Tambah pelakon drama Jejak Karmila itu, sebelum pemberian dibuat, dia menerima terlalu banyak mesej peribadi daripada peminat yang meminta duit raya untuk keperluan asas.
“Saya terima banyak DM (mesej langsung menerusi Instagram) nak duit raya. Comellah kalian. Ada nak bayar rumah sewa, yuran kolej, kereta dan macam-macam lagilah.
“Sayangku, saya cuma nak kongsi duit raya tidaklah sampai beribu-ribu ringgit seorang. Pengsan saya kalau macam ini.
“Saya nak bagi seorang RM30 atau RM50 tapi saya akan pilih sekurang-kurangnya 10 orang. Saja suka-suka, cukuplah nak beli aiskrim atau mainan anak-anak,” ujarnya.
Meskipun dihimpit pelbagai kontroversi, tindakan Ruhainies tetap menyentuh hati ramai pihak yang terharu dengan keprihatinannya terhadap peminat.
Sumber: Kosmo