CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344387|Reply: 2521

Saleh Yaacob Tambah Cawangan ke -4! Latest family trip ke China page 69

     Close [Copy link]
Post time 8-5-2011 09:59 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by kirana_22 at 7-6-2011 21:21

Temubual dgn Hmetro.


** Iols x berapa bkenan lak ngan reaksi Salih dlm vid ni.. macam blagak.. bangga pon ada... (x leh nk bayang perasaan bini2 dia)
Tambah cawangan

    SIAPA tidak kenal Salih Yaacob. Bukan saja popular sebagai penyampai radio, pelawak, pelakon dan penyanyi tetapi juga kerana kisah poligami amannya. Pada usia 50 tahun, suami tiga wanita bertuah dan bapa kepada 11 zuriat ini masih kuat daya tarikannya.   
  Celoteh spontan serta jenakanya ketika mengendalikan segmen Sinar Pagi di radio Sinar FM mencuit hati pendengar, malah ramai jatuh cinta dengan caranya.

  Penangan popularitinya, Astro Warna menerbitkan program bual bicara istimewa berjudul SY I Follow yang akan memulakan penggambaran minggu depan. Itu pencapaian membanggakan dalam kanvas seni anak jati Sungai Besar, Sabak Bernam ini.
  Minggu ini SELEBRITI mengupas sisi peribadi penghibur yang kini rancak mengusahakan ternakan ikan kelisa di Bukit Merah, Perak, dan bakal bergelar tauke restoran tidak lama lagi.

Bila anda sedar punya kebolehan buat orang ketawa?  Ketika berusia lapan tahun. Arwah bapa saya ‘loyar buruk’ dan saya mewarisi sikapnya. Di kampung, arwah bapa memang terkenal suka bergurau sampaikan dia meninggal pun orang tak percaya. Dia memang suka bergurau dengan anak dan anggap kami macam kawan.

  Dalam keluarga, boleh dikatakan saya dan bapa Johan (Raja Lawak) paling kuat bergurau. Hidup kami penuh gelak tawa, malah saya jadi bahan hiburan kawan. Bila saya buat lawak, mereka mesti gelak. Dengan bergurau saya dapat hilangkan kesedihan dan tekanan rakan.


Keperibadian sebenar anda?  Macam mana anda lihat saya di TV, macam itulah saya di luar. Hidup saya penuh gurau senda dan gelak tawa, baik ketika bersama keluarga, rakan mahupun bekerja. Kalaupun sedih, pernah ketika saya terpaksa berpisah dengan keluarga sewaktu kecil.

  Selebihnya, saya tempuh dengan tenang dan gembira. Saya juga jenis yang ringkas tetapi tegas dalam pegangan akidah. Saya boleh putus saudara dan kawan kerana akidah.

Anda antara pengamal poligami yang berjaya. Apa rahsianya?  Ini adalah amanah dan anugerah paling besar yang Allah SWT bagi kepada saya. Saya bersyukur kerana tidak dibebankan dengan pemasalahan seperti mana yang biasa berlaku dalam poligami. Dalam soal rahsia kebahagiaan poligami, ia bukan boleh diajar dan tiada rahsia.

  Terpulang kepada cara dan pendirian masing-masing. Saya pun pelik macam mana boleh bahagikan kasih sayang tetapi saya berpegang kepada jalan-Nya, dengan al-Quran, kepada sunnah. Insya-Allah semuanya akan OK.

  Daripada aspek ekonomi pula, memang saya tidak mampu menyediakan kemewahan kepada tiga isteri. Namun, kehidupan kami cukup dengan rezeki Allah SWT yang tidak putus-putus. Alhamdulillah, kami bahagia malah semua isteri izinkan saya lengkapkan kuota.

Dengarnya anda memang akan melengkapkan kuota tidak lama lagi?    Insya-Allah... saya dalam proses membimbing dan setakat ini dia boleh ikut cara saya. Saya sudah pun pertemukan dia dengan semua isteri saya dan hubungan kami direstui. Jika tertulis dia jodoh saya, insya-Allah kami akan berkahwin tahun ini.

  Sebelum ini ada juga wanita cuba mendekati saya tetapi mereka ada agenda tersendiri, termasuk mahu kejar glamor dan duniawi. Ada juga yang mengaku sanggup bermadu termasuk anak orang besar, tetapi firasat saya dapat rasakan individu itu bukan orang yang sesuai untuk saya.

