CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_WonBin

Siapa Penghuni Dunia Sebelum Adam?

    [Copy link]
Post time 25-4-2012 11:10 PM | Show all posts
sebab tu aku cakap ko seseat



"barangkali" ko cume berlandaskan otak ko  ...
unekspekted_XII Post at 23-4-2012 16:35



ko pun sama gak dulu penah cakap yang ko percaya time machine..konon2nya manusia boleh kembali ke zaman dulu...ko percaya tamadun zaman dulu tu dibina oleh manusia zaman akan datang yang menaiki time machine..


so ko tak boleh kondem orang lain yang mengatakan tamadun manusia zaman dulu berkemungkinan tamadun jin or tamadun makhluk lain sebelum adam


give and take..
ni tempat untuk diskas, bukan tempat untuk tunjuk kuat and perlekehkan orang..
ko pun bukannya betul sangat hujah2nya..banyak gak konar sana sini


Percaya "time machine"? kah3... Kalah Steven Spielberg, Steven Corner(Pandan,Ampang) pun kalah jugak...

Ini lagi kelakar daripada Isle Had.... Ada hari ada had....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2012 12:18 AM | Show all posts
KEBENARAN YANG SEBENAR MENGENAI MAKHLUK ASING


Bila bercakap tentang UFO, perkataan ‘alien’ atau makhluk asing pasti dikaitkan sama.

Soalannya sekarang, siapakah sebenarnya ‘alien’ itu?.


Adakah ‘alien’ ini benar-benar datang dari planet lain, galaksi yang lain? Mengapa mereka digambarkan lebih bijak dari manusia dan memiliki teknologi yang amat hebat?

Benda-benda aneh yang terbang di langit kerapkali menjadi perhatian manusia. Pada zaman moden cerita tentang UFO ini bermula dengan kisah seorang usahawan Amerika, Kenneth Arnold. Pada 24 Jun 1947 ketika memandu pesawat peribadinya berdekatan Gunung Rainier, Washington, dia telah ternampak sembilan objek terbang bersinar melintasi Gunung Rainier menuju Gunung Adams dengan “kecepatan yang luar biasa”. Dia bercerita kepada seorang wartawan akhbar bahawa benda itu bergerak dengan kecepatan 1600 km/jam.

Arnold kemudiannya mengatakan bahawa mereka “terbang seperti piring jika dilemparkan melintasi air” dan dia juga mengatakan bahawa mereka “pipih seperti pai“, “berbentuk seperti piring”, dan “berbentuk seperti bulan sabit, lonjong di depan dan cembung di belakang, … mereka kelihatan seperti cakera pipih yang besar”(namun kemudian digambarkan berbentuk seperti sabit). Laporan Arnold tersebut membuat masyarakat dan media masa tertarik perhatian sehingga munculah istilah ‘Piring Terbang’ (flying saucer). Pada Julai tahun yang sama, terjadilah Peristiwa Roswell yang terkenal itu menjadikan UFO lebih fenomena.

Sebenarnya situasi sebegini sudah muncul jauh sebelum tahun 1947 seperti kejadian di Nuremberg pada 14 April 1561. Ketika itu penduduk melihat langit dipenuhi cakera-cakera bercahaya. Beberapa anekdot lain juga melaporkan hal yang sama. Tetapi di sini bukanlah hendak menghuraikan berkenaan UFO. Ini tidak penting. Di sini kita ingin tahu siapakah di sebalik UFO iaitu apa yang dinamakan sebagai ‘alien’ tadi.

‘Alien’ dan ‘UFO’ popular amnya selepas peristiwa Kenneth Arnold dan Roswell. Kedua-duanya berlaku pada tahun 1947. Peliknya, selepas peristiwa itu beratus-ratus laporan tentang penyaksian UFO telah diterima di seluruh Amerika. Kemudian pihak media,penulis buku, filem dan pelbagai lagi medium mula menggembar-gemburkan kehadiran makhluk asing. Kemudian kes UFO dan makhluk asing menjadi tema yang popular dalam Teori Konspirasi. Antara yang popular ialah siri televisyen X-Files. Di dalam siri ini, Kerajaan Amerika digambarkan mempunyai hubungan sulit dengan makhluk luar bumi dan kerap menutup penglibatan mereka dengan fenomena UFO.

Benarkah terdapat makhluk luar bumi?



Kami akan beritahu anda sebentar lagi siapakah sebenarnya makhluk pintar dan cerdas ini, sebagaiman yang ingin ‘shadow government’ mahukan kita semua mempercayainya.

Terdapat ciri-ciri khas bagi semua ‘alien’ yang didapati dari saksi-saksi yang pernah menjadi mangsa penculikan ataupun sekadar terlihat sahaja. Mereka telah melukiskan lambang-lambang yang dipakai oleh ‘alien’ ini. Mereka juga telah melukiskan gambaran fizikal makhluk asing tersebut. Mari kita analisis penemuan mereka.

Lambang di sebelah kiri adalah lambang burung berkepala dua, sedang menggenggam sebiji bola. Di sebelah kanannya ialah seekor ular. Di sebelah bawah kanan ialah satu segitiga dan ular, disebelahnya pula ialah seekor burung (helang?). Disebelah bawahnya ialah satu segitiga di dalam bentuk bujur.

