' kene tanye name.. bukan agame.

and... klu ikut sunnah..=  bukan isi tabloid dgn konspirasi karut diguna utk rujukan mcm ko buat..


jgn rase terlebih 'islam' dari orang lain.. and jgn rase pakai serban jubah bagai lebih laju masuk syurga dari org yg pakai seluar jeans...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.063458s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list