|
ISU sisa makanan bukan masalah baru sebaliknya ia berlaku saban tahun dan memberi 'beban' kepada negara.
Roti sudah luput antara bahan yang kerap dibuang sedangkan boleh dihasilkan sajian sederhana dan enak untuk dinikmati bersama keluarga.
Namun sebelum menggunakan roti luput tarikh, pastikan tiada kulapuk, perubahan warna atau baunya yang menandakan ia sudah tidak boleh dimakan lagi.
Selepas diperiksa dan terjamin masih boleh dimakan, barulah proses atau gunakan roti luput tarikh itu tadi sebagai ramuan untuk resipi.
Berikut dikongsikan resipi biskut mudah daripada roti:
Biskut Hazelnut Coklat
Penyediaan bahan
- 3 keping roti lama, (dibakar sehingga rangup lalu dan dikisar menjadi serbuk)
- 1 biji telur
- 7 sudu besar mentega (dilembutkan)
- 3/4 cawan tepung
- 1/2 cawan gula
- 1/3 cawan hazelnut
- Secubit garam
- Secubit serbuk penaik
- 170 gram coklat
Penyediaan:
1. Panaskan ketuhar hingga 170 darjah celsius.
2. Sediakan bahan coklat dengan memecah bar coklat menjadi kepingan kecil.
3. Masukkan bahan coklat tadi ke dalam mangkuk adunan dan masukkan roti sudah menjadi serbuk. Ayak serbuk roti bagi mengelak ada ketulan yang besar.
4. Selepas kedua-dua bahan itu digaul, masukkan garam dan tepung
5. Kemudian masukkan juga secubit serbuk penaik ke dalam campuran tadi
6. Campurkan mentega dan telur, kemudian gaulkan semuanya hingga menjadi doh.
7. Masukkan cip coklat dan kacang hazel.
8. Gulung doh menjadi bebola kecil dan letakkan sedikit di antara satu sama lain di atas loyang (ia akan mengembang).
9. Bakar selama 10 hingga 15 minit dan biskut sudah sedia untuk dimakan. - Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
[AceHand SPECTaceLAR]
Eh...! Kalau takde kulapok aku makang jer... Hapa aku kesah ngan tarikh luput tu... Hah! Hah! Hah!
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya beri pada burung2. Sekarang makanan yg tak habis n expired spr cococrunch , nestum...tabur pd burung..( kawasan belakang rumah ada burung2 berterbangan) |
|
|
|
|
|
|
|
kut tak berkulat, sehari dua selepas expired, saya makan ja roti tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|