Ini pula adalah lambang satu ‘puak’ makhluk asing iaitu Reptilian. Lihat segitiga dan ular.
Buat pengetahuan anda, mengikut kajian para pengkaji UFO dan makhluk asing, terdapat beberapa puak makhluk asing yang biasanya dikategorikan berdasarkan rupa, bahasa dan lambang pada pakaian. Ada di antaranya telah mengalami proses hibrid. Antara nama-nama kelompok makhluk asing yang biasa adalah seperti Sirian, Reptilian, Pleiadian, Orion dan sudah pasti Grey.

Dua kelompok yang popular ialah Grey dan Reptilian.Grey (atau Zeta Reticuli) senang dikenali dengan trademark wajahnya yang berbentuk bujur, berkepala besar dan matanya yang unik.

Wajah Grey seringkali muncul dalam filem, buku, majalah dan menjadi logo komersil (AlienWorkShop misalnya). Reptilian pula lebih kepada campuran haiwan-haiwan bersifat reptilia seperti biawak, ular dan cicak. Kadangkala mereka digelar ‘Serpent Tribe’ atau ‘The Lizard Race’.

Grey Reptilian
Antara fenomena yang dikaitkan dengan ‘alien’ ialah kejadian kehilangan organ-organ haiwan. Anehnya kejadian ini juga banyak terjadi di Amerika. Haiwan-haiwan ini ditemui mati dengan kehilangan organ dalaman dan ada yang tanpa kepala. Namun yang anehnya, tiada kesan-kesan darah ditemui.

Lihat gambar makhluk asing atau ‘alien’ di bawah ini. Wajahnya sungguh hodoh. Fizikalnya buruk dan seperti haiwan dari spesis dinosour. Perhatikan betul-betul dan cuba kaitkan semua misteri ini. Tentang kerajaan Amerika, kejadian UFO, rupa ‘alien’ yang hodoh, cicak, ular, segitiga dan teknologi canggih.

Berdasarkan beribu-ribu laporan UFO, fail-fail saksi penculikan, pengkaji dan survivor projek/program rahsia Amerika. Juga catatan Jan Van Helsing, Philip J. Corso dan lain-lain. Juga tidak dilupakan pandangan bijak dari ilmuan Islam seperti Muhammad Isa Dawud, teori unik dari Val Valerian dengan Krill Files, MJ12 dan Matrix…

Tidak diragukan lagi bahawa semua ‘alien’ yang digembar-gemburkan oleh media terutamanya dari Amerika itu adalah satu propaganda.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 12:19 AM | Show all posts
PROPAGANDA

Propaganda yang menjenamakan semula makhluk-makhluk jin dan syaitan kepada makhluk pintar dan cerdas dari luar angkasa.


Jika di alam Melayu kita dimomokkan dengan rupa jin yang hodoh dan menggerutu dalam kisah-kisah rasukan dan gangguan jin. Di Amerika tiada bezanya, modus operandinya sama. Cuma yang membezakan dan mengelirukan ialah istilah-istilah saintifik yang digunakan.


Hallucination, abduction, space travel, implant, mutilation dan pelbagai lagi adalah angkara makhluk yang sama. Makhluk yang juga banyak menculik dan menghilangkan kanak-kanak di dalam pengalaman orang-orang Melayu. Bezanya di Amerika, terdapat campur tangan manusia.



Apa kaitan kerajaan Amerika dengan semua ini?. Kerajaan Amerika, yang semua kita ketahui dikuasai oleh tangan-tangan tersembunyi, atau kita panggil The Hidden Hand, Illuminati, Freemason, konspirasi Zionis atau apa sahaja adalah mengadakan kerjasama sulit dengan propaganda ini. Pertukarannya adalah teknologi. Gambar diatas merujuk kepada kawasan bernama Area 51.

Jin adalah makhluk mukallaf. Maksudnya mereka juga dipertanggungjawabkan kehidupan di dunia. Mereka juga mendapat balasan syurga dan neraka. Sebab itu ada Jin Islam dan Jin Kafir. Jika sudah kategori mukallaf seperti manusia, maka pada masa yang sama, mereka juga memiliki fikiran untuk berkembang maju seperti manusia. Jadi siapakah perantara antara makhluk Jin dan manusia dalam konspirasi besar ini?.

Dajjal dan para penyembah Iblis. Dajjal adalah manusia pintar yang termasuk antara makhluk yang ditangguhkan ajalnya, sebab itu tiada seorang Nabi pun diutuskan melainkan dia akan mengingatkan kaumnya akan bahaya fitnah Dajjal. Dajjal juga mempunyai teknologinya sendiri hasil pembelajarannya yang lama, disamping itu dia tahu kewujudan para jin ini yang hidup lebih dahulu dan lama dari manusia.

Untuk balasannya Kerajaan Amerika atau ‘shadow government’ perlu melakukan tugas khas. Apakah tugas itu? Tugas itu adalah kerja-kerja mempromosikan ‘alien’ sebagai makhluk luar angkasa yang pintar dan cerdas. Untuk apa?

Pertamanya adalah untuk menimbulkan panik dan ketakutan awam.



Keduanya untuk propaganda susulan. Iaitu ‘upgrade’ imej ‘alien’ kepada para dewa atau Tuhan yang kononnya pernah singgah dan menguasai Bumi. Kini para dewa ini akan kembali dan kita mesti meraikannya (ingat kemunculan Dajjal?). Istilah popular yang sering digunakan ialah Annunaki (Annunaki adalah salah satu dewa Sumeria).

