CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16234|Reply: 347

Kenapa tak suruh Aslam minta maaf pada saya? – Abby Abadi

[Copy link]
Post time 17-4-2025 10:16 AM | Show all posts |Read mode

PETALING JAYA – Pelakon dan usahawan Abby Abadi menyelar tindakan segelintir individu yang memintanya membuat permohonan maaf kepada pempengaruh Umisya Mazlan yang turut melibatkan rumah tangga anaknya Marissa Dania Hakim baru-baru ini.

Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, bersuara selepas namanya menjadi bualan ramai selepas tular video Umisya menangis ketika membuat siaran langsung baru-baru ini.

  

“Orang sebut-sebut nama saya di sini (Threads) kemudian ada satu komen suruh saya minta maaf dengan Umisya?

“Kenapa awak tak suruh Aslam minta maaf pada saya atas apa yang berlaku? Aslam itu apa? Kayu ke?

“Kita diam jangan bagi berbunyi. Awak itu saya ‘selotep’ mulut nanti,” katanya dalam platform Threads.

Perkongsian Abby seterusnya mengundang pelbagai respons daripada netizen yang turut mempersoalkan mengapa ada pihak memintanya meminta maaf dengan Umisya.

Bahkan, ada juga memintanya tidak melayan netizen yang terlalu toksik mengenai isu tersebut.

“Kenapa pula Abby yang perlu minta maaf, sepatutnya Marissa.

“Kak Abby jangan layan netizen yang toksik. Tak perlu kot sebut-sebut nama orang lain.

“Sampai sekarang Aslam tak minta maaf pada Abby?” ujar netizen.

Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan ramai pada Januari tahun lalu selepas bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Pasangan terbabit dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan yang ketika itu sedang menunaikan umrah.

Pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa, termasuk ibu dan bapanya iaitu pelakon, Norman Hakim. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2025 10:36 AM | Show all posts
apa hal pulak abby nak minta maaf pada umisya? bukan dia yg jadi no 2. dia pun kalau boleh nak anak dia nikah proper dengan org yg lebih baik lagi..

tapi makin lama makin tak suka pulak tgk umisya, berlebihan sangat play victim.. tepuk sebelah tangan takkan berbunyi lah umisya
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian ke ebi ni lepas satu². Dah penat bergelut hal rumahtangga dgn exsomi ingat nak tenang² di hari tua si anak pulak buat hal.  Anak nak buat benda tak fikir panjang hujung² mak nak kena hadap. Tp maknye pun rajin melayan. Tak pyh la berperang dgn netizen sbb pusing² kot mn pun mmg dlm hal ni anaknya yg jd punca biar dia belajar settle sendiri nanti dia akan jd lebih matang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 10:55 AM | Show all posts
isu apa yg umisya menangis plak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam mlysia ni mmg stuck dlm 1 masalah xke mana ek
Bakyah ni mslh hubungan anak beranak/kluarga
Epal jo mslh bukak aib bekas partner/xmuvon
Siti elijad mslh mandul pastu bitter org dk tekan²
Ainabedul mslh suara xsedap tp in deny
Jah mslh nk adjust masa jd bini dgn ibu terpaling
Lan komeng mslh nk ujikaji plbagai jenis biji poen tp bini xsnggup poligami
Dewi rampas lki org tp mslh xbawa baju sndiri smua nk pnjm brg2 epal
Kemek lupa bawa maruah bersama2,siang mlm mengejar syedsoddique tp ckgu mahani blum approved


Mslh tu ja la ulang2. Lama2 netizen bosan gosip dll mlysia ni alih2 hok tu x ke mana hahah adoi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 12:10 PM | Show all posts
Manusiabesa replied at 17-4-2025 11:21 AM
Dalam mlysia ni mmg stuck dlm 1 masalah xke mana ek
Bakyah ni mslh hubungan anak beranak/kluarga
Ep ...

Tu la..memang tak sedap suara Aina kan? Sampai dijemput buat persempahan Welcoming Dinner His Excellency President Xi Jinping yang datang melawat Malaysia semalam..punya la tak sedap..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2025 12:43 PM | Show all posts
aciksenah replied at 17-4-2025 12:10 PM
Tu la..memang tak sedap suara Aina kan? Sampai dijemput buat persempahan Welcoming Dinner His Exce ...

ehh sdp je kat halwa tinge i..tp suara dia x de aura yg org blh agak yg tu suara dia tnpa tgok.tambah2 lagu baru
i kena gugel bru la tau sape penyanyi nye.cuma dia x perlu kot high note sgt..nk kuar ank tekak

gituuu pendapatan i
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 12:49 PM | Show all posts
blakcswan replied at 17-4-2025 12:43 PM
ehh sdp je kat halwa tinge i..tp suara dia x de aura yg org blh agak yg tu suara dia tnpa tgok.tam ...

