CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1334|Reply: 9

Finas puji Bidaah

[Copy link]
Post time 20-4-2025 02:26 PM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: Drama tempatan, Bidaah yang semakin popular di Indonesia menjadi petunjuk bahawa karya tempatan mempunyai khalayak penonton yang lebih luas di luar negara.


Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, ini masa terbaik untuk pembikin karya drama dan filem tempatan untuk mengambil peluang dan memahami kehendak penonton antarabangsa.


"Beberapa minggu kebelakangan ini, kita lihat pelbagai parodi dan reaksi terhadap drama itu di media sosial, khususnya daripada penonton di Indonesia.


"Oleh itu, kita menasihatkan pembikin filem agar ambil peluang ini untuk memahami cita rasa penonton antarabangsa.


"Kita juga sering anjurkan program-program bagi penulis skrip dan pengarah, dengan menekankan pentingnya jati diri, rasa cinta kepada negara, serta tanggungjawab menyampaikan mesej yang baik dan membina.


"Mana-mana pengarah yang memahami peranan ini pasti akan berusaha ke arah itu," katanya.


Ditanya mengenai sentimen orang ramai yang segelintir menganggap karya Erma Fatima yang diarahkan Pali Yahya itu merendahkan agama, Azmir berkata, Bidaah adalah satu bentuk teguran dalam naratif filem.


"Mengenai sentimen orang ramai, saya sendiri pun pada awalnya tidak menonton drama itu, dan hanya mendengar komen-komen umum serta tajuk-tajuk sensasi.




"Tetapi selepas menonton drama Bidaah, saya dapati sebenarnya ia ada mesej yang ingin disampaikan.


"Ia menegur mereka yang terlalu taksub dan mempercayai sesuatu tanpa asas dan ini adalah mesej yang perlu diketengahkan dalam bentuk naratif filem.


"Bagaimanapun, kita tetap perlu akur bahawa ada batas-batas yang perlu dijaga," katanya.


Azmir turut menyentuh mengenai karya dengan tema kekeluargaan yang nampaknya berjaya menarik minat ramai penonton.


"Saya juga melihat trend sekarang menunjukkan filem-filem yang berjaya kebanyakannya bertemakan kekeluargaan.


"Contohnya, tahun lepas kita ada Babah yang mengetengahkan nilai keluarga, filem Hong Kong, The Last Dance juga berkisar mengenai keluarga, begitu juga dengan Blood Brothers: Bara Naga yang mengangkat hubungan adik-beradik.


"Saya rasa drama Bidaah turut mempunyai elemen-elemen sebegitu. Watak lakonan Fattah Amin juga sebenarnya cuba membetulkan keadaan, dan mesej itu dapat disampaikan dengan baik melalui naratif yang dibina," katanya.


Bidaah lakonan Faizal Hussein, Fattah Amin, Riena Diana dan ramai lagi mula mencuri tumpuan penonton di Indonesia dan video parodi dialog watak Walid Muhammad Mahdi Ilman yang dilakonkan Faizal mula dihasilkan di platform media sosial.


"Kita juga sering anjurkan program-program bagi penulis skrip dan pengarah, dengan menekankan pentingnya jati diri, rasa cinta kepada negara, serta tanggungjawab menyampaikan mesej yang baik dan membina.


"Mana-mana pengarah yang memahami peranan ini pasti akan berusaha ke arah itu," katanya.


Ditanya mengenai sentimen orang ramai yang segelintir menganggap karya Erma Fatima yang diarahkan Pali Yahya itu merendahkan agama, Azmir berkata, Bidaah adalah satu bentuk teguran dalam naratif filem.


"Mengenai sentimen orang ramai, saya sendiri pun pada awalnya tidak menonton drama itu, dan hanya mendengar komen-komen umum serta tajuk-tajuk sensasi. - Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2025 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Porumers caci maki.

Ironinya, Finas, Mufti MAZA pula, puji.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 11:56 PM | Show all posts
i pun puji....say no to penonggeng agama
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru yindon kenal faizal husin. Walaupun watak walid tu penunggang tapi roy tak dikecam luar drama. Drama nur budak ijat pun tak dapat tembus yindon, meletop kat malaysia tapi kat yindon sempat tayang 1-2 episod then terkubur sebab tiada sambutan. Rezeki bidaah
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi iols kesian dengan patiya dalam bidaah ni last2 dia kena angkut sekali padahal ada masa dia memberontak jugak, cuma tak berani lawan depan takut kena sherai dengan walid
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun puji bidaah ni..tapi pastu kena cerca kat acik por bertubi tubi

Oh welllll... ai flip hair sajo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2025 09:48 AM | Show all posts
puji hadir
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 10:00 AM | Show all posts
kita tak dapat menduga cemana manusia ni. bidaah contohnya. Waktu muda innocent baik sanggup derma darah kepada lelaki yang membencinya. Bila dah tua, jadi penunggang agama. tiada lagi darah diderma, melainkan dara minta diderma.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2025 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ok je dengan drama bidaah ni. First episode aku tgk kat hotel. Pastu the rest dia lock pulak. Gigih aku subscribe viu utk tgk drama ni. Cuma aku meluat dengan baiduri tu. Over lah. Asik terpekik terlolong. Lagi nak ngamok budak underage kena grooming terpedaya dengan janji manis walid. Wakakakakaka tapi mmg itulah reality nya victim blaming
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2025 06:35 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 20-4-2025 04:02 PM
Porumers caci maki.

Ironinya, Finas, Mufti MAZA pula, puji.

Bakal masuk Neflix lah. westerners mesti suka maaa.....


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.047864 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list