Ketiganya untuk membiasakan manusia dan menjadikan para jin dan syaitan ini idola atau penyelamat bagi manusia. Para jin yang asalnya hodoh ini rupa-rupanya adalah makhluk pintar yang memiliki teknologi canggih seperti UFO kononnya.

Dari premis di atas, para Elit telah mengeksploitasikannya sebagai salah satu cara mengelirukan fikiran awam. Contohnya kewujudan pergerakan Raelian yang menyembah ‘alien’ ini. Mereka juga memiliki kitab suci sendiri iaitu Urantia Book yang ditulis oleh nabi makhluk asing itu. Para cendekiawan juga diupah untuk menulis tentang Annunaki atau ‘ancient astronauts’ yang kononnya merupakan para dewa-dewi sembahan manusia pada masa dahulu yang ‘hilang’ kini kembali untuk menguasai bumi.

Kita akan tahu siapakah dalang disebalik semua ini apabila mengkaji dengan lebih jauh. Lambang burung berkepala dua itu adalah lambang khas pertubuhan inspirasi Dajjal. Freemason (Scottish) adalah organisasi yang biasa menggunakan lambang ini. Begitu juga lambang helang. Lambang helang pada mohor Amerika adalah helang yang sama pada logo Nazi. Salah satu bacaan yang agak baik ialah The Nazi Hydra In America.

Ular adalah lambang kultus-kultus penyembah Iblis. Segitiga adalah lambang khas kultus sihir dan juga materialis. Semua puak ‘alien’ menggunakan kombinasi lambang-lambang ini. Anehkan? Mereka dari ‘tuan’ yang sama.



Cuba lihat salah satu tulisan ‘alien’ yang sempat direkodkan (gambar atas). Sesiapa yang sudah biasa dengan kod rahsia atau bidang kriptografi pasti sudah dapat mengecam jenis tulisan ini. Ini adalah kod yang biasa digunakan oleh para Mason sehingga dilabel sebagai Mason Code. Sudah terang lagi bersuluh.

Seperkara lagi, teori yang mengatakan mereka adalah tentera-tentera Dajjal dari golongan manusia yang diculik terutama di Segitiga Bermuda juga boleh difikirkan (Muhammad Isa Daud). Pakaian dan sarung kulit boleh dicipta dengan mudah seperti yang ditonton dalam filem-filem Holywood.

Sebagai tambahan, ular adalah salah satu jelmaan yang paling kerap dan paling mudah bagi jin. Maksudnya jin mudah untuk muncul dalam dimensi manusia dalam bentuk ular. Cicak pula adalah lambang pengkhianat. Teliti kisah Nabi bersembunyi di dalam gua dari kejaran kaum musyrik. Dan apakah rahsia sabda Nabi yang mensunatkan kita membunuh cicak?


KONSPIRASI DUNIA
Based on MistisFiles article “Alien”
Writer : MistisFiles Photo/Editor : MacJay.Net
Sumber: aku-macjay.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 12:39 AM | Show all posts



Segitiga Bermuda yang juga biasa disebut segitiga setan terletak di wilayah lautan samudera atlantik seluas 1,5 juta mil2 atau 4juta km2 yang membentuk garis segita antara wilayah wilayah teritorial Britania raya sebagai titik di sebelah utara, Puerto rico teritorial Amerika Serikat titik di sebelah selatan dan Miami negara bagian Florida Amerika Serikat sebagai titik disebelah barat.

Pasti pernah kita pernah mendengar peristiwa peristiwa aneh di sana yang sering terjadi kapal kapal hilang baik laut maupun udara secara misterius. Ada yang bilang segitiga bermuda itu adalah tempat mangkalnya Alien dan Ufo. Ada yang bilang itu adalah pusat magnet terbesar didunia. Ada juga yang bilang itu pusat bumi dan terdapat black hole yang mampu menyedut apapun yang melintasinya. Maka apa pendapat Islam tentang Segitiga Bermuda ?.

Ada hadist yang diriwayatkan Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda “Apabila salah seorang berada ditempat yang terbuka atau ditengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerak sehingga sebagian dari dirinya terletak ditempat panas dan sebahagian lagi di tempat yang sejuk, maka hendaklah dia berdiri atau meninggalkan tempat itu”.

Dikatakan larangan ini karena tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh Syaitan. Jadi apa kaitannya dengan bermuda?. Alasannya karena bermuda terletak di perairan atlantik di pertengahan antara benua Amerika bagian utara dan Afrika. Secara mudah lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus panas dari Afrika dan sejuk dari Amerika Utara.

Dengan hadist ini maka terjawablah misteri segitiga bermuda. Perkara perkara aneh yg terjadi itu tentu antara lain disebabkan pertembungan antara panas dan sejuk dan istana Syaitan yang mungkin tersembunyi disitu.

Ada sebuah buku yang berjudul “Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di segitiga bermuda” Karya Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir, bahwa kawasan bermuda adalah kawasan Jin dimana dari situlah akan muncul Dajjal.

