CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2745|Reply: 23

‘Raya nak bawa diri jauh, tak nak ingat cerita sedih’

[Copy link]
Post time 25-3-2025 10:27 AM | Show all posts |Read mode

DAPAT berkumpul satu keluarga pada Hari Raya Aidilfitri sememangnya menjadi impian setiap orang.

Sama juga seperti pengacara Datuk AC Mizal yang merancang untuk membawa satu keluarga menyambut lebaran di Berlin, Jerman.

Hal tersebut dilakukan kerana anak lelakinya iaitu Muhammad Reeve Damien yang menyambung pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan dan akaun di sana sejak 2023.

“Alhamdulillah persiapan raya tahun ini tak banyak pun sebab insya-Allah kami sekeluarga bakal beraya dengan anak yang berada di Berlin.

“Ini tahun kedua kami beraya di sana. Memandangkan saya baru kehilangan mak mentua, jadi nak bawa hati jauh sikit supaya kesedihan kami disambut kegembiraan di sana.

“Insya-Allah kami pergi lebih kurang tiga minggu atau sebulan dan raya pertama di sana. Dapatlah merasa sebagai pelajar luar negara,” katanya kepada HibGlam.


Dalam kesempatan itu, pemilik nama sebenar Datuk Mizal Datuk Zaini, 52, juga merancang untuk meluangkan masa di kedutaan Malaysia di Berlin untuk merasai sendiri suasana raya.

“Bagi anak saya beraya di sana biasa sahaja cumanya puasa yang susah sikit sebab seorang diri.

“Raya tahun ini kami nak cuba pergi ke kedutaan Malaysia untuk rasa suasana beraya di sana.

“Tahun lepas tak sempat pergi untuk merasai pengalaman beraya di kedutaan,” ujarnya.

Karier seni

Berkongsi lanjut mengenai kehidupan peribadi, AC bersetuju bahawa dia kurang aktif dalam dunia seni kerana memilih untuk bersama keluarga dan juga memberi fokus kepada perniagaan.

Dia juga mengakui berjauhan dengan anak lelakinya turut menjadi punca dia memperlahankan rentak dalam dunia industri selain pemergian ibu mentua pada Februari lalu yang turut memberi kesan kepada keluarganya.

“Tahun ini memang tiada tawaran kerja sangat sebab saya nak luangkan masa lebih bersama keluarga dan juga tumpukan kepada perniagaan.

“Hati saya pun lebih kepada anak yang berada di luar negara sebab kami rapat. Nak aktif pun rasa ada kelumpuhan.

“Tambah pula mak mentua yang baru meninggal dunia, rasa kosong. Saya banyak luangkan masa terutama dengan isteri yang memerlukan semangat sebab dia rapat dengan mak dia,” jelasnya. - KOSMO! ONLINE



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2025 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaji & KWSP staf SUKE TV apa cerita? Harap dah settle sebelum pergi bercuti
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyampah ak klu dia cite psl ank2... Mcm yg lg 2 tu x wujud.. X try pun nk berbaik2
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 09:56 PM | Show all posts
pencintaABC replied at 25-3-2025 12:29 PM
Gaji & KWSP staf SUKE TV apa cerita? Harap dah settle sebelum pergi bercuti

Sama kes dgn Ib la ni?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 06:49 AM | Show all posts
shida81 replied at 25-3-2025 04:35 AM
Menyampah ak klu dia cite psl ank2... Mcm yg lg 2 tu x wujud.. X try pun nk berbaik2



Dia orang tentu bahagia dgn pasangan masing masing dan dgn ibu terchenta. Takat bapak mcn ni tak rugi pun terputus hubungan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang belum tua masih tak rasa apa2. Sok bila dah tua, sakit, baru teringat kat anak2 yg lagi 2 orang tu kot. Kalau kau elok2 bagi nafkah & jaga kebajikan diaorang, dah seronok2 dapat jumpa menantu & cucu. Semuga anak2 dia dengan Emelia elok2 je la perangai, dan tak abaikan dia bila dah tua
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2025 08:55 AM | Show all posts
masalahnya sekarang..sapa je kesah pasal ko ni ac mizol woiii..tak relevan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab statement ni lah kot tiba2 video nikah anak dia dari 1st wife  muncul blk kt fyp tiktok .Pelik jgk sebab dah lama nikah nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2025 09:19 AM | Show all posts
tapi Damien ni nampak herlok sangat uoll...tp itu lah..sbb bapak ko AC maka acik por tak mandang..

mungkin Damien boleh jadi orang tengah dalam usaha untuk memulihkn hubungan bapak dgn abang2 walau pun maybe abang2 ko maleh melayan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 09:55 AM | Show all posts
dia ni dah xde mak bapak kandung ke..2 thn dah raya jerman..x silap dia org johor kan
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
shida81 replied at 25-3-2025 08:35 PM
Menyampah ak klu dia cite psl ank2... Mcm yg lg 2 tu x wujud.. X try pun nk berbaik2

Dah besar2 pun ank yg 2 lagi tu kan

Kesian nengok seb ada mk yg kuat
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 10:35 AM | Show all posts
anak dgn tinted jelah yg rapat.. yg lain tak ngaku anak... dah tu sebok ke mil, mak kandong? phui lah dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 10:38 AM | Show all posts
nexttttt
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 11:02 AM | Show all posts
tok ac tak teringin ke nk main2 dgn cucu... ke sbb rs muda belia lg.. hehehhee
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 11:02 AM | Show all posts
tok ac tak teringin ke nk main2 dgn cucu... ke sbb rs muda belia lg.. hehehhee
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 11:24 AM | Show all posts
msk thread ni sbb curious siapa mamat yg pki bj serupa pokok krismis rerupanya mamat ni, apa2 ajelah ko nak buat dgn anak minik tu kat sana. Adik ipar yg kerja sana pun gheti blk Malaysia beraya kat sini setengah bln ko lak ke sana sbb kesian kat anak. Ramai jer students Malaysia kat sana beraya sesaam diaorg, brlah feel beraya di perantau tanpa family. Btw dia asyik sibuk sebut psl arwah mak mertua, mak pak dia dah xde ke camner
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2025 12:01 PM | Show all posts
BellaThePrinces replied at 26-3-2025 09:19 AM
tapi Damien ni nampak herlok sangat uoll...tp itu lah..sbb bapak ko AC maka acik por tak mandang.. : ...

muka bersepah kat shopping mall..xde la helok sgt. byk je bbnu besher2 bkn retis yg iols kenal 100x lagi helok
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 12:25 PM | Show all posts
tak payah dengar..tengok pun dah rasa bingit sambil body shaming orang
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 12:42 PM | Show all posts
netizen tengok ko yang "sedeeeeeeeehhhhhh" AC ooiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemain ko rapat dengan mak tinted. Macam pelik aje. Yeke sebab nak baik dengan family ke memang sebab takde job?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-4-2025 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.055296 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list