CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 516|Reply: 2

Mistik tiang seri rumah, ‘penjaga’ rumah Melayu lama

[Copy link]
Post time 7-4-2025 09:19 PM | Show all posts |Read mode


PERNAH anda dengar tentang tiang seri rumah? Kebanyakan rumah-rumah tradisional Melayu pada zaman dahulu mempunyai sebatang tiang yang dipanggil tiang seri.

Tiang seri ini kedudukannya di tengah rumah ibu dan sangat istimewa berbanding tiang-tiang yang lain.

Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu dahulu, kewujudan tiang seri bertujuan untuk menjaga keselamatan dan juga bertindak sebagai perisai daripada gangguan jahat.



Bagaimana pula sebatang tiang kayu boleh berbuat demikian? Jika dilihat daripada segi logiknya, tiang ini berkedudukan tetap dan jelas sama sekali tidak berfungsi apa-apa untuk keselamatan.


Dahulu kami pernah menemubual seorang warga emas bernama Zakaria dari Machang, Kelantan. Menurutnya, agak sukar untuk membuktikan sama ada benar tiang seri mempunyai kuasa mistik.


Ini kerana tiada bukti kukuh mengenainya. Namun, kepercayaan masyarakat Melayu dulu yang kuat berpegang pada kepercayaan khurafat menyebabkan mereka sanggup melakukan perjanjian dengan makhluk ghaib.


Menurut Zakaria, kisah tiang seri yang ada ‘penjaganya’ itu berlaku disebabkan kehadiran entiti yang ‘dilantik’ sebagai pengawal untuk menjaga keselamatan rumah itu.


Soalnya, bagaimana pula ‘penjaga’ itu boleh hadir dalam tiang ini?




Jelas Zakaria, pada zaman dahulu sebelum sesuatu tiang seri dipacak, upacara ‘menjamu’ akan dilakukan oleh pawang dan dukun. Upacara itu menggunakan mantera-mantera yang dibaca khas bagi memanggil semangat untuk dimasukkan ke dalam tiang seri.


Selepas selesai upacara itu, tiang seri akan dipacak ke dalam tanah dan barulah proses pembinaan rumah bermula.


Kami juga dahulu pernah bertanyakan perkara ini kepada Ar. Mastor yang ketika itu merupakan ketua Jabatan Seni Bina di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Menurutnya, tiang seri dalam bidang seni bina bermaksud sebuah tiang yang paling tinggi terletak di tengah-tengah ruang rumah. Tiang ini tidak berdinding dan merupakan tonggak utama untuk menyokong kedudukan rumah.


Tiang seri biasanya diambil daripada sebatang pokok keras seperti cengal dan balau. Tiang ini memang istimewa berbanding tiang-tiang lain kerana ia merupakan keunikan dalam seni bina Melayu.


Berdasarkan kajiannya, hampir 100 peratus rumah tradisional Melayu mempunyai tiang seri. Malah, kaitan tiang seri dengan unsur mistik memang perkara sinonim dikaitkan.



Zakaria


Kata Mastor, dia sendiri pernah menyaksikan bagaimana unsur entiti ini menjalankan tugasnya sebagai penjaga rumah sewaktu dia bersama beberapa pengkaji lain sedang menjalankan operasi memindahkan sebuah rumah lama di Kelantan suatu ketika dahulu.


Ketika itu barulah dia faham tentang apa yang dipanggil sebagai perundingan antara manusia dengan entiti yang menjaga rumah itu.


Sebelum kejadian tidak diingini berlaku, waris rumah itu terlebih dahulu memaklumkan kepada Mastor supaya dilakukan satu upacara khas untuk mendapatkan persetujuan ‘penunggu’ tiang seri rumah berkenaan untuk turut sama berpindah dan tidak mengganggu kerja-kerja yang dilakukan.


Ketika upacara itu berlangsung, beberapa syarat perlu dipenuhi termasuklah menyediakan jamuan yang terdiri daripada telur, pulut kuning dan ayam panggang. Selepas itu, seorang perantara akan mula berkomunikasi dengan penunggu  tiang itu bagi mendapatkan persetujuan untuk memindahkan rumah tersebut.


Hanya selepas orang perantara itu memberitahu bahawa ‘penunggu’ tiang seri itu bersetuju, barulah keesokan harinya kerja-kerja untuk membuka dan memindahkan rumah itu dilakukan.


Menurut pendapatnya, masyarakat Melayu zaman dahulu banyak terikat dengan kepercayaan animisme yang kuat yang turut mempengaruhi pemikiran termasuk menerapkannya dalam kehidupan mereka.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2025 02:26 PM | Show all posts
tiang seri selalunya menjadi tempat bersandar tuan rumah sendiri bila ada tetamu yg mari ke rumah. tiang seri merupakan tiang ibu rumah. ada yg letakkan khadam pendamping untuk jaga rumah. ada yg tak letakkan apa apa. ada juga yg bacakan ayat ayat al quran sambil bersandar di tiang seri. berbagai kaedah. banyak falsafah orang melayu dalam buat rumah ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 01:59 PM | Show all posts
rumah kayu memang akan ada lah tiang seri ni, tinggal lagi ada entiti atau tak je...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-4-2025 08:59 PM GMT+8 , Processed in 1.016013 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list