CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1307|Reply: 4

[Tempatan] Pereka pakaian ‘streetwear’ cari pasal, buang baju ke Sungai Melaka

[Copy link]
Post time 22-4-2025 11:21 AM | Show all posts |Read mode


MELAKA – Seorang pereka pakaian ‘streetwear’ dikenakan kompaun oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) selepas tular perbuatannya membuat konten di TikTok dengan membuang baju ke dalam Sungai Melaka.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, tindakan tersebut diambil bukan sahaja disebabkan aksi pencemaran dilakukan tetapi sebagai pengajaran awam susulan kandungan tersebut turut mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

“Pereka pakaian lokal berusia 34 tahun itu telah dikenakan kompaun sebanyak RM500 kerana perbuatannya meskipun dia mendakwa ia sekadar kandungan media sosial premisnya yang terletak di Bangunan Stadthuys dan telah mengambil semula pakaian dibuang.

“Tindakan kompaun dibuat pada Ahad lalu selepas pereka terbabit mengakui kesalahan tersebut seperti dalam video berdurasi 13 saat yang turut tular,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Jelasnya, kompaun tersebut dibuat di bawah Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) di bawah Seksyen 47(1)(a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Ia adalah atas kesalahan membuang pakaian atau sampah di suatu tempat awam, iaitu di dalam sungai boleh dikenakan kompaun sebanyak RM500.

“Pereka terbabit ada mendakwa perbuatan itu adalah pertama kali dilakukannya, namun kita tetap mengambil tindakan tegas kerana kesalahan itu serius,” ujarnya.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2025 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat content nak viral tapi tak fikir panjang
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 01:25 PM | Show all posts
padan mukeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Marahkan baju kopi ori, dapat kompaun RM500.

Netijen: lenkali buat lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 02:10 PM | Show all posts
Akudesign.. kan elok kau pijak2 je baju tu pastu bakar tak pun kau buat balut buah nangka.. sg melaka tu dah la mcm teh tarik ikat tepi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.044358 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list