Jika benar dakwaan buku itu, tidak aneh lagi apa yang di Sabdakan Oleh Nabi SAW itu nyata adanya dan bahkan mendahului zaman sekaligus Nabi SAW membuktikan bahwa islam memiliki semua jawaban untuk semua pertanyaan.

Menurut Syaikh Imam M. Ma’rifatullah Al-arsy, Segitiga bermuda merupakan tempat titik terujung di dunia ini. Ditengah kawasan itu terdapat sebuah telaga yang airnya dapat membuat siapa saja yang meminumnya menjadi panjang umur, ditempat itu pula Nabiyullah Khidzir A.S bertahta sebagai penjaga sumber air kehidupan tersebut. Penyelamat akhir Zaman Imam Mahdi akan keluar dari Ghaibnya melalui tempat tersebut dengan menggunakan jubah suci berwarna kebiruan.

Lalu apa penyebab hilangnya berbagai macam kapal ditempat itu?. Menurut Syaikh Imam M. Ma’rifatullah Al-arsy lagi, para Iblis dan Syaitan tersebut yang tak bisa mendekati pusat kawasan agung itu, maka mereka pun berjaga disekelilingnya dan bertujuan untuk menghalangi setiap manusia yang mencoba untuk memasuki kawasan agung itu (segitiga bermuda). Karena sesungguhnya barang siapa yg bisa sampai ketempat titik tengah kawasan segitiga bermuda, maka dia akan mengetahui kebenaran alam yg sesungguhnya. Banyak orang orang zaman dahulu termasuk orang Melayu yang telah mencoba ke pusat Segitiga Bermuda dan kebanyakan daripada mereka enggan untuk kembali pulang kedunianya.

Menurut sebuah artikel (manuscript) kuno, Raja Iskandar Agung pernah mencuba masuk ke kawasan agung itu. Dan sekembalinya mereka mengatakan bahawa tempat itu berpasirkan permata dan berbatukan berlian. Tempat yang dipenuhi dengan kabut putih tebal itu sangat indah untuk dipandang tapi sangat berbahaya untuk di datangi.

Hanya Allah Lebih Maha Mengetahui..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 12:45 AM | Show all posts
KEBENARAN YANG SEBENAR MENGENAI MAKHLUK ASING


Bila bercakap tentang UFO, perkataan ‘alien’ at ...
acescripters Post at 26-4-2012 00:18





Jin terdiri dari tiga kelompok; satu kelompok memiliki sayap dan mereka terbang di udara, satu kelompok berbentuk ular dan satu kelompok tidak menetap dan berpindah-pindah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 12:47 AM | Show all posts
Reply 1642# muda_nerq


   biase la tuu...peminat Doraemon..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2012 12:56 AM | Show all posts
Sekadar bahan rujukan:
Iran Cipta UFO-P/Terbang Pertama, Amaran Kpd Barat



Tehran Mac 11:
Saintis Iran mendakwa  telah mencipta piring terbang pertama, meskipun  belum jelas ketinggian objek itu mampu terbang, Media menyebut  pesawat itu mirip UFO. Piring terbang bernama Zohal yang bererti Saturnus itu merupakan pesawat  ruang angkasa tidak berawak yang dirancang untuk pencitraan udara.

Namun, berdasarkan keterangan Daily Mail, objek itu dapat dimanfaatkan  untuk berbagai misi yang tidak disebutkan secara terperinci. Media Fars  menggambarkan piring terbang itu mirip UFO di filem Hollywood  pada1950-an.

"Alat transport yang mudah diluncur, terbang, sedikit bunyi dan  memiliki keuntungan yang sama dengan pesawat lain," tulis laporan ISNA  (Iran’s Student’s News Agency).

Perangkat itu dilengkapi autopilot, pengatur stabiliti gambar, GPS dan  alat perakam kualiti HD. Program luar angkasa Iran yang ambisius nampaknya menjadi peringatan bagi dunia Barat, kerana pada waktu yang  sama, teknologi misil yang digunakan untuk program luar angkasa sama  dengan teknologi membangun pelancar roket antarbenua.

Tahun lalu, Iran mengumumkan kejayaan mengirim tikus,  kura-kura dan cacing ke luar angkasa. Mereka berkeyakinan mengirim manusia  ke antariksa, sembilan tahun mendatang.(IH)

http://www.ibnuhasyim.com/2011/03/iran-cipta-ufo-pterbang-pertama-amaran.html
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 02:55 AM | Show all posts

Bermuda Triangle...

dan....

Area 51



Apa kaitan Area 51 dengan Bermuda Triangle yang famous dengan UFO?
Dikatakan hanya dua tempat jin tidak dapat dikalahkan iaitu di gurun dan di lautan luas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2012 09:33 AM | Show all posts
puak2 bengap ni mati hidup balik jadik katak pun dorang takkan pecaye punye


balik2 nk ckp UFO tu jin

palotak kalo banyak tengok cerite katun memang jadik mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 09:34 AM | Show all posts
Reply 1648# acescripters

So??? Iran buat UFO.. - orang iran itu JIN???
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 09:37 AM | Show all posts
Reply 1646# thessailly

1 jin = ade sayap = mcm burung laa.....  --------- ape perlu pulak 'piring terbang' klu dah reti terbang.. ye tak?? 1 jin = mcm ular ------------ ade ufo mcm ular??
1 jin lagi =  berpindah2  ------ gypsy pun pindah2 jugaaak, nomad etc. jin ker dorang???




