|
View: 6555|Reply: 21
|
[Tempatan]
Dividen interim Amanah Hartanah Bumiputera 2.05sen + 0.45 sen. Kuota tambahan RM300juta
[Copy link]
|
|
|
Edited by adm7 at 21-6-2025 05:15 PM
KUALA LUMPUR: Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) dan PHB Asset Management Bhd (PHBAM) hari ini mengumumkan agihan pendapatan interim sebanyak 2.50 sen seunit bagi Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2025.
Agihan itu merangkumi bayaran pendapatan asas sebanyak 2.05 sen dan bonus 0.45 sen seunit. Bayaran bonus tersebut dibiayai oleh PHB selaku penaja AHB dan diberikan kepada satu juta unit pertama yang dimiliki oleh setiap pemegang unit.
"Sebanyak RM116.3 juta akan diagihkan kepada kira-kira 82,000 pemegang unit, menjadikan jumlah keseluruhan agihan pendapatan AHB sejak ia dilancarkan pada 2010 mencecah RM2.31 bilion," menurut kenyataan bersama PHB dan PHBAM, hari ini.
Agihan pendapatan itu akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank atau akaun AHB pemegang unit pada 14 April 2025. Pemegang unit dengan jumlah pelaburan kurang daripada 10,000 unit akan menerima agihan dalam bentuk unit tambahan AHB.
PHB turut menjelaskan bahawa agihan tersebut telah ditolak zakat dan dikecualikan daripada cukai, memandangkan pihaknya serta AHB telah menunaikan tanggungjawab zakat yang akan disalurkan kepada pihak berkuasa berkaitan.
"Menerusi pembayaran zakat ini, pemegang unit AHB juga secara tidak langsung menyumbang kepada kebajikan kumpulan asnaf," menurut kenyataan itu lagi.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PHB, Mohamad Damshal Awang Damit, berkata agihan pendapatan itu mencerminkan kedudukan kewangan yang kukuh bagi PHB sebagai penaja AHB.
"Ia juga memperlihatkan komitmen berterusan kami dalam menyediakan pulangan mampan serta nilai jangka panjang kepada para pemegang unit.
"Kami akan terus memperkukuh portfolio hartanah dan strategi pelaburan bagi memastikan pulangan yang stabil," katanya.
Baru-baru ini, PHB melaporkan pencapaian kewangan memberangsangkan apabila mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM117.2 juta bagi tahun kewangan 2024 (TK2024), melonjak lebih tiga kali ganda berbanding RM31.7 juta yang direkodkan pada tahun sebelumnya.
Pertumbuhan itu didorong oleh pemulihan dalam sektor peruncitan, peningkatan hasil berkaitan hartanah hasil pelaksanaan strategi pengurusan aset yang lebih mantap serta sumbangan daripada aset baharu milik PHB yang telah disiapkan.
"Prestasi kukuh ini meningkatkan keyakinan pelabur terhadap AHB sebagai instrumen pelaburan dan simpanan yang diyakini, seiring dengan mandat kami untuk memperkasakan penyertaan ekonomi Bumiputera sambil menjana pulangan kewangan mampan," ujar Mohamad Damshal.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PHBAM, Zulkifli Ishak, berkata fokus pihaknya bagi 2025 adalah untuk memperluas akses pelaburan kepada AHB, khususnya dalam kalangan pelabur runcit baharu.
"AHB akan membuka unit baharu tidak lama lagi bagi menggalakkan penyertaan golongan Bumiputera, terutamanya generasi muda yang ingin membuat simpanan jangka panjang melalui pelaburan dalam sektor hartanah," katanya.
Pemegang unit boleh menyemak jumlah agihan masing-masing di dalam akaun bank atau akaun AHB mulai 14 April 2025 melalui ejen pengedar rasmi AHB iaitu Maybank, AmBank, AmBank Islamic dan Bank Islam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 9-4-2025 12:52 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tak ramai peminat AHB ke dlm ni?
Dah umum semalam pun takda sapa update dlm ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ooooooo, aku ingat bleh capai 3.0............ |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
i pun dah lupa ada AHB ni..
simpan pun tak banyak sebab dividennya pun ciput..
baik masuk asb je..
masuk pun untuk setakat ada  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 9-4-2025 05:28 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
prettyuglybabe replied at 9-4-2025 03:37 PM
i pun dah lupa ada AHB ni..
simpan pun tak banyak sebab dividennya pun ciput..
baik masuk asb je..
Mana ada ciput...dah siap tolak zakat |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 9-4-2025 05:30 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sejarah dividen AHB. Bayar 2x
https://www.phbam.com.my/income-distribution.html |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
aku ada AHB
buka dengan maybank
nk top up asyik la habis
lepas tu lupa, bila bukan lagi under maybank
kat mana nk check ni? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by prettyuglybabe at 10-4-2025 10:06 AM
dulu-dulu buka memang tak sebanyak asb..masa i nak topup pun i tanya orang bank mana better ahb or asb..
mereka pun kata better asb..
sampai i pun terlupa i ada ahb ni..
dulu dividen mereka bayar masuk ke akaun..
sejak bila entah baru dia stay dalam ahb kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan masih ada under maybank ke?
kalau buka apps maybank, tengok under wealth - unit trust..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 12-4-2025 08:52 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by adm7 at 12-4-2025 08:53 AM
Duit dividen dah masuk semalam..alhamdulillah..
