CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5072|Reply: 8

Program Baca Puisi Sepanjang 2011

[Copy link]
Post time 6-5-2011 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by attokz at 19-5-2011 14:27

Kepada penggemar puisi dan dunia sastera, serta ingin bersua muka dengan tokoh, pelopor dan penggiat kesusasteraan tanahair, aku mulakan thread ini sebagai tempat untuk meletakkan informasi dan program yang akan berlangsung sepanjang tahun 2011.
***

BACA PUISI PENA: MALAM PUISI GAZA II

BACA PUISI PENA: MALAM PUISI GAZA II bersama HALUAN yang memimpin Life Line for Gaza untuk memungut derma bagi melancarkan misi kemanusiaan Flotila II ke Gaza diadakan pada 06 Mei jam 8.30 malam bertempat di Rumah PENA, 961-7, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Persembahan menampilkan Dato’ A. Samad Said, Dato Paduka Dr. Rosli Saludin, Firqatul az-Zahra, penyair-penyair jemputan dan lagu-lagu puisi.

Turut diadakan Taklimat Ringkas Freedom Flotilla II oleh Presiden Haluan Tuan Haji Noorazman Mohd Samsuddin & Tayangan Sedutan Video “Kneel for A Life”.

Acara bermula jam 3.30 petang di Rumah PENA dengan pameran dan tayangan video penderitaan rakyat Palestin di bawah kekangan rejim zalim zionis Israel. Jualan cenderamata Palestin juga diadakan bagi mengutip dana.

Jam 5.00 petang di Rumah PENA diadakan Sesi Perkongsian Pengalaman Serangan Komando Israel ke atas Konvo Mavi Marmara bersama sukarelawan Malaysia yang berada dalam kapal tersebut.

Semua dijemput hadir. Sesiapa yang berhajat memberi sumbangan boleh hubungi Haluan di nombor 010-400 5224 (Hj. Noorazman) atau Firqatul az-Zahra (012-812 8100).

Sebarang pertanyaan sila hubungi PENA 03-2142 5824 atau S.M. Zakir (017-3427991) emelsmzakir90@gmail.com.

*Sumber Berita Harian.

- Dr.Rosli Saludin adalah penggiat/pelopor Teromba di Malaysia/Nusantara. Aku selalu teruja untuk mendengar beliau berteromba.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2011 11:48 AM | Show all posts
Malam Baca Puisi Riong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2011 11:41 AM | Show all posts
Lagi, acara Baca Puisi & Kesenian oleh Sindiket Sol-Jah (http://sol-jah.blogspot.com)


MASKARA

Sol-jah dalam group ini merupakan pasukan simpanan kawan-kawan yang kita suka kepada Sindiket Sol-Jah barisan hadapan di http://sol-jah.blogspot.com/ . Perang kami adalah perang seni!
Kami lelaki urban yang gemar bersembang di kedai kopi sambil berkomplot menyuntik ‘pop’ ke dalam seni. Kami tidak hisap ganja, minum arak dan amalkan seks sejenis. Tapi kami memang suka pada benda-benda cantik. Tapak Sulaiman, misalnya.

Aktiviti kami:
1. Terbit Buku
2. Acara MASKARA (Malam baca naskah Sindiket Soljah dan kawan-kawan yang kita suka)
sebarang pertanyaan hubungi
Vovin – 016-6611 940 | nazri123456789@gmail.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2011 09:09 PM | Show all posts
Malam Puisi PENA

Tarikh : 10 Jun 2011
Tempat : Rumah PENA, Kuala Lumpur
Masa : 8 - 11 malam

Acara bulanan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) ini mendapat kerjasama daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sempena Malam Puisi Patriotik.

Menampilkan deklamator daripada UPNM dan Pena seperti Penerima SEA Write Award 2010, Zaen Kasturi dan Pensyarah UPNM, Dr Jesica Ong serta deklamator PDRM, ASP Foo Cheng Seng serta persembahan gamelan UPNM.

Penganjuran bersama UPNM itu bertujuan mengangkat nilai patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.

* Datang untuk beri sokongan. Masuk adalah percuma. Malah minuman ringan disediakan. Kesempatan untuk bertemu dengan pengiat sastera tanahair. Anda berani?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2011 11:19 AM | Show all posts
Malam Puisi PENA

Tarikh : 1 Julai 2011
Tempat : Rumah PENA, Kuala Lumpur
Masa : 8 - 11 malam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2011 03:56 PM | Show all posts
Malam Puisi PENA

Tarikh : 11 November 2011
Tempat : Rumah PENA, Kuala Lumpur
Masa : 8 - 11 malam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-11-2011 12:04 PM | Show all posts
Baca Puisi  Numera

Tarikh : 2 Disember 2011
Masa : 8 - 11 Malam
Tempat : Rumah PENA, KL



Semua dijemput hadir. Masuk percuma.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2011 12:07 PM | Show all posts
Sumber : Deklamator Amran Rashidi

Esok persembahan Muzikal Puisi gabungan beberapa puisi moden dan tradisional di UITM Puncak Alam bersama deklamator Haryani Harun. Jemput hadir bagi yang berkesempatan bermula jam 2.30 p.m. Ada dua sesi satu seminar persembahan puisi dan satu lagi persembahan puisi. Antara pembentang ialah Hairul Anuar Harun penulis senikata lagu CINDAI.

Diiring pemain Biola handalan berpengalaman Pak Atan pemuzik kebudayaan dan peniup seruling berbakat besar Pendekar Bambu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2011 02:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by attokz at 2-12-2011 02:58

Baca Puisi Riong bersama Istana Budaya

Tarikh : 3 Disember 2011
Tempat : Istana Budaya, KL
Masa : 8.30 malam

Masuk Percuma!



MALAM Puisi Riong anjuran bersama Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Berita Harian (BH), Istana Budaya (IB) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) akan berlangsung pada 3 Disember ini bertempat di Laman Beringin, IB, jam 8.30 malam.

Antara yang akan memeriahkan program terbabit ialah:
-Dr. Zurinah Hassan (Pemenang Anugerah SEA Write 2004).
-Abdul Ghafar Ibrahim (AGI) (Pemenang Anugerah SEA Write 2005)
-Rahman Shaari (Pemenang Anugerah SEA Write 2007).
-Zaen Kasturi (Pemenang Anugerah SEA Write 2010).
-SM Zakir (Pemenang Anugerah SEA Write 2011).
-Dr. Ramzah Dambul (Pakar geografi dari Universiti Malaysia Sabah).
-Rahimidin Zahari (wakil Istana Budaya).
-Yukari Noguchi (Pelajar Pengajian Melayu dari Jepun).
-Cho Min Sung (Pelajar Pengajian Melayu dari Korea).
-Nora (Artis).
-Black (Artis).
-Taheera Rosheena Mohamed (Artis).
-Dewangga Sakti (kumpulan kebudayaan).
-Pengacara: Ahmad Fedtri Yahya (TV3).

Tidak ketinggalan, Pengarah Urusan ITNM, Encik Mohd Khair Ngadiron, sendiri akan beraksi di pentas puisi, di samping Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian/Berita Minggu, Datuk Mior Kamarul Shahid serta Presiden PENA, Dr. Mohammad Saleeh Rahamad.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.086814 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list