Jin terdiri dari tiga kelompok; satu kelompok memiliki sayap dan mereka terbang di udara, satu kelompok berbentuk ular dan satu kelompok tidak menetap dan berpindah-pindah.








Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 09:38 AM | Show all posts
Reply 1641# capiloton

daripade bukak thread cari jodoh org russia mcm ko....  mcm budak bodo yg desperate jee aku tengok  
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 11:34 AM | Show all posts
Reply 1652# unekspekted_XII


    ko punya logik ni flawed laa..malas aku jawab.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 01:53 PM | Show all posts
Diantara Arkeolog yang berurusan dengan budaya kuno Timur Tengah, mereka sering menyebut setiap ruh yang lebih rendah dari malaikat adalah jin. Dalam teologi Islam jin dikatakan sebagai makhluk dengan kehendak bebas, diciptakan Allah dari api tanpa asap, sedangkan manusia diciptakan dari tanah liat.  Menurut al-Qur'an, jin memiliki kehendak bebas, dan Iblis (setan) menyalahgunakan kebebasannya di hadapan Allah dengan menolak perintah untuk sujud kepada Adam ketika Allah memerintahkan kepada malaikat dan jin untuk melakukannya.  Kerana menolak perintah Allah, iblis diusir dari surga dan kemudian disebut dengan "Setan".

Jin berkali-kali disebutkan dalam Al Qur'an: Surat ke-72 diberi nama Surat Al - Jinn (Jin) menceritakan perihal mereka.  Di surat Al-Nas (Manusia) jin di sebutkan di ayat terakhir. Al-Quran juga menyebutkan bahawa Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi wa Sallam diutus sebagai seorang nabi dan rasul, baik kepada "manusia maupun kepada jin".

Jin mirip dengan manusia, jin memiliki kehendak bebas yang memungkinkan mereka untuk melakukan sesuai pilihannya (seperti mengikuti agama apapun).  Mereka biasanya tidak terlihat oleh manusia, dan manusia tidak tampak jelas oleh mereka.  Jin memiliki kekuatan untuk menempuh jarak yang sangat jauh dengan kecepatan ekstrim dan diperkirakan tinggal dalam kumpulan mereka sendiri di daerah terpencil, seperti di pergunungan, laut, pohon, dan udara. Seperti manusia, jin juga akan dipertanggungjawabkan perbuatannya pada hari kiamat dan akan dikirim ke surga atau neraka sesuai perbuatan mereka.

Organisasi sosial kemasyarakatan jin menyerupai manusia, misalnya, mereka memiliki raja, pengadilan hukum, pernikahan, dan upacara berkabung.

Beberapa buah hadits membagi jin menjadi tiga jenis: mereka yang memiliki sayap dan terbang di udara, serta mereka yang menyerupai ular dan anjing, dan mereka yang tidak menetap dan berpindah-pindah.

Dalam aebuah riwayat dinyatakan bahwa "Ibn Mas'ud (d. 652), yang menemani Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi wa Sallam saat jin datang untuk mendengarkan bacaan Al-Qur'an, menggambarkan mereka sebagai makhluk dengan bentuk yang berbeda-beda, beberapa menyerupai burung bangkai dan ular, yang lain  berupa laki-laki berperawakan tinggi berpakaian putih.

Bahkan mereka bisa menyerupai berbentuk naga, keledai (kuda kecil), atau bentuk sejumlah hewan lainnya.  Selain bentuk-bentuk binatang, jin sesekali menyerupai bentuk manusia untuk menyesatkan dan membinasakan yang menjadi korban mereka.

Beberapa hadits  nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi wa Sallam juga menyatakan bahawa jin dapat hidup pada tulang, yang akan tumbuh daging lagi segera setelah mereka menyentuhnya, binatang mereka dapat hidup dalam kotoran, yang akan mengubah biji-bijian atau rumput untuk makanan haiwan peliharaan jin.

Ibnu Taimiyah, seorang ulama Islam, menganggap jin  pada umumnya "bodoh, tidak jujur, menindas dan berbahaya".  Mereka banyak bertanggungjawab dalam melakukan  "sihir" yang dikenal oleh manusia, jin bekerja sama dengan penyihir untuk mengangkat barang-barang di udara secara gaib, menyampaikan kebenaran yang samar-samar kepada para  peramal, dan menirukan suara manusia yang sudah meninggal sewaktu pertemuan dengan ruh.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 01:33 AM | Show all posts
puak2 bengap ni mati hidup balik jadik katak pun dorang takkan pecaye punye


balik2 nk ckp UFO t ...
unekspekted_XII Post at 26-4-2012 09:33 AM

UFO tu apa unekspekted?..

dalam kitab nenek kau ada tak?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 07:08 PM | Show all posts
Reply 1655# acescripters


    Bagus pembawaan kau.. jelas!.. mungkin susah untuk dia paham... atau belum lagu mengkaji.. tapi merasai diri hebat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2012 03:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by acescripters at 30-4-2012 15:37

Dua epik India kuno berbahasa Sanskrit (Mahabarata dan Rama) membuatkan kita tertanya-tanya akan kebenarannya yang hingga kini masih menjadi peristiwa misteri bagi seluruh dunia.