Skrg tunggu AHB tambah kuota baru pulak
"AHB akan membuka unit baharu tidak lama lagi bagi menggalakkan penyertaan golongan Bumiputera, terutamanya generasi muda yang ingin membuat simpanan jangka panjang melalui pelaburan dalam sektor hartanah," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 12-4-2025 08:58 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
prettyuglybabe replied at 10-4-2025 10:00 AM
dulu-dulu buka memang tak sebanyak asb..masa i nak topup pun i tanya orang bank mana better ahb or ...
Salah tu..
Cuba bandingkan sejarah dividen ASB dan AHB.
Plus point utk AHB
1. Dividen AHB dah tolak zakat siap²..ASB belum
2. Dividen AHB bayar 2 kali. Bagus untuk kaki labur. Duit dividen interim boleh invest kat tempat lain untuk dapat extra dividen. Kalau dividen ASB kena tunggu bulan 1. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 21-6-2025 05:15 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
???? 300 juta unit AHB kini dibuka dan sedia untuk dilanggan mulai 21 Jun 2025.
Ini adalah peluang terbaik untuk Bumiputera melabur dalam pemilikan benefisial hartanah komersial di lokasi-lokasi strategik seluruh Malaysia.
Bagi pelanggan AHB sedia ada yang telah berdaftar dengan Maybank, AmBank atau Bank Islam, anda boleh ke bank pengedar masing-masing untuk menambah langganan unit AHB.
Manakala, bagi pelanggan baharu dan tidak pernah berdaftar dengan Maybank, AmBank atau Bank Islam, anda boleh melanggan unit AHB di MyAHB portal atau mendaftar di mana-mana bank pengedar sah AHB iaitu – Maybank, AmBank, Bank Islam atau Bank Rakyat berdekatan.
Rebut peluang anda sekarang dan daftar di portal MyAHB – www.myahb.my
serta kunjungi pengedar-pengedar sah AHB.
Ketahui lebih lanjut mengenai AHB di www.phbam.com.my
Atau hubungi Perkhidmatan Pelanggan PHBAM (pengurus dana AHB) di talian
03-7734 0555.
#AmanahHartanahBumiputera #AHB #PelaburanHartanahBerhad #PHB
#EnablingOwnership #InvestinPrime #SustainableInvesting |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak tanya la. Aku pernah la invest 15k dlm AHB rasanya 2 tahun lepas kot. Dividen AHB ni mcm dapat sekali je sbb mcm tak naik2 je duit dlm tu. Kalau ASB, selagi kita tak keluarkan duit, duit tu makin naik..  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kitaserupaaa replied at 21-6-2025 05:24 PM
Nak tanya la. Aku pernah la invest 15k dlm AHB rasanya 2 tahun lepas kot. Dividen AHB ni mcm dapat s ...
Better Tabung Haji dan ASB. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 22-6-2025 09:49 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
kitaserupaaa replied at 21-6-2025 05:24 PM
Nak tanya la. Aku pernah la invest 15k dlm AHB rasanya 2 tahun lepas kot. Dividen AHB ni mcm dapat s ...
Dividen akan masuk dalam akaun simpanan yang kita pilih masa buka akaun AHB dulu. Dividen tak boleh auto invest sebab dana AHB ada kuota dan tertakluk kepada kekosongan. AHB akan hantar penyata selepas umum dividen |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 22-6-2025 09:49 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
B40tastePosh replied at 22-6-2025 12:46 AM
Better Tabung Haji dan ASB.
Better dari segi apa? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mejaputih at 22-6-2025 10:25 AM
Korang yg terror boleh compare AHB vs tabung haji? Sbn AHB ni dia bg dividen 2x kan setahun..Iols xnk masuk asb sbb bila compare dgn tabung haji asb kalah sbb keuntungan asb belum tolak zakat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu2 ada acik greentea utk iols jadikan rujukan...dia dah takde susah pula iols nk rujuk... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
adm7 replied at 22-6-2025 09:49 AM
Better dari segi apa?
Dibiden
.dan TH dah siap tolak zakat |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 22-6-2025 01:41 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by adm7 at 22-6-2025 01:44 PM
B40tastePosh replied at 22-6-2025 12:47 PM
Dibiden
.dan TH dah siap tolak zakat
AHB pun dah tolak zakat. Bayar dividen 2 kali.
Bulan 4 dan bulan 10. Bukan dividen 2.65sen utk 1 tahun. Boleh tgk sejarah dividen yang aku post sebelum ni.
So dah untung kat situ boleh rolling dividen interim kat tempat lain.
Tabung haji pulak lewat bayar dividen. Biasanya bulan 4. So dah rugi dividen 4 bulan kat situ. ASB pulak belum tolak zakat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|