Kempen pelancongan dengan menggunakan perkataan “Wonder” atau “Wonderful” sebenarnya adalah strategi pemasaran yang cukup popular di kalangan banyak negara di seluruh dunia.
Jadi, pada setiap tahun menjadi adat buat sejumlah negara melancarkan kempen pelancongan dengan terma Wonderful dalam menarik minat para pelancong dari serata dunia untuk datang melawat.
Bagaimanapun, kecoh di media sosial baru-baru ini tentang kempen pelancongan dari negara jiran iaitu Indonesia telah meletakkan gambar menara berkembar ikonik Malaysia di dalam promosinya.
Susulan itu, hantaran berkenaan yang dimuat naik oleh Kementerian Pelancongan Indonesia telah menarik perhatian netizen dan rata-ratanya dari Malaysia telah mengecam tindakan mereka yang menggunakan gambar KLCC di dalam promosi pelancongan seumpama memberi gambaran ia sebahagian daripada pembangunan negara itu.
Malah, di dalam promosi itu hanya meletakkan ‘Temui Keajaiban Indonesia di TRAVEX ATF 2025’ dengan berlatarbelakangkan ibu kota Kuala Lumpur tanpa penerangan konteks menerusinya.
Hal ini bakal memberi perspektif yang salah kepada pengguna internet di luar negara yang menyangka banguna berkembar KLCC itu milik negara Indonesia pula.
Betul ke mereka cuba claim KLCC?
Adakah mereka cuba mengakui bahawa Menara Berkember KLCC ini adalah milik Indonesia atau hanya sekadar salah faham tanpa disedari?
Rupanya ia tidak seperti yang disangkakan ramai kerana pada kapsyen hantaran itu telah mendedahkan yang kerajaan Indonesia bakal menyertai acara TRAVEX ATF 2025.
Untuk makluman, TRAVEX ATF adalah acara tahunan yang mempromosikan rantau ASEAN sebagai destinasi pelancongan yang bersatu. Ia melibatkan organisasi pelancongan, perniagaan, dan profesional dari negara-negara anggota ASEAN.
Sebagai ahli ASEAN, Indonesia bakal menghadiri acara tersebut dalam memperkenalkan lokasi-lokasi menarik yang terdapat di negaranya kepada peserta yang terlibat yang dijadualkan akan diadakan di Johor, Malaysia, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.
Oleh itu, adalah logiknya buat Kementerian Pelancongan Indonesia menggunakan gambar KLCC memandangkan acara tersebut bakal diadakan di Malaysia bagaimanapun telah disalah tafsir oleh sebahagian netizen tempatan sehingga menjadi beremosi.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
yang dijadualkan akan diadakan di Johor, Malaysia, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.
Still salah letak gambar KL but who cares kan.
It's Menara Berkembar Petronas ya bukan Menara KLCC. Menara Telekom takde pula ko panggil Menara Kg Abdullah Hukum kan. Orang luar Malaysia tak kenal pun KLCC.
betul la tu dia claim.. cuba korang tgk filem senario yang Yasin jadi indon tu.. dialog dia kat azlee- ' apa om tau klcc? itu semua air tangan saya, om'.. so betullah, klcc drg punya..(ok jgn kecam, akak cuba hiburkan korang supaya jgn marah2 di 10 ramadan terakhir ni)
Hahahaha ... Nalar berpikir "SESAT danWAHAM" anda tampaknya betul-betul telah "Menjulang Tinggi" padaha anda X tahu "Asal-Usul Foto" itu ..Apakah foto itu dibuat/dikeluarkan secara "Resmi" oleh pihak Indonesia atau oleh panitia ATF 2025 dari pihak MalayDesh sendiri ...?
Jangan lupa Pak Cik ... Keuntungan apa yang kami dapatkan jika mempromosikan Menara Petronas atau KLCC di Asean Tourist Festival 2025 di negara anda sendiri itu ..Jika ternyata Indonesia sendiri punya lebih banyak objek tourism yang lebih menarik dari KLCC atau bahkan dengan object tourism yang ada dan anda bangga-banggakan di MalayDesh ...
Ada baiknya tidak menggunakan video orang lain untuk niat bergaduh atau hal negatif lainnya... Gunakan video untuk hal yang baik-baik saja untuk menghormati konten kreatornya... Msia dan Indo sama-sama negara yang indah... Banyak pelancong Msia berlibur ke Indo, begitu pula sebaliknya...
Ada baiknya juga untuk tidak saling membenci rakyat kedua belah negara... Sebetulnya kedua rakyat Msia dan Indo adalah orang yang baik, sopan dan patriotis... Keduanya tidak suka menghina dan dihina negara orang lain... hanya saja sering diadu domba dari media atau oknum pembuat berita yang kurang tanggung jawab... Seringkali terpancing oleh pembuat berita yang Misinformasi*, Disinformasi* dan Malinformasi* agar viral dan banyak viewer...
Jangan ada saling membenci antara rakyat kedua negara... Jika ingin membenci, bencilah media dan para oknum pembuat berita yang tidak benar... Semoga rakyat kedua negara sama sama semakin maju, sejahtera dan semakin mesra... Saling mendukung lebih menguntungkan daripada saling membenci...