Menurut ahli arkeologi zaman sekarang, di kota kuno Mohenjodaro (Pakistan) banyak ditemui rangka-rangka manusia yang berserakan, banyak petunjuk menandakan seolah mereka dilanda sebuah malapetaka yang sangat dahsyat secara tiba-tiba. Di kota itulah kisah epik peperangan Ramayana yang bersumber manuskrip-manuskrip ditemukan.



Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjodaro Mengandung Radioaktif

Pada rangka-rangka itu terdapat sisa-sisa radioaktif yang tinggi. Begitu pula yang terjadi di kota kuno Kurusetra dan Harappa, kedua kota itu meninggalkan kesan radioaktif yang sama halnya terjadi seperti di Hiroshima dan Nagasaki. Banyak spekulasi menyatakan mengenai kemunculan peristiwa ini, diantaranya ada sebuah spekulasi baru dengan berani menyebutkan bahawa perang Mahabarata adalah merupakan perang NUKLEAR!!

Pada epik Mahabarata, perang Bharatayudha dibahagian pertama diterjemahkan seperti berikut ini:

“Arjuna yang gagah berani, duduk di dalam Vimana* dan mendarat di tengah air, lalu meluncurkan Gendewa* yang sekali tembak dapat menghanguskan seluruh wilayah musuh. Seperti hujan lebat yang kencang, mengepung musuh dengan kekuatannya yang sangat dahsyat.”

“Dalam sekejap mata, sebuah bayangan yang tebal dengan cepat terbentuk diatas wilayah Pandawa; angkasa menjadi gelap gulita, semua kompas yang ada dalam kegelapan menjadi tidak berfungsi, kemudian badai angin yang dahsyat mulai bertiup disertai dengan debu pasir, burung-burung menjadi panik, seolah-olah langit runtuh, dan bumi merekah.”


“Matahari seakan bergoyang di angkasa, panas membara mengerikan yang dilepaskan senjata ini membuat bumi bergoncang, gunung bergoyang di kawasan darat yang luas, binatang mati terbakar dan berubah bentuk, air sungai kering kerontang, ikan, udang dan lain-lain semuanya mati.”
“Saat Gendewa meledak, suaranya bagaikan halilintar, membuat pasukan musuh terbakar bagaikan batang pohon yang terbakar hangus.”

Gambaran pada Ramayana dinyatakan sebagai berikut :

“Pasukan Alengka menaiki kenderaan yang laju, meluncurkan sebuah rudal (mungkin sejenis peluru berpandu) yang ditujukan ke kota musuh. Rudal ini seperti mempunyai segenap kekuatan alam semesta, terangnya seperti terang puluhan matahari, kembang api bertebaran naik ke angkasa, sangat indah.”

“Mayat terbakar sehingga tidak mampu dibezakan lagi. rambut dan kuku terbakar mengelupas, perkakas tanah liat retak, burung-burung yang berterbangan dibakar oleh suhu tinggi. Demi untuk menghindari kematian, para pasukan terjun ke sungai membersihkan diri dan senjatanya.”

PENELITIAN PARA AHLI ARKEOLOGI

Sebelum 4000 tahun SM, kita telah mengelaskan ia sebagai zaman pra sejarah manakala peradaban Sumeria dianggap sebagai peradaban tertua didunia. Selama ini terdapat berbagai perbincangan, teori dan penyelidikan mengenai kemungkinan bahawa dunia pernah mencapai sebuah peradaban yang maju sebelum tahun 4000 SM.

Teori Atlantis, Lemuria dan kini diperkukuhkan lagi dengan bukti bertulis melalui percakapan Plato tentang sebuah perbualan Solon dan pendeta Mesir kuno mengenai Atlantis. Naskah kuno Hinduisme mengenai Ramayana & Bharatayudha. Dinasti Rama kuno, bukti arkeologi mengenai peradaban Monhenjo-Daroo, Easter Island dan Piramid Mesir mahupun Amerika Selatan.

Perhatian tertumpu kepada sebuah teori mengenai kemungkinan manusia pernah memasuki zaman nuklear lebih dari 6000 tahun yang lalu. Peradaban Atlantis di barat, dan dinasti Rama di Timur dianggarkan berkembang dan mengalami saat keemasan di antara tahun 30000 SM sehingga 15000 SM.

Wilayah Atlantis bermula dari lautan Mediteranian hingga ke Pergunungan Andes di seberang Lautan Atlantis manakala Dinasti Rama berkuasa di bahagian Utara India-Pakistan-Tibet hinggalah ke Asia Tengah.

Peninggalan Prasasti di Indus, Mohenjo Daroo dan Easter Island (Pasifik Selatan) sehingga kini masih belum dapat diterjemahkan dan para ahli arkeologi menjangkakan peradaban itu adalah jauh lebih tua dari peradaban tertua yang selama ini diyakini oleh semua manusia (4000 BC).

Beberapa naskah Wedha dan Jain yang diantara lain menceritakan mengenai Ramayana dan Mahabharata, ini ternyata memuatkan bukti sejarah mahupun gambaran teknologi dari Dinasti Rama yang diyakini pernah mengalami zaman keemasan dengan memiliki tujuh kota utama 'Seven Rishi City' yang salah satunya adalah Mohenjo Daroo (Pakistan Utara).

