View: 223|Reply: 0
|
Senarai 23 pemain Harimau Malaya tular
[Copy link]
|
|
JOHOR BAHRU: Beberapa jam sebelum sepak mula kempen pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 bermula jam 10 malam ini, senarai 23 pemain skuad Harimau Malaya untuk aksi menentang Nepal tular di media sosial khususnya di platform WhatsApp.
Daripada 30 pemain yang menjalani kem latihan di sini sejak 17 Mac lalu, tujuh pemain digugurkan bagi membolehkan 23 pemain terbaik di bawa bagi menghadapi aksi pertama Kumpulan F di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Seperti dijangka, Mohamadou Sumareh antara 'korban' yang terpaksa dilakukan pengendali negara, Peter Cklamovski selepas posisi sayap kanan dilimpahi ramai pemain berbakat lain terutamanya Arif Aiman Hanapi serta tonggak pertahanan yang kerap naik membantu seperti Dion Cools dan Quentin Cheng yang mampu mengisi bahagian itu.
Selain itu, minit permainan yang sedikit mungkin turut menjadi penyumbang kepada pengguguran nama Sumareh.
Paling mengejutkan ketiadaan nama pemain warisan baharu skuad negara, Gabriel Palmero yang tidak berada dalam senarai akhir sekali gus peminat terpaksa melupakan hasrat untuk melihat kemampuan pemain kelahiran Sepanyol berusia 23 tahun itu.
Sebaliknya nasib berbeza buat seorang lagi tonggak warisan baharu, Hector Hevel yang tersenarai dan berpeluang meraih penampilan pertamanya di peringkat antarabangsa sekiranya diturunkan malam ini.
Nama lain yang digugurkan adalah 'jeneral' tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Natxo Insa serta penjaga gol kacukan dari kelab sama, Christian Abad yang turut diketepikan untuk memberi laluan kepada penjaga gol senior Syihan Hazmi, Kalamullah Al Hafiz dan Haziq Nadzli.
Selebihnya adalah pemain muda babitkan Safwan Mazlan, Ahmad Zikri Khalili dan Muhammad Haqimi Azim tidak akan bersama pasukan malam ini.
Sumber: BH Online
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|