  Saya berpengalaman jaga keluarga besar, bukan harta benda yang saya pandang tetapi kesanggupan orang itu untuk mengikut cara saya dan hidup dengan harmoni.

  Berbeza dengan dia, saya nampak dia benar-benar ikhlas dan bersedia hidup bermadu. Saya kini menunggu kelulusan permohonan poligami di Mahkamah Syariah dan dia sudah ikuti kursus kahwin.

Siapakah gerangan gadis yang berjaya membuka hati anda itu?    Dia orang biasa saja, berusia 24 tahun dan masih mengikuti pengajian ijazah lanjutan di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Kami berjumpa secara kebetulan ketika saya menjayakan persembahan di luar Kuala Lumpur.

  Isteri dan anak saya boleh menerima dia dan saya pun mencari masa sesuai untuk bertemu keluarganya. Maklumlah dalam waktu terdekat, jadual saya sibuk dengan rakaman program SY I Follow.

  Kalau boleh, saya nak buat majlis ringkas dan jika diizinkan Allah, saya mahu raikan semua isteri saya. Semua akan duduk sebaris di tempat pengantin dan dapat hantaran.


kredit Mymetro

***  heols dah mencukupkan kuota...
        uols bila lagi???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2011 10:06 AM | Show all posts
wah..hebat abang jemmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 10:09 AM | Show all posts
laaa.. minah ni ke yg forumer fcoy citer kat aku tu?? bila SY offer nak bagi BMW je kat student tu terus agree nak jadi bini no. 4


laki org ni kalau dia dah ada 2-3.. dia mcm addicted nak kahwin sampai 4..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 10:10 AM | Show all posts
anyway, kaya sgt ke SY ni? apa mata pencarian dia eh selain jadi artis, DJ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 10:24 AM | Show all posts
caiyork caiyork SY
mudah2an SY akan adilada semua isteri2nya
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 10:29 AM | Show all posts
kagum tul ngan SY...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2011 10:34 AM | Show all posts
org kata..yg ke 2 pling payah..
dah dpt ke 2..
3..4 2 senang je...'
hehe
aku 1 pun blom..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 10:36 AM | Show all posts
memang hebat la abg jemmmmmm.........terbaekkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2011 10:43 AM | Show all posts
semoga dpt membahagikan kasih syg yg secukupnye dan seadil adilnye..........
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 10:48 AM | Show all posts
Alahai pak salleh ni simpan2 ler duit bawak bini pergi mekah ker.......ni asyik nak kahwin jer memang dah tak ada kerja lain ker :@
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 10:53 AM | Show all posts
harap2 bukan stok2 cleaner supermarket macam yg sebelum2 nih..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 10:55 AM | Show all posts
patutla minggu lepas 2-3 hari takde makin bisingla KE kat konti
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 10:56 AM | Show all posts
heols dah mencukupkan kuota...
        uols bila lagi???
kirana_22 Post at 8-5-2011 09:59 AM



    SY I Follow dh 4 ... fuuhh student n muda remaja lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 11:01 AM | Show all posts
wow!! terkesima mendengaunya... muda ag bakal wifenya... if family ok alhamdulillah... semoga terus berbahagia dunia akhirat
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 11:10 AM | Show all posts
anyway, kaya sgt ke SY ni? apa mata pencarian dia eh selain jadi artis, DJ?
wanitajelita Post at 8-5-2011 10:10



   ngeh, dia kerja jadi DJ saja dah dekat RM 20000 sebulan...belum lagi kerja2 yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 11:14 AM | Show all posts
wahhh.. budak muda! tahniah la.. hrp ikhlas..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2011 11:17 AM | Show all posts
tahniah la.............harap bertambah bahagia dengan kehadiran orang baru
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 11:35 AM | Show all posts
anyway, kaya sgt ke SY ni? apa mata pencarian dia eh selain jadi artis, DJ?
wanitajelita Post at 8-5-2011 10:10



cuba baca abis artikel atas tu, kan ada cakap dia buat bisnes ikan kelisa, pastu nak bukak restoren lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 11:40 AM | Show all posts
laaa.. minah ni ke yg forumer fcoy citer kat aku tu?? bila SY offer nak bagi BMW je kat student tu t ...
wanitajelita Post at 8-5-2011 10:09



   mula2 baca aku wonder apa yang anak dara 24 tahun nak kat orang yang dah berusia ni. jadi nombor 4 lagi tuh
oo rupanya dah dibagi bmw. patut la.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 11:42 AM | Show all posts
semoga dapat berlaku ADIL..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.082942 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list