yg ni aku setuju.....contoh mcm suara yg kau dgr sekali kau dah tahu siapa penyanyi tu - mcm suara iman troye

aku x minat dia, tapi aku akui suara dia ada signature

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2025 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tered yebbi umisya kena hijack dgn suara yennah
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 12:51 PM | Show all posts
tapi makin lama makin tak suka pulak tgk umisya, berlebihan sangat play victim.. tepuk sebelah tangan takkan berbunyi lah umisya

aha, setuju.....bila dah ramai penyokong kat socmed, selalu jadi camtu la...rasa diri terpaling betul, terpaling perfect, terpaling maksum etc

same goes to:

kemek
ngai
ritrude
pee ass



Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 01:03 PM | Show all posts
Kalau x pasal kes dgn Marissa, siapa pun x kenal madu dgn laki dia tu. madu makin hari makin menyampah tengok. tu kes apa pula menangis masa live? Diam2 sudah masing2. Buat lagi anak ramai2
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 01:26 PM | Show all posts
Aku straight cakap Umisya very average looking. So obviously dia insecure yg Marissa lagi cantik.

Tapi Marissa ni lagi satu, muka tak matang. Takde ciri2 isteri langsung (yela baru 20 tahun)
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 01:37 PM | Show all posts
Dan seperti biasa.....Normiang tetap dilihat tenang...ha...ha.......

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 02:05 PM | Show all posts
blakcswan replied at 17-4-2025 12:43 PM
ehh sdp je kat halwa tinge i..tp suara dia x de aura yg org blh agak yg tu suara dia tnpa tgok.tam ...

Tu I bagi ayat sarcastic je chuols..hi..hi..Sebab ada yang dok kata suara Aina tak sedap. kalau tak sedap..takkan la orang jemput buat persembahan tu..Bukan calang2 penyanyi la kiranya yang dapat jemputan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa umisya tu menangis? Tp meols mmg kerap nmpak dia dan aslam live jual brg kat tiktok sambil background anak2 kecik menangis. Keje cikai, anak kecik2 ada hati beristeri 2
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Nialips at 17-4-2025 03:30 PM
BellaThePrinces replied at 17-4-2025 01:37 PM
Dan seperti biasa.....Normiang tetap dilihat tenang...ha...ha.......


Norman mmg sentiasa tenang dr zaman sekolah lg  hahahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2025 03:18 PM | Show all posts
still confuse camne Aslam tu boleh tackle anak dia

nak kata anak orang kaya tak, hadsome giler pun tak

last-last dia pun buat video joget-joget je ngan first wife untuk income
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 03:19 PM | Show all posts
sweetfasha replied at 17-4-2025 10:36 AM
apa hal pulak abby nak minta maaf pada umisya? bukan dia yg jadi no 2. dia pun kalau boleh nak anak  ...

I tak suka penyondol tapi yang first tu pun i tak berapa suka jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendawg replied at 17-4-2025 01:26 PM
Aku straight cakap Umisya very average looking. So obviously dia insecure yg Marissa lagi cantik.

T ...

Marissa ni bertudung mmg yes cantik. Lagi2 bila dia makeup. Nmpk woww lawanya budak ni.. tp kalau dia bukak tudung cantik ke tak ekk?? Sbb shape muka dia nmpk pelik. Dahi jendul mcm fiza elite. Luas dahi dia.. i rasa kalau dia freehair, biasa2 ja. Dia nmpk lawa manis bertudung.. jgn nanti tetiba ko bukak tudung plak ye, sbb ‘atittude’ ko pun xla muslimah mana sgt.. ada sejarah check in dgn aslam sblum kawin kan?

Umisya plak sudah2 la play victim. Laki ko dh selamat kawin pun. Jaga jela rumahtgga tu sehabis baik. Sbb anak ko pun dh ramai. Dari org kesian kang jadi menyampah plak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Umisya pun ngada ngada. Dh tau bermadu time live ngan aslam pun gedik. Paling tidak aku rasa si marissa tu dh diam tak berkutik pun bab ni di medsoc. Yg dkt luar tu kita tak tau la. Jd nmpk marissa ni pun cb nk elak kontroversi. Tp mcm mn nk elak klu madu pun galak time live. Pastu mula la dtg komen aslam happy je dgn umisya. Hello..aslam grab tu klu dia xbawak marissa budak selenga spoil brat tu xdenya pandai nk gi kawen dkt sana.marissa ni wlupun bkn anak dr keluarga kaya raya tp kita semua tau dia mmg dimanjakan xpernah hidup susah. Bila dia diam pun masih ada bunyi tu sbb kecantikkan dia. Tetaplah umisya tu insecure. Again yg jd mangsa ppuan. Jantan tetaplah blh buat  bodo gtu je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.141214 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list