Penulis mengulangi, di dalam suatu babak kitab Mahabarata ada mengesahkan bahawa Arjuna dengan gagah berani duduk dalam Weimana (sebuah benda menyerupai kapal terbang) dan mendarat di tengah air, lalu meluncurkan Gendewa, semacam senjata yang menyerupai rudal/roket yang dapat menimbulkan musibah sekaligus melepaskan nyalaan api yang terang di atas wilayah musuh, lalu bumi bergegar, asap tebal naik tinggi diawanan, dalam beberapa ketika akibat kekuatan ledakan senjata itu maka ia telah menghancurkan dan menghanguskan semua benda serta objek yang ada disitu.

Sehingga kini jawapan yang masih belum ditemukan, senjata apakah yang sebenarnya digunakan oleh Arjuna dengan Weimana-nya itu?

Hasil kajian dan penelitian yang dilakukan di tepi Sungai Gangga, india. Para arkeologi menemukan banyak sekali sisa-sisa dan puing-puing yang telah bertukar menjadi batuan hangus di atas hulu sungai. Batuan yang besar pada runtuhan ini dilekatkan menjadi satu, permukaannya menonjol dan cengkung tidak merata. Jika ingin meleburkan batuan tersebut, suhu yang paling rendah diperlukan adalah sekitar 1800 darjah celsius. Bara api yang biasa tidak mampu mencapai suhu seperti ini, hanya pada ledakan nuklear sahaja yang mampu mencapai suhu sedemikian.

Di dalam hutan primitif di sekitar pendalaman India, kebanyakan ahli arkeologi telah menjumpai lebih banyak runtuhan batu hangus. Tembok kota yang runtuh membentuk hablur seperti kristal, licin berkaca, lapisan luar perabot rumah yang terbuat dari batuan di dalam bangunan juga kelihatan seolah-olah seperti kaca. Selain di India, Babilon kuno, gurun sahara, dan guru Gobi di Mongolia juga telah menemukan runtuhan perang nuklear prasejarah. Batu kaca pada runtuhan semuanya sama persis dengan batu kaca pada kawasan ujian senjata nuklear.

Dari berbagai sumber yang saya pelajari, secara umumnya dapat saya gambarkan mengenai pelbagai teori dan penelitian mengenai subjek ini dan telah memberikan beberapa bahan kajian yang menarik. Antara lain adalah :

# Atlantis dan Dinasti Rama pernah mengalami saat keemasan (Golden Age) sekitar tahun 30000-15000 BC.

# Keduanya telah menguasai teknologi nuclear.

# Keduanya telah memiliki teknologi persenjataan dan aeronautical yang canggih dengan memiliki pesawat yang berkemampuan dan berbentuk seperti UFO (berdasarkan beberapa catatan) yang disebut di dalam Vimana (Rama) dan Valakri (Atlantis).

# Penduduk Atlantis memiliki sifat agresif dan dipimpin oleh para pendeta (enlighten priests), bersesuaian dengan naskah Plato.

# Dinasti Rama memiliki tujuh kota besar (Seven Rishi's City) dengan ibukota Ayodhya dimana salah satu kotanya yang dapat ditemui sehingga kini adalah Mohenjo-Daro.

# Persaingan dari kedua peradaban tersebut mencapai puncaknya dengan kemusnahan dala menggunakan senjata nuklear.

# Ahli Arkeologi berjaya menemukan puing-puing mahupun sisa-sisa tengkorak manusia di Mohenjo-Daro yang mengandungi kandungan radio-aktif yang hanya terdapat apabila terhasilnya ledakan Thermonuklear skala besar.

# Dalam sebuah epik mengenai Mahabharata, menceritakan dengan kiasan sebuah senjata penghancur missal yang kesannya menyerupai kemusnahan senjata nuklear pada masa kini.

# Beberapa Seloka dalam kitab Wedha dan Jain secara terang dan lengkap menggambarkan bentuk dari 'peralatan terbang' yang disebut 'Vimana' yang ciri-cirinya mirip piring terbang masa kini.

Kesimpulananya segala penyelidikan yang dilakukan menyatakan bahawa umat manusia pernah maju dalam peradaban Atlantis dan Rama. Bahkan jauh sebelum 4000SM manusia pernah memasuki abad antariksa dan teknologi nuklear. Akan tetapi zaman keemasan tersebut berakhir akibat perang nuklear yang dahsyat hingga pada masa sesudahnya, manusia sempat kembali ke zaman primitif sehingga munculnya peradaban Sumeria sekitar 4000 SM atau 6000 tahun yang lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2012 03:40 PM | Show all posts
Loji Nuklear yang Berusia 2 juta Tahun di Oklo, Republik Gabon

Pada tahun 1972 terdapat sebuah penemuan luar biasa yang akan memperkukuhkan lagi kajian wujudnya peradaban masa lalu yang telah melalui era pengunaan nuklear dengan penemuan loji Reaktor Nuklear yang berusia dua juta tahun di Oklo sekitar Republik Gabon. Pada tahun yang sama sebuah perusahaan (Perancis) yang mengimport bahan uranium dari Oklo di Republik Gabon, Afrika untuk diproses. Mereka terkejut dengan penemuan bahawa bahan uranium yang diimport ternyata sudah diproses dan digunakan sebelum ini serta kandungan uraniumnya dengan bahan buangan reaktor nuklear hampir sama. Penemuan ini berhasil menarik para ilmuwan untuk datang ke Oklo bagi suatu penelitian, dari hasil kajian menunjukkan adanya sebuah reaktor nuklear berskala besar pada masa prasejarah, dengan kapasiti kurang lebih 500 ton bahan uranium di enam wilayah, dijangkakan ia dapat menghasilkan tenaga sebesar 100 ribu watt. Loji nuklear tersebut terpelihara dengan baik, dengan lay-out yang masuk akal, dan telah beroperasi selama 500 ribu tahun lamanya.

Kejutan demi kejutan ditemui dan yang paling mengejutkan apabila sisa buangan reactor nuclear yang dibuang tidak tersebar luas, kesan radioa aktifnya lebih kurang sekitar 40 meter dari kawasan buangan sisa nuclear, jika kita lihat teknologi pemusnahan sisa reactor nuclear ini jauh lebih hebat berbanding sekarang dan ketika ini kita sibuk membincangkan menangani isu pembuangan sisa nuclear . Ternyata mereka telah maju dan lebih maju dari kita dalam teknologi nuclear dan mengatasi sisa pembuangan loji reactor nuclear . Mereka memanfaatkan alam sekitar dengan sebaik mungkin tanpa berlaku pencemaran dari sisa nuclear yang telah digunakan.

Loji uranium di Oklo telah pun dibangunkan kira-kira dua juta tahun yang lalu, setelah terdapat bukti dari pada data geologi reactor nuclear kemudian telah pun dibangunkan. Hasil kajian para pengkaji mereka sebulat suara mengakui bahawa ini adalah sebuah reactor nuclear kuno, yang akan mengubah cara pengunaan bahan nuklear selama ini, secara tidak langsung ia telah pun memberikan kita cara bagaimana untuk mengatasi sisa pembuangan nuclear. Ia juga telah menghambat para ilmuan untuk lebih serius dalam mempelajari peradaban prasejarah, dengan kata lain sejak zaman pra sejarah mereka telah maju didalam pembangunan dan teknologi nuclear.

Seperti yang kita sedia maklum, penguasaan teknologi atom oleh manusia selepas zaman pra sejarah masih lagi baru, ianya sekitar beberapa puluh tahun yang lalu. Tetepi dengan adanya penemuan ini fakta itu tidak tetap dan sekaligus menerangkan bahwa pada dua juta tahun yang lampau manusia sudah pun memiliki sebuah teknologi yang peradabannya melebihi kita kini, serta lebih maju di dalam cara penggunaan dan pengolahannya. Hal yang patut membuat kita merenung sedalam-dalamnya ialah mengapa manusia zaman prasejarah yang memiliki sebuah teknologi maju tidak dapat mewariskan teknologinya, malah hilang tanpa sebab, yang tinggal hanyalah sedikit kesan lalu. Maka bagaimanakah kita harus meniliti kesemua penemuan ini?

Permulaan sebelum dua juta tahun yang lalu hingga satu juta tahun dari peradaban manusia sekarang ini telah terdapat peradaban manusia. Dalam masa-masa yang sangat lama ini terdapat berapa banyak peradaban yang menuju ke binasaan?.

Jika kita abaikan terhadap semua peninggalan-peninggalan peradaban prasejarah ini, sudah tentu kita tidak akan mempelajarinya secara mendalam, apalagi menelusuri bahawa mengapa tidak ada kesinambungannya, lebih-lebih lagi untuk mengetahui penyebab dari musnahnya sebuah peradaban itu dan apakah perkembangan dari ilmu pengetahuan dan teknologi kita sekarang akan mengulangi kemusnahan beberapa peradaban yang lalu?.

Betulkah penemuan ini, serta mengapa penemuan-penemuan peradaban prasejarah ini dengan teknologi manusia masa kini hampir serupa dan mungkin mereka lebih maju dari pada kita? Semua masalah ini patut kita renungkan sedalam-dalamnya.

Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran:
Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. |Qs.Al-An'am: 6|


Sebenarnya masih banyak lagi misteri-misteri menyelubungi kita yang tersimpan di perut bumi dan lautan. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala yang terkandung di langit dan di bumi. InsyaAllah, semua tanda-tanda kebesaran-Nya yang telah disebutkan dalam Al-Quran akan terungkai jua.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2012 03:44 PM | Show all posts
Reply  acescripters


    Bagus pembawaan kau.. jelas!.. mungkin susah untuk dia paham... atau belum lagu mengkaji.. tapi merasai diri hebat...
paler kembang Post at 29-4-2012 07:08 PM



    Alhamdulilah .. tanpa kuasa Allah saya tiada daya .. semua atas pertolonganNYA .. selebihnya no komen *uhuks*
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2012 03:58 PM | Show all posts
Saya bersetuju dengan Aces, ayat diatas telah jelas menunjukkan bukti2 yang ada. Pada yang tidak bersetuju, peliharalah kata2 anda kerana dibimbangi kelak merosakkan akidah. ini kerana, bimbang kata2 kita itu seolah-olah merendahkan kehebatan Sang Pencipta Agung, Allah Subhanahuwataala. Adakah mustahil bagi Allah untuk menciptakan sesuatu yang tidak pernah kita lihat? Sudah tentu tidak!
Wallahu aa'lam bissowab.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.109877 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list